BAB 1

5 0 0
                                        


**SEMUA KARAKTER DAN ORGANISASI ADALAH REKAAN SEMATA-MATA.**

Yana merenung ke luar jendela kapal terbang yang mula perlahan-lahan bergerak pergi ke landasan berlepas. Hati gusar memikirkan apabila kapal terbang tersebut telah sampai ke destinasinya. Apa yang akan dia perlu harungi ? Memori lama sebelum dia mengambil keputusan untuk pergi jauh dari bumi Malaysia mulai menjengah fikirannya.

7 tahun lalu...

Aku melangkah masuk ke dalam dewan perdana universiti yang penuh dengan orang yang ingin berdaftar untuk program tahunan fakultiku iaitu program patron di mana pelajar akan dipertanggungjawabkan untuk menjaga seorang patronee yang memerlukan bantuan. Universitiku adalah salah satu university yang menawarkan program kedoktoran dan juga ketenteraan dalam 1 masa yang sama. Maksudnya, korang boleh pilih nak jadi doctor sahaja atau nak jadi doctor tentera. Maka dengan itu, kalau nak jadi doctor tentera ni kena masuk program ni untuk layak memohon.

Aku, Adriana Syazwina, sudah berazam akan menjadi salah seorang doctor tentera yang tersohor di university. Korang tunggu je la. Heheheheh (gelak jahat).

Aku bergerak ke kaunter pendaftaran dengan senyum yang tidak lekang. Tidak sabar untuk menjadi patron. Aku memang suka berbakti untuk orang. Rasa kepuasan hati melihat orang lain tersenyum kerana kita telah menyenangkan hidup mereka itu sentiasa membuat hatiku berbunga riang. Korang pernah tak rasa macam tu?

******

Mataku melirik ke fail dengan rumah di hadapanku. Aku melakukan perbuatan tersebut beberapa kali.

'takkanlah orang kaya macam ni perlukan in desperate need of help kot. Hmm musykil' monolog hati.

Serius korang patut tengok rumah ni besar gila. Kawasan perumahan pun Kawasan rumah orang kaya.

Aku menekan butang loceng di tepi pagar rumah tersebut. Tiba-tiba pagar rumah tersebut terbuka sendiri. Ternampak kelibbat seorang wanita berumur 40an berdiri di muka pintu rumah itu. Manis wajah itu apabila tersenyum melihatku tetapi satu yang dapat aku kesan daripada senyuman itu. korang rasa apa? Senyum paksa? Senyuman yang penuh dengan muslihat? Semuanya salah. Itu adalah senyuman seorang yang...

Penat dengan hidup dan senyuman yang sentiasa ada untuk semua orang walaupun diri tersakiti.

Bermadah kan ayat aku.heheh. Sebenarnya aku ada ambil kelas untuk body language so from there aku tahu serba sedikit tentang body language. Jangan cakap aku buat pandai pulak. Hempuk kang!

"Assalamualaikum puan. Maaf mengganggu waktu puan. Saya Adriana Syazwina tapi boleh panggil Yana. Saya patron yang bertugas untuk menolong puan apabila puan perlukan saya" kataku sambil menghulur tanganku untuk menyalam wanita tersebut.

Wanita tersebut hanya tersenyum dan menyambut salamku.

" Waalaikumsalam Yana, tak payahlah nak berpuan-puan panggil je Mak Ati nak panggil Ummi pun boleh" kata wanita tersebut mesra. Aku hanya tersenyum dan mengiyakan sahaja.

" saya panggil Mak Ati la sebab Ummi takut saya tertukar dengan Ummi dekat rumah" selorohku. Mak Ati tergelak kecil mendengar kataku.

" eh marilah masuk, bersembang di luar pulak. Come in, " ajak Mak Ati sambil tangannya lembut menarik tanganku ke dalam rumah.

Tanpa ku sedar, pada ketika itu, setiap langkahku ke dalam hidup Mak Ati sebenarnya akan mengubah hidupku.

ONCE UPON A TIMETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang