1

5 3 0
                                    

Seorang remaja perempuan sedang mengenakan baju sekolahnya. Setelah itu,dia pergi ke meja belajarnya. 'Nanti,mana bungkusan saya?'dia menyedari bungkusan yang diterimanya semalam telah hilang. Kemudiam,dia terus keluar ke ruang tamu dan mendapati bungkusannya di dalam tong sampah. Dia terus mengambilnya. "Eomma! Awak buang bungkusan saya lagi?!"jeritnya. Ibunya terus pergi ke arahnya. "Wae? Yah,Kang Mira,kamu perlu fokus kepada pembelajaran. Buat apa kamu nakkan album Butter yang tak berfaedah ni? Keputusan kamu semakin teruk disebabkan oppa-oppa yang kamu sentiasa sebutkan tu,"bebel ibunya yang juga dipanggil Puan Ma Soo Jin. Mira yang geram terus masuk ke biliknya. Kemudian,dia keluar dari rumah itu dengan membawa beg sekolahnya.

Di sekolah....
Mira sedang menunggu seseorang di dalam kelas sambil menulis sesuatu di dalam bukunya. "Annyeong,Kang Mira,"seorang perempuan menegurnya. Namun,itu bukanlah suara yang ingin didengarnya. "Cho Hae Joo,a... apa yang awak nak?"tanya Mira dengan ketakutan. Dua perempuan di sisi Hae Joo iaitu Han Ji Hyun dan Hwang Min Ji menyilangkan tangan mereka. "Tak ada apa. Cuma,saya kasihan. Keputusan awak semakin teruk sejak kebelakangan ini. Kali ini pun,awak dapat 3 terendah dalam kelas. Biasanya awak sentiasa dapat keputusan yang hebat,"kata Ji Hyun. Tiba-tiba,Min Ji merampas beg galas Mira. Dia cuba mengambilnya semula namun dipegang oleh Ji Hyun dan Hae Joo. "Cuba teka apa dalam begnya,"ejek Min Ji lalu memeriksa beg Mira. Kemudian,dia terjumpa dengan album Butter yang ditempahnya. Kemudian,dia memeriksa lagi dan mendapati gambarnya bersama seorang lelaki berumur 40-an. "Wah,kacaknya dia!"Min Ji menyindir Mira. Kemudian,dia menjatuhkan gambar itu dan memijaknya. Mira mula berang. "Opps,maaf. Saya terpijak gambar ayah awak,"kemudian mereka bertiga ketawa. Mira yang keram terus menolak Ji Hyun dan Hae Joo yang memegangnya. Setelah itu,dia merampas begnya semula dan mengambil gambar itu. Dia memasukan semula ke dalam begnya. Namun,rambut Mira terus ditarik.

"Yah,awak masih berani melawan?"ugut Hae Joo kemudian menolaknya. Wajahnya terkena lantai yang menyebabkan dahinya luka. Tidak hanya itu,mereka bertiga memukul Mira sekuat hati. "Gumanhae!"seorang perempuan lain datang dan terus menolak Hae Joo,Ji Hyun dan Min Ji. Kemudian,dia pergi ke arah Mira. Mukanya penuh dengan luka. "Arin,awak dah sampai,"kata Mira. "Awak bertiga dah melampau,tahu tak?!"Arin memarahi mereka bertiga. "Tak adalah. Kajja,"ajak Hae Joo lalu mereka keluar dari kelas. Air mata Mira mengalir dengan deras. "Mira,gwaenchana?"tanya Arin. Mira cuma mengangguk. Namun,Arin tahu yang Mira sedang terseksa. Sama ada zahir atau batinnya. Dia cuma mampu menenangkan Mira. Kemudian,telefonnya berbunyi. Dia memeriksa telefonnya dan mendapati satu mesej sampai. Dia menyimpan telefonnya dan kembali menenangkan Mira.

Di rumahnya...
"Saya dah balik,"kata Mira dengan lemah. Tiba-tiba,dia ditampar pula. Mira memegang pipinya. "Kamu bergaduh lagi? Berapa kali mak kata jangan bergaduh dengan kawan-kawan kamu?!"marah Puan Ma. Mira cuma diam. "Keputusan kamu semakin teruk dan kamu tak pernah nak belajar. Yalah,kamu asyik layan oppa kamu saja. Dan,tengok. Hampir setiap hari kamu asyik bergaduh dan balik dengan wajah yang luka,"bebel Puan Ma. "Saya tak bergaduh! Eomma tak tahu apa-apa!"marah Mira. "Kamu sama macam ayah kamu. Lebih baik kamu pergi mati. Mak dah tak nak tengok wajah kamu. Pergi mati!"kata Puan Ma. Sekali lagi,Mira mengalirkan air mata.

"Arasseo. Kalau mak nak saya mati,saya tunaikan. Tapi,segala apa yang berlaku,semuanya salah mak,faham?!"Mira yang marah terus mencampak beg sekolahnya dan keluar. Baru sahaja Puan Ma ingin mengejar Mira,telefonnya berbunyi. Dia terus mengangkat panggilan itu.

Puan Ma:Helo?
???: Ini Puan Ma Soo Jin ke?
Puan Ma:Ya,saya puan Ma Soo Jin.
???:Saya guru kelas Kang Mira. Nama saya Lee Yoo Jung. Boleh puan datang ke sekolah sebentar,walaupun ini dah lewat?
Puan Ma:Kenapa? Anak saya ada buat masalah ke? Saya akan datang sekarang,ya. Tolong tunggu sekejap.

Puan Ma terus bergegas pergi ke sekolah Mira.

Di bilik guru....
Puan Ma membuka pintu dengan kuat dan masuk. Dia termengah-mengah. Apabila nafasnya teratur,dia mengangkat kepalanya dan ternampak Arin,Hae Joo,Ji Hyun dan Min Ji bersama guru kelas Mira,Cikgu Lee Yoo Jung.

"Puan dah sampai? Duduklah,"kata Cikgu Lee. Puan Ma duduk di hadapan Cikgu Lee. Arin menjeling Hae Joo,Ji Hyun dan Min Ji manakala mereka bertiga menundukkan pandangan mereka. "Maafkan saya atas perbuatan anak saya. Saya akan pastikan saya akan menghukumnya dan dia takkan ulangi kesilapan yang sama,"kata Puan Ma walaupun dia masih belum mengetahui apa yang terjadi. "Patutlah Mira kata dia benci maknya,"tiba-tiba Arin bersuara. "Bwo? Kamu ulang balik apa yang kamu kata tadi?"tanya Puan Ma. "Wae? Puan masih tak tahu apa-apa yang berlaku,tiba-tiba puan kata akan hukum Mira,"kata Arin. Kini,barulah Arin faham kenapa Mira sentiasa beritahunya yang dia benci ibunya sendiri. "Kamu buta ke? Kamu sama macam dia. Biadap dan suka menipu. Kamu tengok. Tak mungkin orang polos seperti mereka bertiga yang akan pukul orang. Biasanya orang macam kamu dan Mira yang biadap dan tak tahu malu ini suka pukul orang. Mira juga pulang dengan muka yang cedera. Pasti dia bergaduh,"kata Puan Ma. "Puan! Apa kata puan tengok dulu video ini sebelum puan nak tuduh Mira biadap atau tak tahu malu atau suka menipu?!"marah Arin lalu meletakkan telefonnya di hadapan Puan Ma. Puan Ma terus melihat video itu. "Ini ialah video yang saya dapat dari salah seorang orang sekelasnya pagi tadi. Dia dah merakam segalanya apa yang berlaku tadi. Dan,puan kata apa? Biadap,tak tahu malu,suka pukul orang dan suka menipu? Mira bukan orang yang macam tu!"kata Arin. Puan Ma sangat terkejut dengan apa yang ditontonnya sebentar tadi. Arin mengambil semula telefonnya. "Tujuan saya panggil puan adalah untuk beritahu yang anak puan dibuli mereka. Saya dah melarang mereka dengan tindakan keras. Tapi,nampaknya mereka bertiga semakin menjadi-jadi. Sebab itu,saya terpaksa panggil puan untuk selesaikan segalanya,"kata Cikgu Lee. Air mata Puan Ma mengalir. Anak yang selama ini dia marah rupanya dibuli di sekolahnya. Dia bangun dan terus menampar mereka bertiga. "Kenapa puan tampar kami?!"marah Hae Joo. "Wae? Yah,shibal! Awak dah pukul anak perempuan saya macam dia tak ada perasaan. Penampar tak cukup untuk kamu,perempuan murah!"kemarahan Puan Ma mula meledak. "Jadi,apa kata puan tampar diri sendiri juga?"Arin mencelah. Puan Ma tergamam. "Apa yang kamu cakapkan?"tanya Puan Ma.

"Mereka bertiga layak ditampar sebab dah membuli anak puan. Tapi,macam mana nak balas perbuatan puan? Mira sentiasa menceritakan masalahnya kepada saya. Puan sentiasa memaksanya bangun pada pukul 4 pagi dan tidur pukul 2 pagi semata-mata untuk memastikan dia berjaya di dalam kelasnya. Segala benda yang dia beli seperti album BTS dan juga segala apa yang boleh dia gunakan untuk berseronok,puan buang. Puan juga memberi telefon lama puan yang bila-bila masa sahaja boleh dibuang tapi puan memakai telefon yang canggih. Setiap hari,dia meminta telefon baharu dari puan supaya senang dia nak mencari apa yang perlu kerana kadang-kadang skrin telefonnya tak menjadi. Tapi,apa puan kata? 'Telefon kamu masih elok. Kenapa nak beli yang baru?' Itu kata puan. Hampir setiap hari,puan marahnya dan menyuruhnya mati. Setiap kali cuti,dia akan bekerja di kafe sebagai pekerja sampingan. Tapi,puan kata dia keluar dengan lelaki dan berseronok dengan mereka. Mak macam apa puan ni?"panjang kebar Arin menceritakan penderitaan yang dialami Mira. Puan Ma tergamam dengan segalanya yang dia dengar. "Bukan itu sahaja. Sejak puan bercerai dengan Tuan Kang,puan tak pernah beri dia menjejakkan kaki ke rumah puan lagi. Bila Mira tanya di mana rumah Tuan Kang,puan tak pernah layan. Dia juga memerlukan kasih saya seorang ayah. Tak kira sebenci mana pun puan kepada Tuan Kang,puan perlu biarkan Mira berseronok dengannya supaya dia juga mendapat kasih sayang seorang ayah yang memang dia rindukan. Biar saya teka. Puan takut dia merampas Mira dari puan?"sambung Arin. Puan Ma cuma diam. "Betullah apa yang saya teka. Dari pandangan saya,lebih baik dia duduk bersama Tuan Kang berbanding puan yang cuma tahu marahnya sahaja dan asyik memaksanya belajar sehingga keputusannya semakin merosot. Dan,satu lagi saya nak beritahu. Dia minat Kpop kerana dia kecewa dengan puan. Dia hadapi penderitaan yang teruk disebabkan puan dan pembuli ini dan tekanan yang berlebihan itulah sebab pembelajarannya semakin lama,semakin merosot. Saya memperkenalkan Kpop kepadanya sebab saya tahu dia pasti merasa gembira bila dia ada tempat untuk melampiaskan letihnya. Dan cuba teka? Senyumannya kembali dan dia cuba bertahan dari segalanya. Kalau tak,mesti dah lama puan kehilangan anak puan,"kata Arin.

Kini,barulah Puan Ma teringat yang Mira keluar dari rumahnya tadi. "Arin,kamu tahu mana Mira sekarang?"tanya Puan Ma. "Wae?"tanya Arin. "Mira. Dia keluar tadi. Saya takut ada apa-apa yang terjadi,"kata Puan Ma. "Puan ikut saya. Awak bertiga juga perlu ikut saya. Saya rasa saya tahu di mana dia. Bila awak semua jumpa dia,lebih baik awak minta maaf,"kata Arin. Mereka cuma diam. "Ssaem,terima kasih untuk hari ini. Kami pergi dulu,"kemudian Arin keluar dari bilik guru. Begitu juga dengan Puan Ma dan pembuli itu.

A Fact About KpopersWhere stories live. Discover now