Who He Is

114 32 3
                                    

"So, Dabin nak tahu tak pasal dia?"

Jaehyun benar-benar membuat hatinya rasa teragak-agak. Dia tidak pasti apa yang Jaehyun tahu tentang Hendery. Melihat gaya Jaehyun seolah-olah dia menyimpan rahsia Hendery yang agak besar.

Lagi pula, Dabin sendiri masih belum betul-betul kenal siapa Jaehyun melainkan CEO Jeong Group dan anak kepada kawan Eomma. Dia tidak tahu apa tujuan Jaehyun.

"Dabin? dengar tak?"

"Yes?"

"Hendery actually adik—"

"STOP, Jaehyun. Saya tak nak tahu. Kalau Hendery nak bagitahu saya, saya dengar. Kalau dia tak bagitahu saya apa-apa, tak perlu kot saya tahu"

"Tunggu dia bagitahu? I don't think so dia nak ungkit pasal ni tiba-tiba je kat Dabin. Dia bukannya sihat sangat pon. He's not someone you think he is"

"Ada sebablah kenapa dia tak bagitahu saya. I don't need to know"

"You will regret this later" ugut Jaehyun.

Dabin meletakkan garfu dan pisau yang ada di tangannya. Mencapai beg tangan yang berada disisinya dari tadi. Okay, enough. Sekarang dia mahu segera beredar dari sini.

"Nak pergi mana?"

"Lunch hour dah nak habis, saya nak balik office banyak kerja"

Jaehyun pun terus meletakkan kedua garfu dan pisaunya, bersedia untuk bangun.

"Tak apa, awak sambung makan. Saya boleh balik sendiri"

"Naik apa? Saya yang drive tadi"

"Saya boleh call driver or secretary kim"

Kalau begitu apa lagi yang Jaehyun mahu balas. Namun, baru sahaja Dabin hendak bangun, sekali lagi Jaehyun menghentikannya.

"Dabin" panggil Jaehyun. Tanpa menjawab Dabin hanya menoleh.

"Wong Zhao. Wong Hendery"

Kali ini Dabin memang benar-benar tidak sempat menghentikan Jaehyun. Tapi dia sendiri tidak mengerti apa yang dimaksudkan Jaehyun. Tiada kaitan langsung antara mereka.

Walaupun riak wajah Dabin tenang sahaja seperti biasa, namun dalam hatinya dia benar-benar curious apa yang Jaehyun ingin cuba beritahu padanya. Kalau bukan sebab Hendery, memang Dabin dah tanya terus pada Jaehyun.

Dengan otak yang masih memikirkan berbagai teori antara Hendery dan Wong Zhao, dia terus berjalan meninggalkan Jaehyun. Nanti sahajalah dia fikir.

•——————————————-•

Kereta Hyundai Grandeur hitam sudah beberapa minit terparkir di depan cafe. Seseorang dari dalam kereta yang dari tadi memerhati lelaki yang dicarinya. Dia hanya memerhati dari dalam kereta, mujur cafe itu jelas boleh dilihat dari luar dan mujur sahaja tingkap keretanya tinted.

 Dia hanya memerhati dari dalam kereta, mujur cafe itu jelas boleh dilihat dari luar dan mujur sahaja tingkap keretanya tinted

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kun" Jung Yunho memanggil orang kanannya dari kerusi kereta belakang.

"Ya, Chairman Jung"

"Ada apa-apa interesting pasal dia?" tanya Yunho tentang lelaki yang ditangkap media dengan anak perempuannya. Dengan tempat yang agak public seperti ini.

"Chairman Jung, Hendery dengan CEO Jeong Jaehyun sebenarnya adik beradik tiri. Selama—"

"ADIK BERADIK TIRI? maksudnya?" Yunho mengulang sekali lagi ayat Kun. Menekankan perkataan yang membuatkannya agak terkejut. Memastikan dia tidak salah dengar apa yang dikatakan Kun. Mana mungkin.

"Ya, Chairman Jung. Hendery sebenarnya anak kandung Wong Zhao, Chairman Jeong Group. CEO Jung Jaehyun sebenarnya anak tiri Chairman Wong"

Kali ini apa yang dia dengar memang benar-benar perkara yang tidak dia sangkakan. Siapa sangka lelaki yang dianggap hanya barista biasa sebenarnya anak kepada rakan bisnes rapatnya? Dia memandang ke arah Hendery yang sibuk bekerja.

"Tapi Miss Jung tak tahu siapa Hendery sebenarnya"

Yunho terus menoleh ke arah Kun. Sangkanya anak perempuannya itu tahu, kerana itulah dia bersama Hendery.

"Chairman Wong tak pernah bagitahu media pasal perkahwinan dia dengan bekas isterinya. Bekas isteri Chairman Wong tu ibu kepada Hendery. Mungkin Chairman Wong tidak kenalkan Hendery pada public sebab Hendery sudah putuskan hubungan keluarga mereka"

"Kenapa?"

"Bekas isteri Chairman Wong meninggal dalam kemalangan dan Chairman Wong kahwin dengan ibu Jaehyun dua tahun kemudian. Mungkin masa tu Hendery putuskan hubungan dia dengan keluarga Wong. Isteri Chairman Wong sekaranglah yang bantu segala urusan bisnes dia"

"Son Woori?" tanya Jung Yunho. Kalau itu dia memang sudah kenal dengan isteri Chairman Wong.

"Ya, Chairman Jung"

Yunho sambung memakukan matanya ke arah Hendery setelah mendengar segala info 'menarik' tentangnya. Sungguh tidak pernah disangkakan Jaehyun bukanlah anak kandung temannya itu. Malah lebih mengejutkan lagi, lelaki barista biasa itulah anak kandung teman rapat bisnesnya.

Sibuk memerhatikan Hendery, Yunho melihat Dabin yang keluar dari teksi. Berjalan menuju ke dalam cafe.

"Office" arah Yunho kepada Kun. Lebih baik dia beredar sebelum anak perempuannya itu sedar kehadirannya.

•——————————————-•

Dabin duduk di tempat biasanya dan memanggil Hendery untuk menemaninya. Hendery yang memberi alasan seolah-olah sibuk terpaksa menemaninga juga. Jelas hanya ada sepasang kekasih sahaja sekarang ini di cafe.

Sejujurnya Dabin memang nak kembali ke pejabatnya tadi, tapi sepanjang di dalam teksi tadi, dia hanya memikirkan apa yang dikatakan Jaehyun sepanjang perjalanan. Jadi, terpaksalah dia singgah sebentar.

Dabin tidak tahu bagaimana nak mula jadi dia hanya beromong kosong terlebih dahulu. Sekarang barulah dia boleh bertanya setelah berfikir berbagai teori tadi.

"Hmm, Hendery?" panggil Dabin ragu-ragu. Hendery menoleh.

"Awak adik Wong Zhao ke?"

Hampir tersedak air liur Hendery mendengar pertanyaan yang entah dari mana itu. Dia tidak pasti dari mana Dabin dengar tapi yakin mulut mana yang memberitahu.

Salahkah teorinya? Dia yakin Jaehyun ada sebut perkataan adik. Hendery bukan adik Wong Zhao ke?

"Mana ada" nafi Hendery.

"Habistu siapa abang awak? Awak kenal ke Wong Zhao?"

Mendengar pertanyaan-pertanyaan dari Dabin membuatkan dia mahu mencekik-cekik Jaehyun nanti.

Okay, Girlfriend! [HENDERY]Where stories live. Discover now