III

35 14 10
                                    

1 December 2022

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

1 December 2022

"Taehyung, macam mana dengan Spain?" Kim Taehyung yang merupakan model antarabangsa, mula mendekati tubuh Johnny sebelum memeluk tubuh lelaki itu.

"Okeylah. Aku dapat berjumpa dengan penulis terkenal 'In The Woof', Jazeyh Boutipul. Cantik orangnya."

Selepas bertahun lama, rakan sebilik Johnny, Taehyung berhijrah ke Spain kerana ingin mengejar cita-citanya sebagai seorang model, akhirnya lihatlah dirinya yang sekarang. Johhny tersenyum.

Bagasi Taehyung ditarik masuk ke dalam rumah. Johnny menutup pintu, sebelum kembali ke ruang tamu dengan bagasi besar milik Taehyung. Matanya menangkap figura Taehyung yang sedang menggantung jaket tebalnya.

Johhny baru perasan. Salji sudah turun.

Oh.

"Aku ada bawakan kau cenderahati. Nanti kau tengoklah dalam beg putih tu," ujar Taehyung, tidak melihat Johnny, sibuk membuka jam tangannya.

"Mhm, cenderahati tak penting. Yang penting sekarang ni, kau dapat ke tidak nombor telefon dia? Mana tahu boleh isi tempat kosong dalam hati kau tu," ujar Johnny, sedikit mengusik. Taehyung tertawa besar.

"Johnny, kau tahu aku masih tunggukan Yanna,"

Suasana rumah itu terus berubah sunyi sepi. Tiada sebarang bunyi. Johnny terdiam. Dia memerhatikan susuk tubuh Taehyung bergerak masuk ke dalam dapur, mencapai sebotol susu didalam peti sejuk.

Yanna, ataupun nama panjangnya, Yanna Jung, mendiang kekasih Taehyung yang terlibat dalam kemalangan semasa mahu ke Spain, untuk menyambut hari lahirnya bersama dengan Taehyung. Impian kecundang, nyawanya melayang. Kapal terbang yang dinaikinya terhempas, meragut nyawa kesemua penumpang, termasuk diri wanita itu.

"Walaupun.. dia dah mati?" Soal Johnny, perlahan, sungguh perlahan, tidak dengari Taehyung.

Tiba-tiba, satu tangan naik menyentuh belakang leher Johnny, satu suara berbisik ditelinganya. Uh, sejuk.

"Walaupun dia dah mati."

Johnny tersentap. Dia pantas melihat ke belakang, tiada. Tiada orang. Hantu ke? Suara Taehyung yang tiba-tiba menjerit, memanggil diri lelaki itu, membuat Johnny berpaling ke arah dapur semula.

"Bro, kau tutup botol susu ni guna air liur kau ke apa? Berlendir siot!"

•••

3 December 2022

Johnny melihat Taehyung yang tiba-tiba sudah berada diluar rumah. Menyiram pokok dan menari-nari seperti tiada hari esok.

Dan tarian agresif itu.. seakan dia pernah lihat dahulu.

Johnny terkebil-kebil tatkala paip air yang dipegang Taehyung tiba-tiba dijatuhkan. Figura lelaki itu berdiri tegak, silent, tiada siapa faham apa yang lelaki itu sedang buat.

Tiba-tiba, Taehyung berjalan masuk ke dalam rumah, ke dalam bahagian dapur, seperti tiada apa-apa yang baru berlaku.

Percayalah, Taehyung seakan orang gila semenjak dia kembali ke Korea. Atau sebenarnya personaliti dia berubah sejak beberapa tahun menatap di Spain?

Eh, tak mungkin! Kelmarin dia datang ke sini, dia kelihatan seperti dirinya yang sebenar. Taehyung yang aku kenal!

Tapi sekarang.. dia seakan lebih kepada.. girly??

Tak.. Ini kes lebih teruk. Malam semalam, dia asyik nak berkepit dengan aku dan dia juga buat suara tu.. suara—

"Johnny! Jom makan dengan saya! Saya masak makanan kesukaan awak!"

Kepala aku terus menoleh ke arahnya.

"Ular goreng!" Dia membuat suara kepit itu lagi dan.. bila masa aku suka makan ular goreng— no, scratch that. Orang gila mana saja yang akan makan ular goreng?

Dan satu lagi.. Dari mana pula dia dapat ular tu?

Taehyung tiba-tiba keluar dari dapur dengan memakai sepasang apron berwarna pink, tangannya pula sedang memegang sebuah dulang besar. Sekejap, mana dia dapat dulang tu? Aku buang fikiran itu saat mata aku terlihat ekor ular hijau yang sangat besar dan.. dan hangus.

Air liur ditelan, telapak tangan aku digaru dengan kuat. Hanya tuhan saja tahu betapa peliknya— tak! Betapa takutnya aku dengan kebangangan Taehyung.

"Kenapa? Awak tak suka ke?" Wajahnya jadi muram. Aku langsung terkebil-kebil.

Belum sempat aku nak menjawab apa-apa, secara tiba-tiba saja reaksi mukanya berubah menjadi gembira. Gembira seperti dia baru lepas berjaya tangkap si pondan Abe Saleh dan jadi manusia paling terkaya, mengalahkan Alep Syokreh!

Oh god. Ini bukan satu petanda baik—

"OOOOOH! Awak nak saya suapkan ehh? Aloh, papi ni cumil! Ha meh sini, meh sini! Saya suapkan banyak-banyak! Biar awak gumoook! Sedap ni! Buka mulut, AAAAAAAAAAAA!"

Ya tuhan, Taehyung kau dah gila ke?

How To Be A Bride? | JohnnyWhere stories live. Discover now