Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Puan Keun memberhentikan kereta di tempat parking hospital . Jihyo dia lihat dari cermin pandang belakang . Wanita itu menangis tidak berhenti . Mengigil memikirkan proses mengugurkan kandungan sebentar sahaja lagi .
Dia tidak sanggup . Tidak sanggup mengugurkan kandungan . Hasil perkongsian hidup dengan lelaki tercinta , Jeon Jungkook . Bayi di dalam kandungan adalah bukti cinta mereka berdua .
Ibu mana yang sanggup mengugurkan kandungan sendiri . Setiap wanita berkahwin pasti mengidamkan anak .
Puan Keun menarik tisu diatas dashboard dan diberikan kepada Jihyo . " Kau lap airmata bodoh kau tu . Kau tak payah nak menangis bagai . Gugurkan kandungan je kot . Bukannya aku suruh kau mati . Kalau kau gila nak anak sangat , Yanan boleh bagi dekat kau " ujar Puan Keun tanpa rasa bersalah . Fikiran yang teramat cetek .
Entah apalah yang merasuk dirinya sehingga bertindak sedemikian . Mengugurkan kandungan baginya hanya sebuah permainan . Padahal satu nyawa yang mahu digugurkan .
Jihyo tunduk . Tangan memegang perut . Tisu ditangan tidak digunakan . Membiarkan airmata mengalir tanpa diseka .
" Kau kena sedar yang kau ni asal dari mana . Appa kau kaki judi , peminum arak . Mati sebab kena belasah . Pinjam duit ah long tak bayar . Aku ni kerja melayan lelaki . Eomma kandung kau pun kerja sama macam aku . Darah yang mengalir dalam tubuh kau tu darah kotor . Kau tak rasa malu ke dengan Jungkook ? tak payah kau nak berangan kejar bintang , sedangkan bulan pun kau tak mampu nak gapai "
" Jihyo tak salah . Yang salah korang ! Korang yang buat Jihyo macam ni ! korang yang meletakkan Jihyo kat tempat ni ! " balas Jihyo kuat .
" Kau kenapa nak tinggikan suara dengan aku ? " kepala Jihyo dipukul geram . Semakin kuat Jihyo menangis . " Aku nak kau lap airmata kau tu . Dah macam perempuan gila aku tengok kau ni "
" Lap airmata kau ! " jerkah Puan Keun .
" Dah , cepat keluar " suruh Puan Keun . Dia keluar terlebih dulu . " Cepatlah ! "
Jihyo mengikuti dari belakang . Tiap langkahnya membuatkan jantungnya berdegup kencang . Tangan memegang perut . Merasai ada satu nyawa di dalam diri .