“Suka?" soal Asaad sambil tersenyum manis membuatkan pipi Maisya mula memerah.
Argh, angau!
“Mestilah suka," balas Maisya pula sambil matanya memerhatikan pemandangan di situ.
“Jom duduk situ." Asaad menunjukkan ke arah bawah pokok nyiur yang rendang.
“Jom!" Maisya laju menganggukkan kepala sambil berjalan bergandingan tangan dengan lelaki yang sudah bergelar suaminya itu.
Mereka berdua hanya duduk di pesisir pantai mengadap ke arah lautan luas yang terbentang di hadapan mata. Masing-masing sibuk mengagumi kecantikan yang diciptakan oleh yang Maha Mencipta.
“Abang bersyukur..." suara Asaad secara tiba-tiba saat Maisya melentokkan kepalanya di dada lelaki itu.
“Because?" Maisya pura-pura bertanya.
.
.
.
.
.And that's how our story beautifully ended.
short teaser 4
![](https://img.wattpad.com/cover/290597278-288-k97334.jpg)
YOU ARE READING
Radio Chenta | ebook
RomanceOrang selalu kata, mencintai tak semestinya memiliki. Dan, Maisya Daniyah merasakan perkara itu tepat mengenai batang hidungnya sendiri. Lama dia memendam rasa, dengan seorang lelaki yang baginya cukup lengkap sempurna. Bekerja di sebuah syarikat d...