Chapter 1

3.1K 163 12
                                    

Istana Diraja Malaysia

Terpisat-pisat Tengku Denara bangun dari lenanya apabila bunyi yang tidak lagi asing kedengaran jelas menerpa telinga. Tangan meraba-raba ruangan kosong katil King itu, mencari punca bunyi.

"Hrm where is it ?" Gumam Tengku Denara dengan suara yang masih serak. Sesaat sebuah telefon pintar berjenama selamat dalam pegangan.

Bersama kantuk yang masih bersisa Tengku Denara membuka sebelah matanya. Terkebil-kebil mata bundar itu melawan kecerahan skrin gajet tersebut.

5.10 pagi.

Tengku Denara bergerak meregang ke kiri dan kanan tubuhnya sebelum mata berwarna keperangan miliknya digosok. Mata indah yang sentiasa menjadi tumpuan dan buah mulut orang. Malah pernah tular di media sosial.

'Satu-satunya anakanda perempuan DYMM Sultan, YAM Tengku Denara Aylana pula menjadi perhatian rakyat Malaysia dengan kecantikan mempersona beliau. Memiliki anak mata Amber yang unik, cukup menambahkan lagi kesempurnaan rupa paras kacukan yang sedia menawan itu. "Pernah tengok Tengku depan-depan. Memang cantik sangat, manis je. Softspoken pulak tu. " - Netizen. '

Coretan kata yang sering digembar gemburkan oleh para media. Namun itu tidak menjadikan Tengku Denara seorang yang berbangga diri kerana dia juga manusia biasa. Ada kekurangan dan jauh sekali dari kata sempurna.

20 minit membersihkan diri, Tengku Denara mencapai tuala mandi yang disangkut di pintu kaca sebelum melangkah keluar dari ruangan shower. Bathrobe diambil lalu dibaluti pada tubuh putih bersih itu. Satu tuala bersaiz sederhana kecil pula dibalutkan pada rambut light brown asli miliknya.

Tengku Denara berdiri di hadapan singki yang dipenuhi dengan pelbagai variasi skincare tersusun elok di dalam organizer dan skincare fridge. Semuanya jenama yang berasal dari negara Korea. Negara yang terkenal dengan produk kecantikan.

Medical scrub berwarna biru gelap yang disarung di tubuh sempurna itu dikemaskan. Tengku Denara memilih Jersey shawl untuk digayakan dengan gaya ikat belakang. Kemas menutupi mahkota bernilai gadis itu.

Jari runcingnya mencapai Laneige BB Cushion yang berada di atas meja solek dan ditepek halus pada wajah bersih itu. Bibir munggil Tengku Denara yang sedikit kering dilapiskan dengan pelembap bibir pula.

Tok tok tok.

"Tengku ? Tengku dah siap ke ? Saya minta izin masuk ya ?" Soal seseorang di luar pintu dengan sopan.

"Dah, awak boleh masuk." Sahut Tengku Denara dari dalam sambil kakinya melangkah ke arah pintu bilik.

"Selamat pagi Tengku." Sapa dua orang wanita yang berada di hadapan pintu itu mesra.

"Selamat pagi." Balas Tengku Denara lembut bersama senyuman manis kepada pembantu istana yang datang untuk mengemas bilik tidurnya.

Gadis itu menapak keluar dari bilik dan menuju ke arah lif di hujung tingkat.

Tidak sampai seminit pintu lif kembali terbuka menandakan gadis itu sudah berada di tingkat bawah. Kedatangan Tengku Denara disambut oleh beberapa pembantu istana yang lain. Beg tangan berserta kot putih dan stethoscope di tangan disua pada mereka sebelum dia berlalu ke dapur istana mencari keberadaan bondanya, Che Puan Juliana.

Selalunya Che Puan Juliana akan berada lebih awal di dapur untuk menyediakan sarapan. Pembantu istana hanya akan membantu apa yang patut sahaja. Malah segala kerja memasak dan menyiapkan pakaian suami serta anak-anak akan dilakukan oleh wanita itu sendiri.

Meskipun beliau seorang permaisuri, ia tidak menjadi alasan untuk Che Puan Juliana tidak menguruskan segala hal-hal di dalam istana. Tengku Denara juga turut dididik sebegitu sejak awal lagi olehnya.

The Wolf's Addiction | OGWhere stories live. Discover now