Setelah beberapa jam mereka menghabiskan masa di mall, akhirnya mereka habis juga.
"Aku gerak dulu." Ujar Aiden. Yang lain hanya mengangguk. Aiden berlalu pergi.
"Kau balik naik apa Reen?", tanya Mikayla. Aireen menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Aku tumpang kau boleh tak Am?", Aireen meminta izin.
"Hah?" Amsyar tidak mengerti.
"Aku nak tunpang kau boleh? Tak ada kenderaan lah nak balik." Aireen memandang Amsyar penuh berharap.
"Hurm Reen. Aku bukan tak nak tumpangkan kau tau. Tapi kereta aku ada dua seat je." Amsyar memandang Aireen serba salah. Muka Aireen berubah masam.
"It's okay. Takpelah kalau macam itu. Kau hantar je Kayla balik. Pandai pandailah aku balik nanti." Aireen tersenyum.
"Reen." Aireen menggelengkan kepalanya.
"Takpe. Kau balik je. Nanti aku call Ary suruh ambil aku. Dah pergilah." Suruh Aireen. Nak tak nak dia terpaksa suruh Aryan ambil dia.
"Aku balik dulu tau." Aireen mengangguk sambil tersenyum. Mikayla berlalu pergi. Henfon dikeluarkan. Nombor Aryan dicari sebelum ditelefon.
Tidak dijawab.
Nombor Aryan ditelefon sekali lagi.
Masih tidak berjawab.
Ary mana kau?
Lagi sekali nombor Aryan ditelefon.
Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. Si-
Nak menangis Aireen rasa apabila Aryan tidak menjawab panggilannya.
Dia ni tidur ke apa? Hish. Kalau tidur pun tak payahlah silent phone tu.
Aireen bergerak ke stesen bas yang berada tidak jauh daripada mall itu. Dia duduk di bangku yang disediakan.
Along... Aku nak balik macam mana ni?Grab? Dia mana ada aplikasi tu. Nak guna pun tak reti.
Teksi? Mana teksi? Satu pun aku tak nampak tau.
Bas? Tak ada tau masalahnya.
Sedang elok dia berfikir cara untuk dia balik, sebuah kereta Audi RS7 berhenti dihadapannya.
Eh ni macam kereta...
Pemandu kereta itu keluar dari kereta.
Ethan.
"Kenapa kau tak cakap dekat aku yang tak ada sapa boleh hantar kau balik" tegang wajahnya memandang Aireen. Tertunduk Aireen dibuatnya.
"S-sorry. Saya tak nak susahkan awak." Aiden menghela nafas kasar.
"Masuk."
"Hah?" terkebil kebil Aireen memandang Aiden.
"Masuk. Aku hantar kau balik." Ujar Aiden. Aireen mengangguk. Dia bangun dari duduk. Dia masuk ke bahagian penumpang. Aiden turut masuk ke dalam kereta. Sebelum itu, dia sempat memandang sebuah kereta yang berada tidak jauh dari tempatnya berada. Tinted kereta yang gelap menyukarkan dirinya untuk melihat pemilik kereta. Nombor plat kereta dilihat. Terbit senyuman sinis dibibir Aiden.
Kosong. Kereta itu tak ada nombor plat. Betul sangkaannya. Dia diperhatikan. Dan yang pasti Aireen juga turut diperhatikan.
Who are you dude?
"Kau tak call along kau ke?" Aireen menggelengkan kepala.
"Along kerja hari ini. Tak boleh kacau dia." Jawab Aireen.
YOU ARE READING
ETHAN AIDEN [C]
Teen Fiction[C O M P L E T E] ETHAN AIDEN Menjadi seseorang yang digeruni dalam dunia gelap bukanlah pilihannya. Hanya kerana dipaksa oleh bapanya sendiri, dia terpaksa memikul tanggungjawab untuk menjadi ketua di dalam dunia gelap. Dengan dirinya yang masih be...