Chapter 1

38 23 4
                                    

[Flashback]

"Mulai hari ini, Taehyung, si pari-pari pelatih akan dihalau dari Lien's Fairy World kerana telah menyebabkan kerosakan teruk di Xiuminseok Fairy School," usai berkata-kata...si ketua hakim mahkamah pari-pari mengetuk meja dengan tukul kayu, tanda keputusan untuk menghalau Taehyung itu adalah muktamad.

[End Of Flashback]

Tersentak Taehyung dari lamunan pabila sayapnya tersekat pada ranting pokok. Taehyung mengeluh kasar. Dia cuba melepaskan diri namun...

"My wings," Taehyung hampir menangis saat sayapnya terkoyak teruk dek kerana dia cuba melepaskan diri dari ranting kayu itu.

Menggunakan sedikit kuasa sakti, dalam sekelip mata Taehyung berjaya menyembuhkan luka pada sayapnya.

"Saya lapar," kata Taehyung. Perutnya mula menyanyi kerana dia terlalu lapar dan dahaga. Sudah beberapa hari dia tidak makan atau minum sejak dihalau dari Lien's Fairy World.

"Kenapa saya dihukum atas kesalahan yang tidak saya lakukan? Wae? Kenapa mereka hukum aku tanpa usul periksa?" Tubir mata Taehyung sudah bergenang dengan air mata.

Tika Taehyung bersandar pada pohon mapel yang daunnya sudah berubah warna kepada merah jingga, "Wah, sedapnya bau!" Kata Taehyung. Hidungnya kembang kempis, menikmati aroma yang membangkitkan deria rasanya.

Taehyung mengepak sayap. Dia terbang, mencari dari mana datangnya aroma wangi biskut strawberi yang tercium oleh deria baunya.

Sehinggalah Taehyung tiba ke sebuah rumah ladang. Dari ekor mata, Taehyung dapat melihat asap berkepul-kepul naik ke udara melalui cerobong asap rumah itu.

"Itu tentu dapur. Hmm... Bolehlah aku makan sepuas hati," kata Taehyung dengan girang. Segera dia bergegas memasuki rumah ladang tersebut.

[Completed] Fairy Bug || KTH Where stories live. Discover now