13 | DA

835 69 7
                                    

“Korang dah tak de apa - apa nak sembang ke?”, tanya Rayden yang jelas kebosanan. Bosan dia dengar cerita entah apa-apa mereka ni. Cerita pasal malam pertamalah, katil patahlah. Macam-macam je bukannya dia teruk sangat sampai katil boleh patah.

Kawan-kawan Rayden yang sibuk bercerita kotor itu terus terdiam. Semua mata merenung dirinya dengan tajam. Keningnya diangkat. Kenapa? Dia ada buat salah apa-apa ke? Bosan dia dengar cerita entah apa-apa mereka tu. Cerita kotor je tahu. Dah kahwin tu pun sama naik dengan yang belum kahwin. Tak faham betul dia dengan mereka ni.

Izzun tersengih kambing. “Nak condom? Ke kau memang rancang nak ke dalam terus?”

Fuck you!”, balas Rayden dengan jari tengahnya yang dituju pada Izzun. Masing-masing bodoh je perangai. Geram betul dengan mereka ni.

Ruang tamu yang memang riuh itu lagi meriah dengan bunyi gelak tawa dari mereka. Dah tengah malam pun masih rancak lagi cerita mereka. Nasib baik tak dekat dengan rumah jiran kalau tak mahunya jiran-jiran pergi serang rumah mereka. Memekak malam-malam, orang nak tidur dah.

Rayden bangkit. Dahlah, penat dah dia berlama-lama kat bawah ni. Semua badan dia dah rasa lenguh, sekarang ni dia rasa macam nak baring dan rehatkan badan saja. Seharian dia senyum walaupun tak ikhlas lepastu banyak kerja lagi yang dia buat. Penat tau tak? Ingat tak penat ke?

“Nak naik dah?”, tanya Rykal ketika melihat abangnya yang sedari tadi duduk kini berdiri tegak sambil meregangkan badannya.

Rayden angguk.

“Aku penat, nak rehat. Korang sambung cerita-cerita bodoh korang tu. Aku takde masa nak layan.”

Izzun mencebik. “Taknak layan ke atau dah tak sabar nak terkam orang?”, usiknya. Sengaja menempah maut. Ada yang kaki masuk dalam mulut nanti. Baru dia tau langit tu tinggi ke rendah.

Whateverlah Izzun. Aku penat ni, kalau kau larat lagi pergi bantu makcik-makcik tu kemas dapur ada juga faedahnya. Jangan jadi orang gila sini. Cau.”

Tanpa berbahas banyak, Rayden terus mengangkat kakinya meninggalkan mereka di situ. Apa yang dia tau, dia betul-betul penat dan nak rehat. Badan dia dah sakit-sakit kerana seharian bekerja. Rasa melekit semua ada. Badan pun dah macam bau belacan. Kalau nak buat ulam pun dah boleh. Sama dengan bau belacan.

Satu persatu anak tangga itu didaki. Kalau dia berada di rumahnya pasti dia sudah naik lif saja ke atas tak perlu nak daki tangga bagai. Biliknya dan Ardellya dituju. Tombol pintu dipulas dari luar dan pintu tersebut ditolak dari luar. Hanya kepalanya saja yang dimasukkan sedikit untuk mengintai perbuatan isterinya.

Matanya melirik ke arah Ardellya yang sedang tertidur pulas di atas katil yang besar itu. Perlahan-lahan dia melangkah masuk ke dalam, tidak mahu mengejut gadis polos yang sudah tidur itu. Dengan baju kurungnya yang belum dibuka. Tak rimas ke tidur macam tu? Dia yang cuma pakai baju melayu pun dah rasa nak koyak baju ni.

Bahu kecil itu digoncang perlahan. Takkan dia nak goncang kuat-kuat kan? Nanti budak ni bangun ingatkan tsunami ke gempa bumi ke.

Ardellya hanya memberi respon kecil. Matanya dibuka sedikit. Pandangannya masih lagi kabur. Tangannya naik menggosok mata. Wajah Rayden kian jelas di depannya.

Dia menggumam.

“Kau dah mandi ke? Kenapa masih guna baju ni? Bangun cepat pergi bersihkan diri. Berapa jam dah kau tidur ni? Tak melekit ke badan kau?”, bebelnya. Macam pakcik-pakcik.

Ardellya ingin bangun tetapi dirinya masih lagi mamai. Lengannya dipaut oleh Rayden untuk membantu dirinya bangun.

“Bangun. Kalau susah nak buka baju ni kenapa tak panggil aku? Aku boleh tolong. Dari petang tadi kau tidur macam ni je? Busuk.”

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 01, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dark Aurora [ OG ]Where stories live. Discover now