ꗃ prolog

31 6 6
                                    

Mata dicelikkan beberapa kali . Dan yang ada dihadapan mata hanyalah...

Putih .

"Bilik apa ni.." Perlahan - lahan aku mendudukkan diriku. Aku menilik pakaian yang terletak kemas ditubuhku.

Tuk ! Tuk !

"He.. Hello?"

Pantas aku menoleh kearah pintu putih itu.

Sekali lagi pintu itu diketuk.

"Hello? Ada orang ke kat sana?"

Suara perempuan ?

"Ka... Kalau ya, tolong ke... Ketuk dua kali."

Aku membalas dengan memberi dua ketukkan tanda ya.

"Na... Nama awak apa?" Soal suara wanita itu dengan lembut.

"Aku... Tak tahu." Balasku perlahan.

"Cu... Cuba awak te... Tengok dekat atas me... Meja tu. Ada maklumat pasal di... Diri awak." Ujar wanita itu lagi.

Aku mencapai fail putih diatas meja itu. Benar kata wanita itu. Didalamnya terdapat semua maklumat tentang aku.

Nama — Fath Hadrean Iskandar bin Fath Azam
Umur — 26 tahun
Tarikh lahir — 15 Jun 1995
Tempat lahir — Kuala Lumpur , Malaysia
Jantina — lelaki
Status — bujang

"Hadrean." Balasku.

"A... Apa?"

"Nama aku. Hadrean. Fath Hadrean Iskandar."

"Ha... Had..."

"Kau ada masalah nak bercakap ke?" soalku tanpa rasa bersalah.

"Maa... Maaf. Saya ga... Gagap sikit."

"Panggil aku Had." Balasku bagi memudahkan dia memanggil namaku.

"Sa... Saya Lyla. Lyla Marissa."

— The Line between The Door —

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 08, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The Line between The Door (E-book)Where stories live. Discover now