/ Prologue /

5 1 0
                                    

Aku tidak begitu memikirkan sebelumnya tentang bagaimana kematian ku nanti - meskipun banyak sebab untuk aku berbuat demikian sejak beberapa bulan kebelakangan ini - dan sekalipun aku ada terfikir sebelumnya,aku tidak pernah membayangkan bahawa kematian ku akan sebegini.
      Aku hanya mampu merenung gerun dengan nafas yang seolah-olah tersekat,ke seberang bilik yang panjang itu,ke dalam mata bengis si pemburu ketika dia membalas renungan ku dengan mesra.
     Untuk mati di tempat yang lain,di tempat orang yang aku cintai,tentunya lebih baik.Malahan mulia.Tentunya lebih bermakna.
    Aku tahu,jika aku tidak ke Forks sejak awal-awal lagi,aku mungkin tidak akan berhadapan dengan maut seperti sekarang.Tetapi, sesungguhnya dalam ketakutan yang mencengkam saat ini,aku tidak mampu menyesali keputusan ku itu.Jika hidup menawarkan impian yang jauh melampaui jangkaan kita,tidak wajar untuk kita menyesalinya apabila impian itu akhirnya berakhir.
    Si pemburu melontarkan senyuman ramah ketika dia melangkah perlahan untuk menamatkan riwayat ku.
























Done prologue untuk cerita ni,btw Sy nak bagitau yg cerita ni bukan ditulis oleh Sy,korang boleh search Twilight by Stephanie Meyer Klau korang nak tau dgn lebih lanjut 😊

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Nov 01, 2021 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

𝟘𝟙 | TwilightTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang