"Hurt her, you're my enemy."
"Carlos, don't forget to bring a wife this year okay? Love you my son! Bye!"Tut
Carlos memandang skrin telefon bimbit nya itu.Kepala digelengkan seraya satu keluhan terlepas dari mulutnya.
"Tak baik mengeluh tau Carlos..Walau muka kau tu memang tak kacak macam aku, kau tetap perlu bersyukur..Jangan tahu nak mengeluh je.."kata Mark yang sudah duduk disofa itu.Ditangannya terdapat satu lolipop yang besar.Dah macam lolipop makhluk gergasi pun ada!
Carlos membuat muka jelik.
"Kau dah kenapa bodoh? Aku tak kata pun aku mengeluh sebab tu.."kata Carlos sebelum menghenyakkan punggungnya disofa yang berhadapan dengan Mark itu.Nak duduk dekat - dekat, nanti terjangkit pula dia dengan kebodohan lelaki Turki itu.Memang tak lah!
Mark mengangkat keningnya.
"Jadi, kenapa? Tak nak kongsi dengan aku ke yang handsome ni?"kata Mark lagi yang tidak henti - henti memuji dirinya sendiri itu.Yelah, kalau bukan diri sendiri, siapa lagi yang nak puji kita kan?
Apa lagi yang single mingle singlet ni!
Carlos menyandarkan badannya ke belakang.Matanya merenung kearah siling rumah besar lagi mewah itu.
"Mama aku..Tak henti - henti suruh bawa menantu.."beritahu Carlos tanpa memandang wajah Mark.Nak tengok buat apa? Bukannya dapat duit pun!
Merosakkan pandangan adalah!
Mark mengerutkan dahi.Bawa menantu?
"Apa susah? Bawa je lah.."Sudah disuruh bawa tu, bawalah! Berdosa tau tak ikut cakap orang tua..Apa lagi kata - kata ibu!
Apa? Dia anak soleh okay!
"Susahlah.."keluh Carlos lagi.Entah apa - apa saja permintaan mamanya itu.Setiap kali menghubungi, pasti tidak lupa dengan pesanan minta menantunya itu.
Ingat nak cari menantu ni senang ke? Kalau minta monyet senanglah! Tu depannya sekarang pun dah dah sedia..
"Susah kenapa pula? Ada kereta dengan kapal terbang kan? Ataupun kau auntie suruh kau bawa balik menantu dengan jalan kaki je? Uish, hebat!"
Carlos mengeluh.Ini lagi satu, tak pandai faham - faham.Entah ini dipanggil bodoh lagi ke atau tak..Macam teruk sangat!
"Bukan tu lah bangang..Maksud aku, macam mana aku nak bawa balik sana, kalau menantu tu pun tak ada lagi? Haih, ingat senang ke nak cari?"rungut Carlos yang sudah pening dengan permintaan mamanya itu.Tiada permintaan lain ke?
Mark mengangguk - anggukan kepala nya.Betul juga apa yang Carlos cakap tu..
"Apa kata kau cari kat kedai? Mana lah tahu ada menantu yang boleh disewa? Bukan ke senang cerita macam tu?"usul Mark dengan riak seriusnya.Dah jangan puji, dia tahu dia pintar!
Carlos memandang Mark.
"Weyh bodoh! Kau ingat menantu tu apa? Barang? Makanan?"
Mark ketawa besar.
"Aku gurau je lah! Kau ni pun, ingat aku bodoh sangat ke hah? Ini Mark Heyyez lah! Pernah dinobatkan sebagai orang paling pintar dibumi dan angkasa lepas! Bukan macam kau, heh!"menantu? Dia tahulah..Takkanlah pula tak tahu kan?
Carlos menggeleng kepala.Bila kongsi masalah dengan Mark, terasa semakin berat pula masalah tu.Tak membantu langsung monyet seokor ni!
"Uncle Carlos, Uncle Mark.."
YOU ARE READING
HEART : THE HACKER'S PRINCESS [Hiatus]
Romance[ 2021 ] HEART : THE HACKER'S PRINCESS [SLOW UPDATE] "Aku diam, kalau kau tak kacau aku." CARLOS BERNARD, lelaki asal German yang berperwatakan sangat pendiam.Hanya bersuara bila ada perlu, dan diam sekiranya tiada apa yang penting.Namun, dalam diam...