01

157 48 302
                                    

Jam tangan dikerling untuk kali yang kelima. Batang hidung kawan sehidup sematinya masih belum muncul. Hampir sejam dia menunggu di dalam kereta. Nafas lelah dihembus entah kali keberapa.

Dia keluar daripada kereta untuk menghirup udara segar. Jemu hidung mancungnya menghirup udara daripada penghawa dingin.

Dia menyandar ditepi kereta sambil berpeluk tubuh. Matanya merenung pakcik guard yang sedang menari sakan di dalam pondok security dan pastinya untuk video tiktok. Kepala digelengkan.

Apa nak jadi dengan orang tua zaman sekarang?

Sebelum dia mengerling jam untuk kali yg keenam, suara budak lelaki menerpa telinganya. Lelaki yang jauh lebih pendek darinya dan lelaki yang mempunyai suara yang unik. Senang cerita suara lelaki yang sepatutnya garau tetapi tidak untuk lelaki yang bernama Ryan Edward.

"Kau pergi tandas untuk membuang atau buat tandas baru?" kata Ahtar sambil kening diangkat tinggi.

Ryan yang masih tercungap-cungap membalas kata-kata Ahtar beserta kerutan di dahi.

"Tadi perut aku sakit sangatlah," kata Ryan sambil tersenyum comel. Langsung tidak rasa bersalah membiarkan Ahtar menunggu hampir sejam.

"Banyaklah kau. Dah, pergi masuk kereta sekarang,"

"Eh kejap aku lupa something!" tanpa sebarang kata Ryan kembali masuk ke dalam sekolah.

Ahtar mengetap gigi lalu menghembus nafas kasar. Dadanya dipegang buat seketika. Dia rasa nak marah tapi dia tahan.

'Sabar Ahtar, dengan budak kecik kau tak boleh marah. Tak cool nanti.'

Selepas lima belas minit Ryan muncul semula di dalam kereta sambil membawa sebuah beg sekolah.

Ahtar mengerutkan dahi.

"Beg siapa pula yang kau rembat ni? Kat belakang tu bukan beg kau ke?" ujar Ahtar keliru. Matanya memandang beg yang dipegang Ryan itu silih berganti.

"Oh. Ini beg–"

Kata-kata Ryan dipotong selepas satu bunyi pintu kereta ditutup kedengaran dari belakang.

"Hai!" suara lunak seorang perempuan memasuki gegendang telinga mereka berdua.

Ahtar menoleh ke belakang sebelum mulutnya dengan spontan mengeluarkan kata-kata kesat.

"The heck?"

"Hai Eyka. Kau nak kitorang hantar kau kat mana?" Ryan bersuara dan mengabaikan pandangan tajam Ahtar.

"Hantar kat depan tu je. Nanti pandai-pandailah I balik rumah sendiri,"

"Asal tak jalan kaki je?" Ahtar mencelah.

"Alah I nak tumpang kejap je. Takkan tak boleh?" Eyka memuncungkan bibir.

Ryan tersenyum kecil. Sebenarnya Ryan dipaksa oleh Eyka supaya gadis itu dapat mendekati Ahtar.

"Tak boleh," ujar Ahtar. Keretanya masih berada di situ. Dia malas ingin memandu jika Eyka masih berada di dalam keretanya.

"Alah you ni–"

"Get out,"

"Tapi yo–"

"I said get out,"

"Hantar I kat depan tu je, please?"

Ahtar sekali lagi menghembus nafas lelah. Kereta dipandu dengan cermat. Dia berhenti betul-betul di tepi taman yang dimaksudkan oleh Eyka.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 05, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The Fella SchoolWhere stories live. Discover now