[Seventeen Junhao bxb]
"Aku dare kau couple dengan junior kita yang terkenal polos tu, Xu Minghao."
Satu dare diberikan kepada Junhui. Mahu tak mahu Junhui perlu melaksanakan dare tersebut. Minghao yang memang polos menerima dare tersebut.
Tapi apa...
"Wen Junhui, aku nak bagi kau satu dare." Ujar salah satu kawan seumuran dengannya, Kwon Soonyoung. Junhui yang sedang bermain telefon itu menoleh ke arahnya.
"Malas aku." Junhui baru sahaja ingin mengambil langkah keluar tapi suara Soonyoung menghentikan langkahnya.
"Kalau kau lepas dare ni aku akan rahsiakan gambar kau ketika kita berdua pergi kelab malam bulan lepas."
Ingin sahaja Junhui menghamburkan carutan kepada sahabatnya itu. Dia menghela nafas kasar. Dengan tatapan mata yang tajam, Junhui bertanya.
"Apa dare aku sampai kau sanggup rahsiakan pasal benda ni. Aku tahu kau bukannya baik sangat macam yang kaum hawa tu asyik kata dan bayangkan."
Soonyoung memuncungkan bibirnya. Apa ni dia memang baiklah! Dengan kawan dia yang kat depan ni je dia kejam!
"Tak payah kau nak muncung bagai. Cakap cepat apa dare aku?"
Soonyoung tersenyum sinis.
"Aku dare kau couple dengan junior kau yang terkenal polos tu, Xu Minghao."
Uhuk-
🎈🎈🎈
"Minghao, Junhui sunbae panggil awak." Ujar seorang pelajar perempuan menarik perhatian Minghao yang sedang berbual dengan kedua-dua kawannya.
Minghao mengerutkan dahi. Dia mengedipkan kedua-dua matanya lucu sehingga orang yang berada di sekitarnya tersenyum ke arahnya. Begitu juga sahabat-sahabatnya.
"Junhui sunbae? Sunbae yang terkenal dengan sifat badboy tu ke?" Tanya salah satu kawannya yang mukanya sedikit iras dengan kuda, Lee Seokmin. Pelajar perempuan itu mengangguk.
Minghao dengan ragu bangun lalu berjalan ke arah Junhui dengan muka tertanya-tanya. Junhui berdiri di tempat di mana semua mata memandang ke arahnya. Lebih mengejutkan kerana dia sedang memegang sebuket bunga.
"J-junhui sunbae cari saya?" Junhui mengangguk dengan senyuman lalu menghulurkan buket bunga itu.
"Xu Minghao, I admit I have interest with you. Will you be my boyfriend?" Tanya Junhui tenang. Minghao blank.
Jap, badboy terkenal ni baru je confess kat dia? Di khalayak ramai? Dengan sneyuman memukau yang menjadi perhatian setiap gadis-gadis di sekolah itu?
Dia mengulum senyumnya dalam diam. 'What happen on earth today?'
"Jadi?" Junhui masih setia menunggu jawapan. Minghao menunduk lalu menganggukkan kepalanya malu.
"Ung. Aku nak."
Junhui menarik pinggang ramping Minghao mengejut ke dalam sebuah pelukan. Semua orang yang berada di kelab menari itu menepuk tangan mereka.
Dapat Junhui rasakan Minghao sedang tersenyum di dalam pelukannya. Seokmin dan satu lagi kawan Minghao, Mingyu tersenyum sambil menyilangkan tangan.
Mereka berdua tersenyum penuh erti. Mingyu menyenggol tangan Seokmin perlahan.
"Seem like it's Hao lucky day, it's it?"
"Yup! It's Hao lucky day."
🎈🎈🎈
Wen Junhui >Badboytapi pandai dalam pelajaran >Kawan: Soonyoung >Kekasih: Minghao >Peduli dengan mereka berdua sahaja >Anak pertama dalam Wen family yang akan mewarisi Wen Group Holding
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Xu Minghao >Pelajar paling polos dengan senyuman yang sentiasa di bibir >Semua pelajar kenal dia dan ingin lindungi dia dari badboy Junhui >Kawan: Mingyu dan Seokmin >Kekasih: Wen Junhui >Anak yatim piatu. Dia dijaga oleh hyungnya tapi sekarang dia kat China
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.