chapter18

5.8K 220 36
                                    

Tupperware yang berisi kek yang dibuat oleh mereka semalam itu dimasukkan ke dalam satu beg kertas .

"Liya , Diyana ! Dah siap belum ?! Nanti lambat !" laung Ziyad dari pintu utama banglo tersebut .

"Dah !" balas Liya . Beg kertas berisi kek dibawa manakala satu lagi beg kertas berisi jam yang merupakan hadiah ulang tahun Tuan Rashid dibawa oleh Diyana .

"jom !" kata Diyana dan Liya serentak dan mereka bertiga masuk ke dalam kereta Honda milik Ziyad .

Jam waktu itu menunjukkan pukul 6:48 pagi dan mereka dalam perjalanan ke Hospital . Setibanya di perkarangan hospital , Ziyad memarkir kereta di tapak VIP .

"Liya , pergi naik dulu . Abang dengan Diyana pergi beli air sekejap . Kalau papa tanya mana kitaorang , cakap kitaorang tak ikut lepastu nanti kita surprise papa . Okay ?" kata Ziyad selepas mengunci keretanya .

Liya hanya mengangguk setuju dan berjalan ke arah pintu lif . Butang 25 ditekan . Senyuman tidak pernah hilang dari wajahnya . Perasaannya terlalu gembira tika itu .

"agak-agak apa reaction papa eh ? hehee mesti papa suka kan ? wait for me tau papa !" ujar Liya bersendirian dalam lif itu .

Ting !

Pintu lif terbuka dan terus kaki Liya melangkah ke arah pintu wad nombor 7 . Tombol pintu dipegang . 'bismillah' bisik hatinya .

"Happy birthday papa hensem ! Pa....pa ?" senyumannya terus mati . Beg kertas dan sling bag nya terus dicampak ke sofa .

"papa ?! papa ! papa kenapaa ?!!" soal Liya cemas . Tangan memegang lengan Tuan Rashid . Perlahan airmata nya jatuh apabila tiada denyutan nadi yang dirasa .

"papa !! jangan buat Liya macam ni pa !!" takut dia apabila melihat tubuh pucat Tuan Rashid . Airmata yang mengalir deras diabaikan .

Ziyad dan Diyana yang baru sampai itu terkejut melihat Liya , laju mereka berdua berlari ke arah Liya .

"Kak ? Papa kenapa ?" Diyana menyoal sambil memegang lengan kakaknya itu .

"Pa..pa"

"papa ?" kata Ziyad hairan .

"papa dah t-takde" jawab Liya . Sekali lagi airmata nya mengalir deras .

Ziyad dan Diyana disitu sudah terkejut . Papa dah takde ? Baru semalam kitaorang berbual dengan papa .

"Liya...jangan main-main" kata Ziyad mendapatkan kepastian .

"Liya t-tak tipu ."

"Allah..." ucap Ziyad . Airmata mula bertakung . Siapa sangka semalam merupakan hari terakhir dia berbual bersama papa . Diyana disitu sudah terduduk . Sebak dihati tiada siapa tahu .

★★★★★

Orang ramai mula beransur pergi . Kini tinggal mereka bertiga dan juga Adam serta sahabatnya .

"Yad , kitaorang balik dulu eh" kata Azim dan mereka bersalam gaya lelaki . Ada juga yang berpelukan sebentar .

"amore ? taknak balik ?" Adam menyoal Liya yang masih lagi memandang kubur arwah papanya . Liya hanya menggeleng sebelum airmatanya jatuh lagi .

Adam spontan memeluk isterinya itu . Tangannya naik mengusap kepala Liya disebalik selendang hitam itu . "sabar sayang . apa yang jadi ni ada hikmahnya . sabar okay ?" bisik Adam perlahan di telinga Liya .

"papa...ke-kenapa papa pergi ? Diyana bawak hadiah untuk harijadi papa harini , tapi...kenapa papa pergi ?" kata Diyana tersedu-sedan .

"papa.. kenapa tinggalkan Diyana macam ni ? Kenapa pa ? Mama , papa . Kenapa tinggalkan Diyana sorang-sorang ? Tak sayang Diyana ke pa ?" katanya lagi . Kali ini , Ziyad pantas memeluk adiknya itu .

MissMafia Mr.MafiaWhere stories live. Discover now