**SEMUA KARAKTER DAN ORGANISASI ADALAH REKAAN SEMATA-MATA.**
Setelah melangkah keluar daripada balai mendarat, mata Yana ligat mencari namanya di kad-kad yang dipegang ramai orang untuk menjemput pelanggan-pelanggan mereka untuk ke hotel. Setelah beberapa ketika, matanya menangkap satu kad yang menunjuk gelarannya.
' Dr. Admiral K.'
Hati mendecit kecil. 'tak guna punya Hariz'. Yana menolak bagasinya menuju ke gerangan yang memegang kad tersebut. Lelaki tersebut melihatnya dengan muka tertanya.
"Admiral Prof. Madya Adrianna Syazwina?" soal lelaki tersebut dengan muka yang tidak percaya. Yana dengan muka ketat menunjuk staf idnya kepada lelaki itu. lelaki tersebut menunjuk muka terkejut seraya menunduk hormat dan memperkenalkan dirinya sebagai Raju.
" Maaf Admiral atas kesalahan saya" kata Raju sambil menarik bagasi daripada pegangan Yana.
" Don't worry, I get that a lot. " kata Yana sambil memasang semula cermin mata hitamnya. Tiada mood untuk bercakap banyak. Tetapi dia tidak tipu memang ramai orang tidak percaya orang semudanya mempunyai gelaran setinggi itu. selalunya jawatan Admiral dan Profesor Madya hanya disandang oleh orang-orang yang sudah berumur dan telah lama berbakti kepada organisasi mereka. Namun bagaimanapun, Yana sudah mengecapi semua itu sebelum usianya mencecah 30-an. Hanya dia sahaja yang tahu kepayahan yang harus dilalui untuk sampai ke tahap itu. tidak kisahlah orang mengata bahawa dia menggoda orang atasan untuk memberi pangkat kepadanya. Dia tiada masa untuk melayan orang yang menghabiskan masa mereka dengan melakukan perkara yang tidak produktif.
" Hotel or office, miss? " tanya Raju setelah Yana melabuhkan punggungnya ke tempat duduk penumpang.
" Hotel " katanya sepatah. Mata dipejam seketika dalam perjalanan ke hotel. Namun otak ligat memikirkan panggilan telefon seminggu sebelum dia mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia. Hatinya Kembali berdegup kencang.
Seminggu lepas...
" Admiral, there's a phone call for you from Malaysia. she said her name was Maria. Should I forward it to you? " tanya Carmen, pembantu peribadinya.
" sure " balas Yana. dalam masa yang sama, otaknya memerah memori gerangan yang disebut. Gagang telefon diangkat.
" Hello, Adrianna speaking, " kata Yana. suara di hujung talian yang membalas panggilannya mengundang getar di seluruh badannya. Dia sudah dapat mengingati gerangan bernama Maria itu.
" Assalamualaikum Cik Adrianna, saya Maria Estella, peguam Puan Hayati Azman. "
Peguam Mak Ati.
Yana sudah mati kata untuk membalas. Sudah 5 tahun Mak Ati meninggalkan dunia ini namun impak yang ditinggalnya masih sama seperti dahulu. Seperti perkataan ' time heals all wounds ' tidak memberi apa-apa maksud.
" Cik Adrianna? Cik boleh dengar suara saya ke? Cik masih dengan saya? " panggil Maria di hujung talian. Tiada respon daripada Yana membuat dia bimbang.
Yana berdehem sedikit sebelum menjawab.
" ya saya masih di sini "
Dalam apa jua keadaan, dia perlu harunginya. Ya betul. Dia bukan Adrianna yang lama, yang sentiasa lari apabila masalah muncul.
" maaf mengganggu cik, tetapi saya Cuma mahu ingatkan pembacaan wasiat Puan Hayati pada 26 Januari ini. " kata Maria.
Mata Yana melirik pada calendar di hujung mejanya mencari tarikh yang disebut sebentar tadi.
" next week " gumamnya.
" ya betul, minggu hadapan. Sila datang ke pejabat saya pada jam 2.00 petang tepat ya. " pesan Maria lagi.
" I'm sorry but I'm currently not in Malaysia. I don't think I can attend plus how am I related to Mak Ati's will? I'm not her relative or related to her in any way " balas Yana.
" memang Cik tak related to Puan Hayati tetapi nama Cik ada dalam wasiat tersebut. Makanya Cik mesti ada sekali ketika wasiat tersebut dibacakan. And about Cik bukan di Malaysia tu saya tak boleh nak tolong. Boleh ke kalau Cik pulang ke Malaysia buat sementara waktu sebab bukan sahaja pembacaan wasiat yang memerlukan perhatian Cik sebenarnya. Ada beberapa dokumen juga yang perlu disettlekan dan semua memerlukan tandatangan Cik. " jelas Maria.
" dan jika Cik tak datang juga ketika pembacaan wasiat, kiranya setiap bahagian yang Cik boleh pilih akan jatuh kepada pihak saya untuk membuat keputusan tanpa memerlukan persetujuan Cik. " jelas Maria lagi.
Yana mengurut pelipisnya yang mula berdenyut mendengar kata-kata Maria. Dia tidak mahu apa-apa hubungan lagi dengan perkara berkaitan Mak Ati. Cukuplah dengan apa yang dia harungi sebelum ini.
" Cik Adrianna, you still there? " tanya Maria. Pelik kerana tiada respon daripada Yana.
" fine, I'll be there " kata Yana dengan nafas yang berat.
" okay, terima kasih Cik. Diingatkan semula, 26 Januari 2.00 petang, Suhaimi & Co., " kata Maria sebelum panggilan ditamatkan.
Yana merenung kosong dinding berhadapan dengannya. Fikirannya meliar memikirkan apa yang perlu dibuat. Dia perlu selesaikan urusan berkaitan Mak Ati secepat mungkin jikalau dia mahu bebas daripada diganggu oleh hal berkaitan Mak Ati.

ANDA SEDANG MEMBACA
ONCE UPON A TIME
Romance" I've loved you longer than you think " - Danial " I don't want to get married. It's not in my plan ! " - Adrianna " Bukan semua orang dapat apa yang diorang nak. Bersyukur Mak Ati dah jumpa orang yang baik untuk kau " - Nizam " Don't ever dream to...