chapter10

8.8K 294 2
                                    

"amore , abang keluar kejap okay ? Amore tidur dulu , jangan tunggu abang , abang balik lewat ." pamit Adam . Dahi dan pipi Liya dicium sekilas sebelum melangkah keluar .

Liya memerhati kereta Lamborghini tersebut sehingga hilang dari pandangan . Pintu ditutup dan kaki terus di atur ke bilik kerja suaminya .

Memandangkan tempat belajarnya berada sekali di dalam bilik kerja itu , bolehlah dia melepaskan rindu walhal baru sahaja Adam keluar .

Tok tok tok !

Ketukan pintu menarik perhatiannya yang khusyuk belajar .

"akak !!" laung Adelle dari luar .

Sebaik pintu dibuka , terus saja dia dipeluk erat oleh Adelle . Liya memandang Adelle hairan .

"akak..." panggil Adelle meleret dengan mata yang dikerdipkan serta riak muka comel .

"Adel kenapa ni ? Ada apa apa ke ? atau nak apa apa ?" soal Liya . Hairan dengan adik iparnya seorang itu .

"akak , jom teman Adel tengok movie ! Hehee jomlah akakkk..." Adelle merayu manja . Liya tertawa kecil .

"Allah , akak ingat apalah tadi Adel ni . Yelah , akak teman Adel tapi jangan lewat sangat , esok sekolah" tangan memegang pipi Adelle . Kalah dengan kecomelan Adelle .

Walaupun Adelle sudah berusia 15 tahun , sikap manjanya tidak pernah luntur . Lebih lagi dia merupakan anak bongsu . Memang manja !

Sesampainya dalam bilik Adelle , Liya tercengang . "budak ni dah plan , aku je lalai" bisik hati Liya setelah memandang air serta pelbagai snacks yang sudah tersedia di atas katil .

"Adel nak tengok movie apani ?" soal Liya sebaik melabuhkan punggung di birai katil .

"em , Adel rasa nak tengok movie yang Godzilla tu . Akak okay kan ?"

Liya mengangguk kepala tanda setuju dengan cadangan Adelle . Mereka menonton movie yang terpapar di skrin televisyen itu .

Tidak lama selepas itu , Adelle terlena . Kepalanya jatuh pada lengan Liya . Mata memandang Adelle , "lah tidur dah rupanya dia . tadi ajak tengok" monolognya sendiri . Tangan menarik Adelle ke dalam pelukan dan diselimutkan .

Jam menunjukkan pukul 1 pagi . Skrin televisyen masih menyala namun tiada yang menonton . Liya juga sudah terlena disisi Adelle .

Kaki di atur ke bilik . Tangan mencapai tuala dan diri dibersihkan dahulu . Short pants dipakai dan tshirt hitam disarung pada tubuh . Tangan mengelap rambut yang masih basah .

"amore ?" mulut memanggil isterinya apabila katil terlihat kosong . Pintu bilik kerja dibuka namun sama dengan bilik tidurnya , kosong .

Kaki melangkah ke tingkat bawah . "amore ?" . Stor , dapur , bilik tetamu , gym , dan meeting room dituju . Masih saja kosong .

"Am , kau kenapa ter amore , amore ? soal Azim yang dari tadi mendengar abangnya itu menyebut 'amore' .

"Liya mana ? Dalam bilik takde . Nics Ray , Liya ada keluar rumah ke tadi ?" soal Adam .

"takde , lepas kau gerak dia terus naik atas ." jawab Raymond .

"manatahu dia dengan Adel . Tanyalah Adel dulu ." cadang Haiqal pula . Adam hanya mengangguk dan terus naik ke atas .

"Adel" pintu bilik Adelle diketuk beberapa kali . Tiada sahutan . Tangan memulas tombol pintu . Klak ! Pintu dibuka .

"Lah tidur dah . Tv ni pun kalau taknak tengok janganlah buka . Tak pernah berubah perangai kau eh dik" bebel nya sorang .

MissMafia Mr.MafiaWhere stories live. Discover now