THE WOLF'S ADDICTION

6.2K 193 14
                                    

CEO's Series Vol 1

ARDANI DAMIREL HOWARD

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ARDANI DAMIREL HOWARD

Seorang jejaka yang dikurniakan kesempurnaan harta dan rupa. Sentiasa terlihat tenang, setenang bayu di pantai. Namun tenangnya bukan sebarangan tenang. Disebalik sikap tenangnya, dia seorang lelaki liar yang tinggi egonya bahkan memiliki hati kering bak gurun sahara. Prinsip hidupnya hanya menginginkan keseronokan dan segala yang dia mahukan pasti akan jadi miliknya. 


TENGKU DENARA AYLANA

Gadis indah rupawan, anggun bak bunga mawar berkembang mekar.  Memiliki duri yang melambangkan sifat diri yang sukar untuk didekati, apatah lagi dimiliki. Berdarah kerabat diraja bahkan dilahirkan di dalam dulang emas, disayangi dan ditatang dengan penuh kasih. Selain keluarganya sendiri, lelaki bukanlah satu keutamaan di dalam hidupnya.

***

SINOPSIS

"You're the drug that I'm addicted to. "

Pertemuan yang dirancang oleh Damirel Howard untuk memujuk kekasih hati, Tengku Denara angkara luka yang pernah dia beri dahulu. Setelah tiga tahun menghilang, kini dia kembali menuntut hak miliknya semula. 

"Tengku Denara. Kalau dulu kau pernah jadi milik aku, kau tetap akan jadi milik aku sekarang dan selamanya." - Damirel Howard

"In your dream." - Tengku Denara

"Once you caught his attention. You're already belongs to him. Cause the predator never let go of their prey."

Rimas ! Tengku Denara rimas dengan kata-kata manusia yang suka membuat andaian kosong. Mengarut sungguh.

"Nonsense. I'm not belong to anyone. I'm just give him a hand as my patient. That's all." - Tengku Denara

Dia hanya merawat lelaki itu sebagai seorang pesakit. Tidak lebih dan tidak kurang. Jika bukan kerana tugasnya, wajah lelaki itu juga tidak mahu dia tatap lagi.

Cinta dan kenangan ?

Padanya sudah lama terkubur bertahun yang lalu. Sejak lelaki itu pergi meninggalkan diri bersama luka yang kekal menjadi parut. 

"Tiga tahun, Dani. Tiga tahun I tunggu you macam orang bodoh." - Tengku Denara

"Sampai mati pun I takkan kembali pada you, Ardani !"

Segala cacian yang dilontarkan langsung tidak mematahkan semangat Damirel untuk terus mengemis cinta sang kekasih. Dia sanggup melakukan apa sahaja demi memiliki Tengku Denara seutuhnya.

"We'll see, Tengku Denara. Kalau bukan dengan cara baik, aku tak teragak-agak untuk guna cara kotor." - Damirel Howard

Benar kata orang. Usaha tidak pernah mengkhianati hasil sebagaimana segala usaha Damirel Howard. Akhirnya, Tengku Denara menjadi miliknya dengan sekali lafaz akad. Dia puas meskipun ikatan mereka bukan atas kerelaan gadis itu.

The Wolf's Addiction | OGWhere stories live. Discover now