007

57 11 1
                                    

Selepas tamat sekolah, kami diarahkan untuk ke kelab masing-masing,

Aku sedang menuju ke kelab kesenian, ramai murid disekitar aku menuju ke kelab mereka, ada yang memanggil kawan mereka untuk ke kelab bersama, aku sedang bawa hina ke kelab aku sekali,

Hina dalam keadaan gembira sahaja, aku masih terpikir kenapa takemichi di kelab menjahit sekarang,

Tidak silap aku ramai gadis ke kelab menjahit untuk berjumpa dengan mitsuya sahaja,
Menjahit itu meremehkan betul,
"Hina, kenapa takemichi di kelab menjahit tadi?" Aku bertanya, "dia jumpa dengan mitsuya tu" dia balas,

Aku tidak rasa hairan langsung, "oh, nanti lepas kau lawat kelab saya, mari kita pergi jumpa dorang nak?" Aku bertanya,

"Kenapa tak nak pergi sekarang??" Dia balas,
Eh, boleh ke?? "Tadi kata nak pergi lawat kelab saya, hina ni dah kenapa.." dia berhenti, "jom jela, saya hilang mood pulak mahu lawat kelab korang" dia menarik lengan aku ke kelab jahitan

Mitsuya masih disitu dengan gadis-gadis lain, takemichi turut disitu juga,

"Takemichi-kun!!" Hina memanggil takemichi,
"Hina-chan?" Hina mendekati takemichi, aku yang single ni mampu tengok sahaja, "kenapa datang kesini?" Tanya takemichi,

"Tak boleh kee?" Aku balas, "bo.." mitsuya tiba tiba memotong ayat takemichi "tak boleh",

"Eh" takemichi memandang dia yang sedang mengukur baju, "korang berdua tidak nampak ke aku sedang busy layan kelab ini, pergi buat hal masing masing, kau pun takemichi, sudah la" dia menolak kami bertiga keluar

Kenapa dengan mitsuya ni, dia tidak selalu bergini,

"Takpe, takpe, nanti jangan mintak tolong dengan aku lagi!" Aku hembas pintu mereka, "dah la runa, mungkin mitsuya sedang busy kot" hina berkata, takemichi hanya berdiri tidak kata sepatah ayat langsung.

Aku membawa hina ke kelab seni seperti yang dijanjikan, tetapi kali ini aku membawa takemichi sekali, entah kenapa aku boleh bawa dia,

"Kelab korang mesti bersepah kan?" Takemichi berkata sambil tertawa,

"Kitaorang bukan pengotor macam kau" aku balas

Dia menjelingkan matanya.

"Korang berdua tengok-tengok la dahulu, aku mau sambung kerja" kata aku sambil capai berus ditepi, hina berjalan disekeliling melihat hasil kerja aku, takemichi hanya berdiri dan gerakkan mata sahaja.

"Itu sahaja kah.. bosan juga.." rungut hina, "iyalah, saya sudah kata, banyak yang belum siap, halahai hina ni" aku tepuk bahunya,

"Jom pergi ke kelas, saya ada benda mahu borakkan" kata hina sambil menarik-narik tangan aku, "ini dah beberapa kali sudah hina tarik tangan runa" aku lepaskan tangan aku,
Dia sambung menarik,

"Iyalah, yelah, takemichi ikut tak?" Aku tanya kepada dia yang sedang termenung jauh,
"Ini hal perempuan, takemichi bolehkan tunggu?" Hina jawap, "oh, iya" dia setuju.

♡ JAHITAN BUNGA || Takashi mitsuya Where stories live. Discover now