"Eh Jung Dabin? dengan... Hendery?"
Dabin memandang seorang wanita yang baru sahaja menegurnya. Seseorang yang memang dikenalinya.
"Eh Aunty Son? " Dabin yang teruja bangun dan mereka berpelukan.
Son Woori. Isteri kepada Wong Zhao dan ibu kepada Jaehyun.
"Aunty kenal Hendery? Mesti Eomma bagitahu ni"
Hendery yang hanya duduk sahaja dari tadi mula merasa tidak selesa dan hanya melontarkan pandangan di luar tingkap.
"Err haah. Ni siapa?" tanya Son Woori yang baru sahaja menipu. Mana mungkin dia tidak mengenal anak tirinya sendiri? Walaupun sudah bertahun-tahun dia tidak melihat Hendery.
"Eh. Bukan Eomma dah bagitahu Aunty ke?"
"Aunty lupa"
"Oh ni.. boyfriend Dabin" jawab Dabin sengaja. Hendery yang dari tadi memandang ke luar tingkap terus terkejut dan menoleh laju. Begitu juga dengan Son Woori.
"Boyfriend? bukan jaehyun.."
"Hmm tak Aunty. Hendery is my boyfriend"
Dabin menoleh ke arah Hendery. Memberi signal supaya Hendery play along sebagai teman lelakinya.
Hendery yang tidak tahu apa yang patut dilakukan hanya senyum kepada Son Woori atau "ibu tiri" nya.
Hendery yang tidak mahu lagi berada dalam situasi ini terus bangun dan meletakkan tanggannya di pinggang Dabin. Hendery merangkuk erat dan menarik Dabin dekat padanya.
"Minta maaf Puan Son. Saya harap saya dapat enjoy date saya dengan girlfriend saya tanpa gangguan hari ini" tanpa menunggu jawapan Hendery terus membawa Dabin pergi dari situ.
Dabin yang hampir sahaja tertinggal beg tangannya selepas ditarik Hendery mengambil beg tanggannya dan menunduk maaf pada Son Woori dan pergi meninggalkannya.
Son Woori hanya melihat keduanya pergi meninggalkannya. Dengan rasa geram dia terus berjalan dan duduk di salah satu kerusi di restoran itu.
"Macam boyfriend betul tadi" kata Dabin sambil menunjukkan thumbs up pada Hendery. Hendery hanya menahan wajah dan telinganya yang semakin memerah.
"Memang pon"
"Memang pon??" tanya Dabin keliru.
"Memang pon tadi tu boyfriend betul awak"
"Huh??" Dabin ingin memastikan apa yang baru sahaja didengarnya tadi.
"Tak ada apalah"
"Mana ada tak ada apa! Awak ada cakap something tadi"
"Mana ada apa-apa" Hendery berjalan seolah memang tidak ada apa-apa yang dikatakan tadi. Dabin hanya mengikut berjalan di sisi Hendery.
"Macam mana awak kenal perempuan tadi tu?"
Dabin tiba-tiba berhenti. Kenapa dia baru sahaja teringat sekarang?
"Dabin? Kenapa?" tanya Hendery melihat Dabin yang berhenti tiba-tiba.
Dabin memandang Hendery dan terus berjalan sambil memikirkan sesuatu. Menghiraukan pertanyaan Hendery.
Kenapa dia baru sahaja teringat apa yang dikatakan Jaehyun. Kalau Hendery dan Jaehyun adalah adik beradik, maksudnya Son Woori tu ibu tiri Hendery.
Tapi kenapa keduanya seperti tidak mengenali satu sama lain. Adakah dia ditipu Jaehyun ataupun mereka yang berpura-pura tidak mengenali satu sama lain? Dabin pusing kepala.
"Awak okay ke tak ni?"
"Okay okay" jawab Dabin.
•——————————————-•
"Bye. Next time kita date lagi" kata Dabin setelah sampai di apartment Hendery.
"Bye" Hendery membuka pintu kereta untuk keluar, tetapi dia kembali menutup semula, tidak jadi untuk keluar.
"Kenapa?"
"Saya nak cakap lagi sekali apa saya cakap tadi"
"Apa dia?"
"Memang pon tadi tu boyfriend betul awak"
Keduanya tidak dapat menahan wajah mereka yang semakin jelas memerah. Dabin dan Hendery keduanya tersipu malu.
"Huh?" Dabin masih ingin memastikan pendengarannya.
"Awak memang dah tak boleh dengar ke?"
"Nak make sure. Awak cakap tak clear. Cuba ulang balik"
"Ulang balik?"
Dabin mengangguk. Hendery menahan sengih dengan matanya yang tidak boleh memandang Dabin kerana terlalu malu. Dia mengambil nafas dalam sebelum berkata.
"Hm Jung Dabin, will you be my girlfriend?"
Dabin memandang Hendery lama. Pendengarannya memang tidak salah. Dabin masih berdiam tidak memberi jawapan.
"Dabin?"
"AAAA YESSS" jerit Dabin sambil memeluk Hendery. Hendery membalas pelukan Dabin. Keduanya tersenyum dan saling berpelukan dengan erat.
"Hari ni saya tak nak balik lagi. Nak duduk rumah boyfriend saya" Dabin yang tidak boleh menyorokkan keterujaanya berkata selamba.
"Okay, girlfriend!" sekali lagi mereka saling berpelukan sebelum keduanya turun dari kereta.
"Hari ni first day kita"
Hendery mengangguk sebelum mereka kembali berpelukan. Keduanya seolah tidak mahu melepaskan masing-masing sehinggakan mereka berjalan dengan pelukan erat di bahu masing-masing dari kereta ke lif hingga di depan pintu apartment Hendery.
Hendery hanya berharap keputusannya tidak salah walaupun masih banyak perkara yang dirahsiakan dari Dabin. Manakala Dabin pula berharap supaya Hendery dapat menceritakan semuanya padanya walaupun Dabin sendiri sudah tahu segalanya termasuk Necrophobia yang dialami Hendery.
Menolak segala kerisauan ke tepi, buat masa ini mereka hanya ingin meluangkan masa bersama dengan satu sama lain.
YOU ARE READING
Okay, Girlfriend! [HENDERY]
FanfictionHendery adalah seorang lelaki dengan Necrophobia yang berusaha untuk memulakan kehidupan baru dan meninggalkan segalanya sehingga satu gadis muncul dalam hidupnya. "You keep things from me and I somehow found it out. I keep it to myself incase you'r...