[Seventeen Junhao bxb]
"Aku dare kau couple dengan junior kita yang terkenal polos tu, Xu Minghao."
Satu dare diberikan kepada Junhui. Mahu tak mahu Junhui perlu melaksanakan dare tersebut. Minghao yang memang polos menerima dare tersebut.
Tapi apa...
"Awalnya kau pergi sekolah. Biasa bukan main lambat kau keluar rumah." Perli Soonyoung dibalas sengihan Junhui. Mereka berdua berada di laman belakang di sebuah pondok yang memang sejak dulu menjadi tempat lepak mereka berdua.
"Aku saja bangun awal. Lagipun Minghao pun bukan jenis datang sekolah awal, kan?" Balas Junhui sebelum menyambung bermain telefon.
Soonyoung berdehem. Terlalu malas nak masuk campur urusan mereka berdua.
"Tapi aku dah buat breakfast untuk dia. Waktu pagi je dia selalu lupa makan sebelum pergi sekolah. Padahal bangun awal dah." Sambung Junhui kemudian. Soonyoung mengangkat keningnya dengan sebuah senyuman.
"Dah, stop pasal aku. Kau pula. Kau tak lawat ke buah hati kau tu? Macam mana kalau nanti dia suka orang lain?" Tanya Junhui cuba mengalihkan topik perbicaraan.
Soonyoung menyandarkan badannya ke kerusi dengan senyuman yang masih belum hilang dari bibirnya. "I don't think so. Jihoon bukan orang macam tu. I believe him with all of my heart."
Junhui memutarkan mata apabila menyedari sahabatnya sudah cinta mati dengan sosok yang bertubuh mungil itu. Masih tertanya dalam kepala apa yang menyebabkan Jihoon bersetuju menjadi kekasihnya sedangkan dia sendiri belum pernah couple.
Senang kata, Soonyoung tu orang pertama yang menjadi kekasih Lee Jihoon. Sosok yang bertubuh mungil itu kan sentiasa menunjukkan sifat datar dengan pandangan mata yang tajam. Sebab hal itu, dia cuma mempunyai seorang Jeon Wonwoo sebagai sahabat.
"Jangan pandang aku macam tu. Aku berusaha tau untuk buat dia terima aku." Ujar Soonyoung kerana mengetahui apa jalan fikiran sahabatnya.
"Jun, just asking but are you already fallen for him. I mean fallen for Minghao?"
Junhui berdecak. "Kau ni, tentulah tak. Lagi pun sejak dari awal ia cuma dare."
"Cuma dare?"
🎈🎈🎈
"Kau adalah antara orang yang paling gila yang pernah aku jumpa." Ujar Mingyu dengan tangan yang disilangkan. Seokmin cuma diam sembari menatap Minghao dengan tatapan terkejut. Dia tidak menyangka sahabatnya mengambil keputusan ini.
"It's now or never." Sehabisnya ucapan itu, Minghao menggunting reben yang berlebihan sebagai sentuhan terakhir kotak hadiah yang dibalutinya.
"Kitorang risau lah Hao." Ujar Seokmin menatap Minghao dengan pandangan yang memang menyiratkan kerisauan. Minghao tersenyum.
"Jangan risaukan aku. Aku tahu apa aku buat. Lagipun aku ada plan sandaran. Jom pergi belakang. Aku yakin Junhui dengan Soonyoung sunbae ada kat belakang."
Yup, mereka memang ada di belakang sekolah. Belum sempat Minghao memanggil Junhui, dia mendengar sesuatu yang tiba-tiba membuat jantungnya menjadi sesak.
"Jun, just asking but are you already fallen for him. I mean fallen for Minghao?"
"Kau ni, tentulah tak. Lagi pun sejak dari awal ia cumadare."
"Cuma dare?" Tanya Minghao dengan nada tidak percaya. Kotak yang ada di tangannya terjatuh. Junhui mematung melihat kehadiran Minghao di belakangnya.
"H-hao-"
"Jadi semua yang kita buat ni takde apa-apa makna?"
"B-bukan macam tu-"
"Semua ucapan 'saranghae' tu cuma sebuah kata tanpa maksud. Kan?" Mata Minghao mula berkaca.
"Dengar-"
"Sejak dari awal, ge tak pernah ada perasaan dekat Hao. Betul kan?" Dia tidak tahu mahu buat apa.
"Ge, jawab Hao. Semua yang Hao cakap betul kan?" Suara Minghao tergetar. Junhui akhirnya mengangguk.
"Betul. Semua tu memang betul tapi-"
"Jom break-up. Kalau dari awal ge tak suka couple dengan Minghao, jom break-up." Seokmin dan Mingyu yang sejak tadi ada di belakang Minghao melebarkan mata.
"Hao bukan ke-"
"Change plan." Ujar Minghao perlahan, cukup untuk Mingyu dan Seokmin mendengarnya. Dia menatap mata Junhui.
"Mulai hari ni, kita takde apa-apa hubungan. Maaf kalau saya banyak mengganggu hidup Junhui sunbaenim." Minghao membongkok empat puluh lima darjah laku berjalan ke arah rooftop diikuti kawannya. Junhui menggigit bibirnya sebelum mengambil kotak yang terjatuh sebentar tadi.
Dia membuka kotak itu dan melihat sebuah jam dengan nota di sampingnya.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
To Junnie ge :),
Hihi, happy 3 month anniversary. Woah Hao tak sangka kita couple selamaini. Ge happy tak?
Maaf ge kalau ni je Hao bolehbagi. Ge buat Hao banyakberubah. Thank you so much.
From Minghaoi🐸
Dan Junhui menumpahkan air matanya saat itu juga.
🎈🎈🎈
"Hao!"
Terlambat. Minghao sudah mengunci pintu rooftop. Dia berjalan ke arah tepi lalu mula menjatuhkan diri. Dia memeluk kakinya dengan kepala yang disembunyikan.
Seokmin mengetuk pintu itu berkali-kali berharap Minghao akan keluar manakala Mingyu dengan ilmu yang ada cuba membuka pintu itu dengan pin rambut milik adiknya, Minseo.
Klik
Mingyu tersenyum apabila dia berjaya membuka pintu tersebut. Dengan kecepatan, mereka berdua masuk dan menemukan Minghao yang meringkuk dengan suara tangisan.
Seokmin perlahan mendekati Minghao lalu menepuk pundak jejaka itu. "Aku tahu kau sakit. Lepaskan segalanya."
Mingyu dengan perlahan duduk di samping Minghao. "Kau... nak sambung rancangan kau?"
Minghao mengangguk. Dengan suara serak dia membalas. "Itu je satu-satunya cara. Kalau bukan sekarang aku break up dengan dia, bila lagi? Kau tahu yang aku takkan ada kat sini lama kan."