I

80 22 58
                                    

Park Jaban

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Park Jaban

3rd December 2021

"I now announce you husband and wife- DAH KAU, TAKYAH MEMALU TAHI LALAT, PERGI CIUM DIA!"

Tetamu mula tergelak pada telatah tiba-tiba paderi itu.

Aku yang berada di hujung sebelah pihak pengantin perempuan hanya tersenyum. Wajah lelaki kacak yang sudah bergelar suami kepada kakak ku, Park Syundail, dipandang sekilas sebelum pandangan ku berkalih ke sekumpulan lelaki dewasa yang sedang seronok berbual mesra.

Wajah papa yang kelihatan sedang berada didalam kumpulan itu, membuatkan bibirku terukir satu senyuman sebelum mataku melirik ke arah wajah seorang lelaki yang berpakaian segak, berdiri dibelakang tubuh papa.

Dahiku berkerut seribu sebelum wajahnya dapat aku ingati perlahan-lahan.

Senyuman dibibirku mula menjadi lebih lebar, dengan hati yang gembira aku terus memecut ke sana. Wajah papa melihat aku semacam, seperti pelik mengapa aku datang ke mari.

Tiba-tiba, mata papa dan orang sekelilingnya mula menjadi bulat tatkala aku, tanpa sebarang amaran terus memeluk pinggang lelaki yang berpakaian segak itu.

"Uncle Johnny!"

•••

Wajah Uncle Johnny yang sedang menjamu selera ditatap lama dari jauh. Aku menongkat dagu, melihat wajahnya yang purrrfect!

Ah, rindu sangat.

Kali terakhir aku nampak wajah Uncle Johnny, adalah semasa dia sudah mahu keluar dari Korea.

Aku menangis malam tu dan hari-hari seterusnya. Gila kau tak sedih, lelaki tu merupakan kawan kepada papa. Kesibukan hidup dia tak pernah mengganggu dia untuk selalu bermain masak-masak dengan aku, luangkan masa dengan kau, tapi dengan tiba-tiba dia nak pergi macam tu je. Aku sedih sangat, fikirkan tentang dia dekat sana. Iyalah, siapa tahu tiba-tiba dia balik Korea dengan cincin dekat jari. Lagi teruk, dengan wanita dekat sebelah.

Ew! Yucks!

Kalau aku ceritakan dekat omma, dia pasti akan kata aku baca banyak sangat novel dan nasihat aku supaya kurangkan berkhayal nak kahwin dengan Uncle Johnny.

Aku tak faham kenapa ramai sangat orang menentang cinta kami. Bukannya jauh sangat perbezaan umur kami berdua.

Aku 18 tahun, dia... 26 tahun.

Alah! Seperti orang tua pernah berkata, umur bukan penghalang jodoh!

Tapi itulah.. Uncle Johnny atau nama sebenarnya, Johnny Suh.

Dia selalu anggap aku macam budak-budak hingusan.

Ugh! Aku dah tahu memasak, mengemas rumah, mencuci pinggan mangkuk, tapi pada masa yang sama pandai menghias diri.

How To Be A Bride? | JohnnyWhere stories live. Discover now