10 | DA

4K 256 24
                                    

Ardellya ikut berlari mengekor langkah beberapa jururawat yang menolak strecther yang menempatkan sekujur tubuh Rayden itu. Tubuhnya penuh dengan darah yang mengalir dari dadanya. Teresak Ardellya melihat keadaan Rayden sebegitu

Dia tidak menyangka yang perkara sebegini akan berlaku kepada lelaki itu. Baru tadi dia melihat lelaki itu berjalan megah ke dalam kedai untuk membelikannya pad. Tiba - tiba saja sudah jatuh rebah begini

Kalau dia tahu akan terjadi perkara sebegini pasti dia tidak akan memberitahu tentang dirinya yang bocor di seat kereta milik lelaki itu. Dia lebih rela menyental saja seat Rayden yang terpalit dengan darah kotornya itu

" Puan sila tunggu di luar ya. Bagi kami merawat suami puan dulu. "

" Pastikan dia bangun doktor. " rayu Ardellya tanpa sedar akan kata - kata doktor itu. Keselamatan Rayden lagi penting sekarang

" Kami akan cuba. "

Pintu bilik pembedahan itu tertutup betul - betul di hadapan mata Ardellya. Terasa hilang separuh nyawanya melihat keadaan Rayden sebegitu. Ardellya menapak ke arah kerusi yang tidak jauh dari bilik pembedahan itu

Perlahan - lahan punggungnya dilabuhkan di atas kerusi itu. Sudah tidak dipedulikan dengan keadaannya yang kotor akibat dari kebocoran di kainnya. Nyawa Rayden kini dalam zon yang berbahaya

Lelaki itu jatuh betul - betul di hadapan mata Ardellya. Dia boleh nampak seorang lelaki berpakaian serba hitam sedang mengacukan pistol ke arah Rayden tetapi Rayden hanya tenang bila peluru itu disasarkan ke arahnya. Tiada langsung riak takut pada wajahnya

Tetapi lelaki itu rebah bila peluru itu tembus di dadanya. Sedangkan Ardellya yang melihatnya pun hampir saja mahu pitam kerana ketakutan. Tetapi dikuatkan hatinya untuk menapak ke arah Rayden yang sudah pengsan itu

Puas dia kejutkan lelaki itu tetapi langsung tiada tanda - tanda yang lelaki itu akan bangun untuk merenungnya dengan tajam. Malah mata lelaki itu terus terpejam rapat semakin menambahkan tahap ketakutan di dalam hati Ardellya. Nasib baik ada orang yang mahu menghubungi ambulans kerana Ardellya tidak mempunyai telefon bimbit

Keluarga Rayden juga belum dihubungi. Sungguh dia tidak tahu macam mana mahu menghubungi keluarga Rayden. Dia tidak mahir dalam penggunaan teknologi kerana dia tidak dididik dengan kegiatan sosial yang melibatkan pengaruh negatif zaman remaja ini

Tangannya diramas ketakutan. Mata Ardellya tidak pernah berhenti dari terus merenung pintu bilik pembedahan itu. Dia mahu setiap saat dan jam dia akan terus sedar untuk melihat keadaan Rayden

Dia nak mintak maaf sebab dah buat lelaki itu cedera. Dia nak sental seat kereta milik lelaki itu untuk menebus kesalahannya yang dikira besar itu. Dia nak lakukan semua itu supaya dosanya dapat ditebus semula

" Awak nak air? " hampir terlompat Ardellya bila ada orang yang menegurnya sambil menghulurkan setin air

" Oh, tak apa. Terima kasih. "

Ardellya menolak lembut huluran seorang gadis yang sebaya dengannya itu. Dia hanya melemparkan senyuman manis saja agar gadis itu tidak terasa dengan penolakannya

Gadis itu juga membalas senyuman manis Ardellya itu. Punggungnya dilabuhkan di sebelah Ardellya. Air tin itu diletakkan di dalam genggaman tangan Ardellya

" Saya ikhlas nak bagi awak. Saya nampak dari tadi awak resah. Awak okay? "

" Saya okay je. " balasnya pendek

Gadis itu menganggukkan kepala. Matanya meliar memandang Ardellya dari atas hingga ke bawah

" Baju awak banyak darah. Siapa yang cedera? Keluarga? "

Dark Aurora [ OG ]Where stories live. Discover now