Bab 5

3 0 0
                                    

Beberapa tahun kemudian

ARAHAN INI jelas?”

“Ya.”

“Isaac, awak main-main macam selalu,” tegur Mizal. Hati sangat marah dengan sikap Isaac sebegitu. Sejak kecil hingga saat itu, dia masih bersikap acuh tidak acuh dengan dengan setiap arahan dan peraturan. Namun dialah juara di setiap pertandingan yang diadakan.

Kini di usia 24 tahun, dia masih belum matang sepenuhnya berbanding Benjy yang sama usia dengannya. Raut wajah juga langsung tidak menampakkan kematangan. Mizal sebenarnya berbelah bahagi antara kedua anak murid kebanggaannya itu. Siapa sebenarnya yang lebih layak untuk memikul tugasan pertama?

“Aku rasa Benjy lebih layak untuk tugasan pertama ini.” Tiba-tiba dia memutuskan begitu. Tegas dan jelas ayatnya.

Isaac dan Benjy serentak memanggung wajah dan menumpu ke arah Mizal. Manakala beberapa orang lagi lelaki hanya tegak berdiri dengan tangan yang disilang ke belakang.

“Kalau tugasan yang remeh, memang Benjy sangat layak.” Tanpa pedulikan Mizal. Isaac menyatakan itu. Bibirnya sudah senget sebelah.

“Sebenarnya kau cemburu sebab tak dapat tugasan itu, kan?” Benjy yang tegap berdiri di sebelah, mula menuturkan katanya. Mulutnya turut senget sebelah.

“Untuk apa aku cemburukan perkara yang remeh macam tu. Lebih baik aku jaga Cik Muda Izatul dari melakukan tugasan itu.” Dan ada tawa kecil di hujung ayat. Isaac pantang jika diperlekehkan begitu.

“Aaaku…”

Dan baru sahaja Benjy membuka mulutnya bagi membalas kata Isaac, satu tepukan tangan mematikan niatnya lalu ditumpukan ke arah Mizal yang memberi isyarat tadi.

“Aku rasa tugasan telah diputuskan muktamad sekejap tadi.” Mizal yang tadi hanya memerhati, menunjuk telefon bimbit di tangan. Semasa pergaduhan mulut antara kedua anak muridnya itu, dia telah membuat panggilan penting dan telah diberikan arahan sewajarnya.

Isaac  menumpukan ke arah Mizal setelah tawanya terhenti tiba-tiba. Dia segera tahu bahawa ada arahan mandatori yang perlu mereka yang berada di situ patuhi. Arahan itu sudah pasti datangnya daripada Datuk Izham, ayah angkatnya sendiri.

“Jadi siapa yang dapat tugasan ini, Mizal?” Benjy cepat bertanya. Matanya bersinar keterujaan. Dia yakin dia pasti dapat melakukan tugasan terbaik jika diberi peluang.

“Isaac!” Mizal menyebut nama dan mata tajam ditumpukan ke arah Isaac.

“Aku?” Dan tercetus keluhan kasar daripada Isaac. Hatinya tidak gemarkan tugasan itu tapi kenapa dia yang dipilih? Tugasan remeh!

“Kau. Dan esok terus bertolak ke Sabah.” Mizal segera memberi arahan.

“Kenapa Sabah?”

“Sebab tu tugasannya. Di airport nanti aku akan serahkan satu fail dan apa tugasan itu. Kami bagi tempoh sebulan untuk kau laksanakan. Duit akan ditransferkan ke akaun kau sebaik sahaja matahari menjelma esok.” Dan arahan demi arahan terus keluar dari mulut Mizal.

“Faham tak ni?” Dia menyoal pula bila melihat Isaac acuh tak acuh sahaja mendengarnya.

Benjy ketawa kecil. “Dia dah kecut tu Mizal.”  

Sengaja pula dia menambah api ke dalam hati Isaac dan makin berdekah dia ketawa bila melihat Isaac sudah merah mukanya.

“Aku pergilah!” Tekad melakukan tugasan terbaik disematkan dalam hati kini.

 

 

_________

Untuk memiliki naskah ini, hubungi kami di link bawah 👇👇
http://www.wasap.my/601162376062/IlusiCintaPublication

Boleh juga dapatkan di Shoppee kami :
http://shopee.com.my/rubynurairis

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 07, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Penakluk Hati Naufal IsaacWhere stories live. Discover now