Bab 14

17 8 0
                                    

Jam menunjukkan empat petang,waktu-waktu begini ramai yang merehatkan diri dirumah atau beredah di pantai.

"Kucing makan ikan,lembu makan rumput,nenek masak nasi atok makan sajeee~"lagu entah darimana dikutip dan dinyanyikan oleh Hana sambil bermain lego miliknya.

"Atok,yang ni nak susun mana?"tanya Hana lalu menoleh ke belakang untuk bertanya kepada atok yang sebentar tadi duduk di sofa.

Krukh..krukhh..

"Atok tidur?"

Hana bangun dari duduknya lalu naik ke sofa dan mendekatkan wajahnya ke wajah atok.

Krukhh..krukhh..

"Eee,atuk pun bedengkur macam papa"ujar Hana dengan kerutan di dahinya lalu dia turun dan sambung bermain lego.

Tok!tok!

Baru nak sambung bermain lego pintu rumah diketok oleh seseorang.
Entah kenapa Hana takut untuk membuka pintu rumah tersebut.Kerana itu dia memanggil papanya yang tidur di bilik.

Tok!tok!

Tok!!tok!!

"Eee-e,ta-tak payahlah ketok-ketok rumah orang!~"rengek Hana yang semakin ketakutan melihat ketukan di pintu dan tombol pintu rumah dipulas seperti nak hancur pintu rumah tersebut.*pengaruh movie hantu*

"Papaaa~~!"baju Ian di tarik-tarik oleh Hana sekuat mungkin untuk mengejutkannya.

"Eumm~nape sayang?meh tidur dengan papa sini-sini"ujar Ian yang separuh sedar lalu menarik tangan kecil Hana.

"No!papa!ada orang nak rosakkan pintu rumah!papa pergilah tengok!~"ujar Hana dengan kuat.

"Sape nak rosakkan pintu rumah?hm?sape?"ujar Ian lalu bangun dari barengannya.

"Papa pergilah tengok~Hana takutlahh~"rengek Hana lalu menarik tangan ayahnya sekuat mungkin untuk pergi melihat ke luar siapa yang mengetok pintu.

"Iye~iye~"Ian hanya mengikut sahaja kemana putrinya ingin pergi.

Sesampai di depan pintu,suara ketukan pintu dan tombol pintu yang dipulas tadi berhenti.

"Takde sape pun?"ujar Ian.

"Papa tengoklah kat luar dulu!"jawab Hana yang bersembunyi di belakang kaki Ian.

Ian memulas tombol pintu dan melihat keluar dan terlihat 2 lelaki yang bermain kejar-kejaran di halaman rumah,2 perempuan yang satu dah macam hilang roh yang satu lagi termenung tak ingat dunia.

Ian tersengih melihat gelagat adik beradiknya yang pulang ke kampung.

"Hah!bukak pun pintu!orang dari tadi tunggu tahu tak?dahlah panas lapar pulak tu!"ujar Saffiya yang hilang roh tadi merungut-rungut.

Nur Saffiya.Anak bungsu.Berumur 13 tahun.

"Lah, tibe-tibe marah,orang kalau datang rumah orang ketuk pintu 3 kali lepas cakap assalamualaikum.Kau ada buat ke?"tanya Ian.

"Lah,ceramah pulak dia ni.Rumah sendiri en?suka hati akulah"ujar Saffiya menjelirkan lidahnya.

"Yan,ma masak apa?"tanya Alieya mencelah percakapan antara Ian dan Saffiya.

"Entah,aku rasa mak tak masak lagi kot.Kalau kau nak gilah kejutkan mak masak"ujar Ian menyilangkan tanganya ke dada lalu menyandarkan dirinya ke pintu.

"Takpelah..aku masak jelah"ujar Alieya.Niat balik kampung nak rasa masakan mak lah mak tidur mana sanggup kejutkan mak time tidurkan?sian mak.

Perhatian Ian tertumpu kepada 2 budak lelaki yang bermain kejar-kejaran seperti dunia milik mereka.Masalahnya nak main kejar-kejar tu ok tapi ye tak ye pun janganlah main time matahari terik.

My Lovely WifeWhere stories live. Discover now