Sudah beberapa kali dia merasakan diri dipandang seseorang. Namun setiap kali dia menoleh ataupun mencari tahu siapa yang memerhatinya pasti dia tidak dapat menangkap si pengintip itu.
Suasana di kedai makan masih dalam keadaan terkawal. Jam di tangan dilihat. Patut kedai ini macam sunyi saja, belum pukul 12 tengahari lagi. Kalau dah pukul 12 nanti sudah tentu ramai orang yang ada disini.
Amira mengangkat cawan kotor dari atas meja. Air dan sisa makanan yang penuh di meja dibersihkan dengan kain buruk. Topi yang terletak cantik di atas kepala dibetulkan biar ketat.
Cawan dan pinggan yang kotor dibawa ke belakang.
"Eh... Kau tak pergi sekolah ke hari ni Amira? " soal Mak Esah.
Dia segera mengambil cawan dan pinggan dari tangan gadis itu. Kenapalah gadis itu bersusah payah untuk berkerja sedangkan gadis itu boleh dan mampu untuk menuntut ilmu.
Amira mengeluh perlahan.
"Entah la Mak Esah... Mira rasa nak berhenti belajar... "
Mata Mak Esah membulat. Cawan dan pinggan yang ada di tangan, dia letakkan didalam besen yang dipenuhi sabun. Lantas dia menampar bahu Amira. Amira mengadu sakit.
"Ya Allah budak ni... Kenapalah?. Dah ada peluang tak nak rebut. Bukan semua orang tau dapat bersekolah".
Amira menggosok bahunya.
Mak leha duduk di tangga kecil disebelah Amira. Kepala gadis itu diusap dengan kasih sayang. Sudah hampir setahun dia mengenali Amira.
Seorang yang baik, pandai menjaga adab dan sentiasa membuat orang geli hati akan karenahnya.
Pelik sungguh Mak Esah dengan orang zaman sekarang ini. Dalam seribu kebaikkan yang ada, kenapa mereka suka mencari keburukkan atau kesalahan seseorang dulu. Hanya dengan satu kekurangan yang ada pada Amira, mereka boleh memandangnya dengan hina.
" Mak leha paham, kamu susah sekarang...kamu tak boleh tahan dengan mulut orang yang bercakap terhadap kamu. Tapi ingat itu UJIAN Amira. Allah takkan uji seseorang itu lebih dari kemampuannya. Dan ingat Nek Minah sayang. kasihan dia."Nasihat Mak esah.
Amira menahan air mata dari mengalir. Terharu dia apabila Mak Esah mengambil berat tentang dirinya. Selain Nek Minah, Mak Esah lah orang yang paling dia tidak mahu hilang di dunia ini.
Bagi Amira mereka berdua nyawanya kini. Hilang mereka, hilanglah separuh nyawanya.
Amira kembali membasuh pinggan kotor yang berada di dalam dipenuhi air sabun.
YOU ARE READING
Cinta Yang Hilang
Roman d'amourNurul Amira Binti Saad... Seorang gadis yang mempunyai nasib yang tidak begitu baik. Keluarganya meninggal saat dia masih kecil. Kini dia tinggal bersama neneknya. Dipulaukan kawan-kawan. Dan jatuh hati pada seorang lelaki yang jelas berbeza dari di...