Prolog

15 0 0
                                    

BINOKOLAR AGM Wolf-7 NW2 Night Vision Goggle Gen 2+ dihalakan ke arah kedai pakaian di seberang sana. Sudah beberapa hari sebenarnya dia mengintai mangsanya itu. Dan dapat diketahui bahawa orang yang perlu dihapuskan sering di kedai itu dalam waktu yang sama kelmarin dan semalam. Jadi jangkaannya, si mangsa akan ke situ amat tinggi. Apa yang perlu adalah dia bersabar sahaja untuk misi pertama ini.

Where are you, cik adik? Takkanlah hari ini tak ada pulak. Jangan biarkan aku menanti dalam kesamaran sebegini.” Dia bercakap dengan diri sendiri sahaja. Ia untuk menenangkan diri.

Tugasan pertama itu amat mencabar, bila itu yang dia perlu lakukan. Tiga hari lepas dia telah terbang ke sini, bagi menjayakan tugasan dan di situlah dia menjadi stalker dari jauh bagi memastikan ia berjaya.

“Itu dia!”

Dan segera binokolar diletakkan. CheyTac Licensed M200 Intervention Bolt Action Custom Sniper Rifle berwarna hitam yang berada di sebelahnya pula diambil. Setelah memastikan magazine yang berisi 6 mm ProShop Chey-tac M200 air 100rd dimasukkan dia segera menyelaraskan bipod logam ke laras yang dia kehendaki.
Dengan hati-hati dan dada yang makin berdebar, dia hanya menunggu masa sahaja. Dan bila-bila masa stainless steel yang bakal dilancarkan akan menembusi tubuh seseorang di sana.

“Siapa dia yang sebenarnya?”

Entah kenapa ada rasa ragu yang kuat mencengkam. Dalam masa yang sama dia teringatkan fail yang diserahkan Mizal kepadanya. Kata Mizal, itu arahan Datuk Izham. Dan dari mana Datuk Izham dapat arahan itu, tidak diketahui langsung.

“Hapuskan budak perempuan dalam gambar ni.”

Hanya itulah arahan daripada Mizal. Tiada kata lain yang boleh menyokong apa jua kenapa si mangsa mahu dihapuskan. Fail diselak dan wajah seorang remaja perempuan ada di situ. Latar belakangnya kurang jelas kerana hanya ada alamat tempat tinggal dan beberapa gambar terbaru.

“Apa kesalahan dia? Budak kampung yang sangat polos wajahnya.”

Serentak itu rifel diturunkan. Dia… Naufal Isaac tahu cara lain untuk dia ketahui kenapa cik gadis itu perlu dibunuh. Mungkin itu lebih berbaloi sebelum tugasan itu dilaksanakan. Masa sebulan yang diberikan oleh Mizal, rasanya sudah cukup untuk dia cari apa yang perlu dicari.

“Kau terselamat hari ini, cik gadis…”

Penakluk Hati Naufal IsaacWhere stories live. Discover now