Sesekali lengan Amira dicuit oleh Nek Minah. Tapi tidak langsung diendahkan gadis itu. Dahla hati tuanya dapat merasakan bahang api di ruangan dapur ini apabila melihat cara tatapan Zafiq melihat wajah Zhariff.
"Fiq, Kenapa boleh ada dekat sini?" Soal Zhariff sambil mengambil lauk asam pedas ikan pari letak di pinggannya.
Zafiq mendengus.
Amira menelan kasar makanannya. Dia membetulkan kedudukkan. Dia melihat Zafiq dan Zhariff berulang kali.
"Abang kenal ke Zafiq?" Soal Amira.
Zafiq berdecit.
'Abang?.. amboi lembut betul suara kau ek, kalau dengan aku suara macam nak terkeluar biji tekak. takkan cepat sungguh dia ni bertukar hati?" Getus hati kecil Zafiq.
"Zafiq sepupu abang.." jelas Zhariff.
"Ooo..sepupu. Tapi beza banyak ek."
Kening mereka berdua bertaut. Nek Minah ikut mengerut dahi.
"apa dia?" Soal Zhariff.
"Ehem...abang beradap. Budak ni kurang adab. Auch.." Serta-merta Nek Minah mencubit pehanya.
"Cepat makan. Zafiq, Zhariff tambahlah lauk tu" Nek Minah memberikan pandangan maut buat Amira.
Amira mulai memuncungkan mulut tanda protes. Boleh pula Nek Minah mencubit dia, betul la apa dia cakap tu. Itu fakta bukan auta.
"Apalah Amira ni. Kami kan hanya sepupu bukan adik beradik sayang.." Lembut tutur bicara Zhariff.Macam manalah Amira tidak jatuh sayang.
Tapi sayang bukan sebab cinta tapi sayang akan sikap Zhariff. Dia sudah berjanji pada hatinya bahwa dia tidak akan beria-ria akan sesuatu hubungan. Cukup apa yang terjadi pada dia dan Zafiq.
"Abang Riff, Kau boleh tak jangan panggil dia sayang?. Dia bukan sayang kau pun." Bengang Zafiq. Cukuplah dia bersabar.
Bukan dia tidak nampak cara Amira memandang Zhariff berbanding dirinya. Cepat sungguh perempuan ini jatuh cinta. Tidak sampai beberapa bulan, Amira boleh mencintai dan menyukai lelaki lain.
"Eh siapa kata aku tak sayang Abang Zhariff. Kau elok sikit." Bentak Amira.
Zafiq bangun dan membasuh tangannya. Dia menarik lengan Amira dan membawa keluar dari rumah.
"Pinjam cucu nenek."
Amira cuba menarik lengannya kembali namun kekuatan apa yang dia ada untuk melawan tenaga jejaka itu.
Zhariff meneruskan makan dari mempedulikan manusia itu pergi. Kepala digelengkan perlahan. Jam di tangan dilihat.
"Kena balik awal ni."
"Kau ada dendam apa dengan aku?" Soal Zafiq . Tangan Amira masih dipegang erat olehnya.
Amira cuba menarik tangannya namun tidak berjaya. Dia memberikan pandangan tidak puas hati akan tindakan lelaki itu. Biadap.
YOU ARE READING
Cinta Yang Hilang
RomanceNurul Amira Binti Saad... Seorang gadis yang mempunyai nasib yang tidak begitu baik. Keluarganya meninggal saat dia masih kecil. Kini dia tinggal bersama neneknya. Dipulaukan kawan-kawan. Dan jatuh hati pada seorang lelaki yang jelas berbeza dari di...