Chapter 4

25 20 4
                                    

Air mata Jungkook mula bergenang. "Who are you? Dan kenapa awak habiskan semua biskut strawberi tu?" Tanya Jungkook. Dirinya tidak dapat menahan sebak.

"Nama saya Kim Tae Hyung. Pari-pari pelatih yang berasal dari Lien's Fairy World. Dan...fasal biskut tu, saya minta maaf. Sebenarnya dah beberapa hari saya tak makan atau minum sejak dihalau dari Lien's Fairy World," terang Taehyung.

Bibir Taehyung menguntum senyum kelat begitu dia mengenang semula detik tersebut.

"Semuanya kerana fitnah. Aku tak sangka, rakan sekelas aku sanggup menikam aku dari belakang semata-mata dengki dengan aku yang selalu mendapat markah penuh dalam exam," monolog Taehyung dalam hati. Lantas Taehyung menarik nafas kasar.

"Kesiannya awak kan," kata Jungkook dan Baekhyun secara serentak.

"Tapi... Awak mesti ganti semula biskut strawberi saya!" Tegas Jungkook.

Renungan tajam, Jungkook lemparkan ke arah Taehyung.

Baru saja Taehyung ingin membalas ayat dari Jungkook, kedengaran derapan tapak kaki di ruang tamu.

Segera Taehyung menghilangkan dirinya, tepat ketika si pemilik kaki itu memasuki dapur.

[Completed] Fairy Bug || KTH Where stories live. Discover now