stargazing 𖡩 y.jw

93 7 19
                                    

yang jungwon
-
jung yerin


- random / sweet moments with him
- fluff genre
1313 words

kasut tinggi yang aku pakai aku ketuk tumitnya . mata ke kanan kiri mencari kelibat seseorang . jam elok ditangan aku toleh .

11 malam..

" malas betul nak tunggu dia datang , kata dah , mesti dia akan lupa punya . haih "

aku duduk di bahu jalan sambil mulut masih membebel . tiang lampu yang menyala aku pandang sayu .

cuba untuk menghilangkan rasa marah akan teman lelaki aku , jungwon aku membuka telefon dan melihat lama contact jungwon .

hari ni , aku dengan dia nak pergi date sama sama disebabkan masa yang tidak sempat untuk luangkan bersama . tambahan pula kerja aku yang berlambak , manakala jungwon yang bekerja sebagai ceo sebuah company .

lama aku fikir aku menekan butang call .

" hello ? ugh- kenapa ni sayang ? malam malam telefon " suara dia yang kedengaran mengantuk , aku menelan air liur aku .

mahu saja luahkan kemarahan .

" tak ingat ? " anggapan aku memang benar , dia lupa date .

tiada jawapan dari jungwon , aku menjarakkan telefon dari telinga .

aik tak kan dah letak ?

" jungwon ? yang jungwon ?! "

" ha ? hari ni ? yerin.. jungwon penat lah hari ni.. esok nanti jungwon datang rumah yerin , yerin tidurlah yek . selamat malam sayang "

speechless.

itu sahaja yang aku dapat keluarkan . buang masa je aku tunggu pakai baju cantik cantik keluar nak tunggu dia pegang tangan aku jalan sama sama , sambil tengok bintang .

keluhan aku keluarkan , perlahan aku bangun dengan langkah yang berat aku balik kerumah .

-

sampai saja di rumah aku baring di sofa empuk yang berada di ruang tamu .


perlahan tangan aku memicit batang hidung aku . pening kepala

ini bukan kali pertama . ya , bukan kali pertama dia lupakan date . aku maafkan dia sebab aku tahu dia tak sengaja .

tapi , ni terlampau banyak sampai tak tahu dah yang keberapa . banyak kali overthinking aku yang dia macam tak suka date dengan aku .

mustahil , tak akan jadi macam tu .

dalam fikiran yang berat dan juga kepenatan aku terlelap di atas sofa .



TING TING TING

mata aku terjaga mendengar bunyi loceng rumah pangsapuri aku . aku bangun dengan keadaan yang masih serabai tambahan baju semalam yang dipakai .

aku buka pintu perlahan dengan keadaan masih mengantuk .

mamai sekali , sikit aku menoleh keluar memandang gerangan yang menekan loceng dan meganggu pagi aku .

mentang mentang aku cuti dengan rasa sedih ada orang nak kacau

sikit sahaja aku bukak , tetapi pintu itu terhempas kebelakang kuat aku terkejut sampai terjungkit bahu .

belum sempat aku sedar membuka mata , terasa aku berada di dakapan manusia .

perlahan mata aku buka dan pandang kearah bawah , terbeliak mata aku melihat jungwon yang memeluk pinggang aku dengan dahi berada di leher .

५ Bright Love - Short Story & OneshotWhere stories live. Discover now