no 13. bersuara dalam hati

11 8 0
                                    

Selepas dua jam buang masa dalam panggung,Adzril,Alisa,Ezi Natasya dan Syafiq Hafizi terus pergi dekat car park level B.


“Kau naik dengan aku sekalilah.Kau pun nak balik apartment kan?Soal Adzril.Anggukan Syafiq Hafizi menyebabkan Ezi Natasya kembali bengang.

“Aku naik bas je lah.”sampuk Ezi Natasya.Ringkas.

“Eh,tak payahlah.Nanti babah serang aku,”Adzril membalas.Jelas terpancar ketidaksetujuan dia.Muka Ezi Natasya yang sudah mula monyok membuatkan Adzril serba salah.Dipandangnya Alisa meminta pendapat.Anggukan Alisa memlemahkan pendirian Adzril.

“Boleh.Dengan syarat!”ujar Adzril.Lemah.

“Apa?”kata-kata Adzril menyebabkan senyuman lebar terukir dibibir Ezi Natasya.

“Balik dengan Hafiz.”Kenyataan ringkas Adzril melemahkan lutut Ezi Natasya.Nak tak nak,terpaksa terima.Lagipun dia nak bagi can dekat Alisa dengan Adzril dating.Syafiq Hafizi tersengih macam kambing tak mandi sebulan.

Keadaan bas yang sesak dengan orang itu menyebabkan Ezi Natasya terpaksa berhimpit.Syafiq Hafizi masih mengekori dari belakang. ‘Huh!Rimas’Jerit hati Ezi Natasya.

“Kalau dah tahu badan tu size XXXXL.Tak payah lah nak menyempitkan ruang dalam bas ni.Huh!Seksa.”kata-kata gadis yang berdiri disebelahnya terasa berdesing ditelinga.Malu.Syafiq Hafizi diam.

‘Bongok betul.Boleh dia buat derk je?Tolonglah back-up.Huh!’Marah Ezi Natasya dalam hati.Dipusingkan badan agar menghadap gadis tadi yang sedang khusyuk renung Syafiq Hafizi a.k.a si keding tu. ‘Huh!Dah jatuh hatilah tu dengan si keding.’

Perasaan geramnya itu hanya dilepas dalam hati.Hati Ezi Natasya tiba-tiba takut bila sepasang tangan sedang meraba bahagian belakang tubuhnya.Menggeletar tubuh XXL itu.Keadaan yang sesak itu memaksa Ezi Natasya menahan perasaan dalam hati.Kalau ikutkan hati,memang naya orang tua dekat belakang ni!

Seketika Ezi Natasya terasa tangannya ditarik,wajah Syafiq Hafizi dihadapannya kini.Berdebar -debar jantungnya.Merah padam muka awek yang sound Ezi Natasya bila tengok Syafiq Hafizi pegang tangannya yang berisi.

‘Aduh!Comelnya dia.Nak gugur jantung aku ni.Tolonglah Ya Allah,biarkan masa berhenti seketika,aku tak sanggup nak berpisah dia!’doa Syafiq Hafizi dalam hati.

‘Apahal mamat ni rapat sangat ni.Jantung ni pulak tak boleh ke berhenti berdebar-debar,pelik betul.’Hati Ezi Natasya bersuara.Mukanya makin merah bila ditenung oleh sepasang mata yang duk tercegat depan dia.

Dalam kereta Adzril.

“Adzril,awak rasa Tasya dengan Hafiz okay ke?”Alisa memulakan bicara.Hati yang tak senang ini perlukan penjelasan.

“Entahlah awak.Saya tak tahu lah Hafiz boleh ke tidak handle Tasya tu.Awak tahu je lah perangai Tasya tu.Panas baran.”Alisa mengangguk. 

‘Ada benar jugak kata-kata Adzril.Panas baran Natasya tu memang tak boleh nak dihalang.Harap-harap Hafiz boleh kurangkan sakit baran Tasya tu,’Doa Alisa dalam hati.

‘Cantik betul Alisa ni.Asal lah dari dulu aku tak perasan,nasib tak terlepas.’puji Adzril dalam hati.Alisa yang sedari tadi termenung berpaling memandang Adzril.

Merah muka Alisa bila dapat tahu Adzril tengah pandang dia.’Adzril pandang akulah..Yahoo!’Jerit  Alisa dalam hati.Gembira bukan main.

Adzril terus concentrate bawak Satria Neo LE dia.Kecut hati beb bila terkantoi.Jatuh saham.

“Thanks Lisa sebab sudi teman abang,”ujar Adzril bila sampai depan apartment Kasawari a.k.a apartment Alisa dan Ezi Natasya.Selamba je.

Alisa yang terkejut cepat-cepat mengusik, “Abang?”

“Err,” ‘Sudah!aku nak bantai apa ni?Macam mana boleh terlepas ni.’Adzril berbicara dalam hati sambil mengutuk cara dia yang tak gentle tu.Alisa disebelah terus tersenyum, ‘Comelnya bila dia malu camtu.,hehe’Adzril terus tersengih,kesal dengan kata-kata yang terlampau poyo tadi.

“Bahhhh!” Sampai saja Adzril dekat rumah sewanya,terus kena sergah dengan housematenya yang gila.Sape lagi kalau bukan Adam Mikael,kawan baik Haikal yang tengah nak ejas sepupunya,Ezi Natasya.

“Kau memang nak aku matikan?”marah Adzril.Baru nak happy-happy teringat kejadian petang tadi.Rindu pulak dekat dia.Ehh?

“Ish,takdelah.Kalau kau mati,sape nak bayar duit sewa rumah bila kiteorang pakat buat-buat sesak nanti”Adam Mikael tersengih.Bulat biji mata Adzril bila dengar keterlepasan cakap Adam Mikael

“Kau cakap korang pakat buat-buat takde duit?”jerit Adzril.Naik pekak telinga Adam Mikael.

“Relax lah Ril,sekali sekala je.Janganlah jerit-jerit.Sakit telinga ni tau tak.”kata Adam Mikael sambil mengosok telinganya bila dengan Adzril terjerit tadi sekaligus menyesali diri sendiri sebab dah terlepas cakap.

Adzril cuma geleng kepala dengan perangai gila Adam Mikael ni.Perangai je gila. “Haikal mana?”laju persoalan ditanya bila tengok mamat lagi sorang ni takde.

“Ala,biasalah.Lepak mamak kot.Tak pun jumpa kawan-kawan high class dia tu”Adam Mikael mencebik lagipun dia memang tak suka nak lepak malam-malam ni.

‘Tak pernah diajar oleh bapak dia dulu.Tapi bagus jugak,boleh jadi jaga dekat rumah ni.’Adzril bersuara dalam hati.

Kamu telah mencapai bab terakhir yang dipublikasikan.

⏰ Terakhir diperbarui: Oct 18, 2021 ⏰

Tambahkan cerita ini ke Perpustakaan untuk mendapatkan notifikasi saat ada bab baru!

100th loveTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang