2

9 3 5
                                    

Di sebuah jambatan.....
Mira merenung jauh ke hadapan. Air matanya tak berhenti mengalir. "Kalau boleh saya nak mati,mak. Saya rasa mak tak perlu suruh saya mati hampir setiap hari,"Mira bergumam sendiri. Kemudian,dia perlahan-lahan memanjat pagar jambatan yang menjaga keselamatan penduduk apabila melihat sungai di bawah. "Andwae,Mira!"belum sempat dia berada di atasnya,satu suara menghentikannya. Dia berpaling dan ternyata itu ialah Arin,Puan Ma serta para pembuli itu. Mereka terus berlari ke arah Mira. Tiba-tiba,Mira ketawa. "Kenapa awak semua di sini? Ah... awak semua nak tengok saya mati. Awak semua selalu nak saya mati. Kalau saya kira semua kereta di jalan sekarang,masih tak dapat tandingi berapa kali awak suruh saya mati,"kata Mira. "Mira,maafkan mak. Mak tak tahu apa yang awak alami selama ini dan asyik marah kamu,"Puan Ma mula meminta maaf. "Kami pun. Kami minta maaf sebab buli awak. Jadi,jangan terjun,"kata Hae Joo. "Ini kali pertama saya dengar awak semua meminta maaf dari saya. Yah,Hae Joo,Min Ji,Ji Hyun. Saya cuma minta awak berhenti buli saya. Adakah itu susah? Kenangan ayah saya. Satu-satunya kenangan ayah saya dengan saya! Awak pijak gambar macam awak tak pernah mempunyai ayah. Eomma,saya cuma minta mak berhenti buang barang-barang saya,bawa saya berjumpa dengan ayah,berikan saya telefon baharu dan biarkan saya berehat. Adakah itu banyak? Ianya susah untuk ditunaikan? Telefon mak cuma calar tapi mak dah beli telefon baharu. Skrin telefon saya dah pecah dan kadang-kadang saya tak dapat bermain pun telefon saya. Lupa. Saya masih boleh gunakannya,"kata Mira. Kini,segalanya terluah. Mereka mula terdiam. "Wae? Kenapa diam? Bukankah awak semua suka bercakap? 'Pergi mati. Kamu tak layak hidup. Kamu tak berguna. Kamu ni memang teruk'. Kenapa tak gunakannya lagi? Saya cuma minta awak beri saya masa untuk diri saya. Adakah itu susah?! Saya juga ada hak untuk melawan! Saya ada hak untuk bercakap dengan ayah saya sendiri! Saya ada hak untuk bergembira! Saya juga ada hak untuk berehat! Kenapa awak tak benarkannya sedangkan awak semua boleh?!"jerit Mira. Air mata semua orang mula mengalir. Segala penderitaan yang dialami Mira kini bebas.

"Eomma,saya minat BTS bukan kerana mereka kacak atau mereka terkenal. Ianya sebab saya tertekan. Hanya mereka dapat bantu saya mengenal diri saya sendiri dan melawan apa yang patut melalui lagu-lagu mereka. Keputusan saya merosot bukan sebab mereka,tapi sebab mak dan mereka. Saya akhirnya dapat berseronok sebab mereka tapi mak? Mak cuma tahu untuk hukum saya!"kata Mira lagi. "Mak minta maaf,Mira. Jadi,tolong jangan terjun. Jebal,"kata Puan Ma dengan air matanya yang mengalir. "Dah terlambat,"kemudian dia cuba memanjat lagi pagar itu. Namun,sebuah lagu menghentikannya. Apabika dia berpaling,Arin memegang telefon sambil memasang lagu itu. "Awak ingat tak lagu ini? 'Awake' dari Seokjin-oppa. Awak kata lagu ini memberi motivasi kepada awak. Dan juga,awak juga kata yang setiap kali awak berputus asa,awak akan dengar lagu ini sebab awak rasa dia menyuruh awak supaya jangan berputus asa. Awak ingat tak?"kata Arin. Mira mengangguk perlahan. "Jadi,jangan putus asa. Menamatkan hidup sendiri macam ni takkan mengubah apa-apa. Teruskan hidup awak dan bergembiralah,ya,"kata Arin. Tak lama kemudian,Mira perlahan-lahan turun. Dia terduduk dan menangis. Arin menutup lagu dan mula menenangkan Mira. "Mira,awak nak jumpa ayah awak?"tanya Arin. "Appa? Awak ada jumpa dia?"tanya Mira. "Beberapa hari yang lalu,saya terjumpa dia dan saya pernah menjejakkan kaki ke rumahnya. Dan dia sangat rindukan awak. Dia pesan supaya jangan beritahu awak tapi saya rasa awak mesti nak sangat jumpa dia. Saya masih ingat di mana rumahnya. Awak nak pergi?"kata Arin. "Nae. Tolong bawa saya pergi jumpa dia,"rayu Mira. Kemudian mereka bangun. Puan Ma cuba membawa Mira balik setelah mendengar Mira akan ke rumah ayahnya. Dia memegang tangan Mira namun dia menepisnya. "Eomma,saya akan tinggal dengan ayah. Untuk selamanya. Esok saya akan balik dan ambil barang saya. Jangan risau. Saya takkan menyusahkan mak lagi,"kata Mira lalu pergi bersama Arin.

Di runah ayah Mira....
Mira teragak-agak untuk menekan loceng rumah itu. "Ppali. Dia mesti ada di dalam,"kata Arin. "Tapi,saya takut. Dah 4 tahun saya tak bertemunya. Saya takut dia dah lupakan saya,"kata Mira. "Tak. Seorang ayah yang baik takkan sesekali melupakan anaknya,"kata Arin. Selepas beberapa kali teragak-agak,akhirnya Mira menekan loceng rumah itu. Pintu rumah itu dibuka dan seorang lelaki dalam lingkungan 40-an muncul. Itulah wajah yang selama ini dia rindukan. "Appa,"panggil Mira. Tuan Kang memegang wajah Mira. "Ini kamu ke? Betulkah ini kamu,Mira?"tanya Tuan Kang. Mira mengangguk. Masing-masing mengalirkan air mata. Tuan Kang terus memeluk Mira dan dia memeluk ayahnya. Perpisahan antara anak dan ayah selama 4 tahun,kini mereka bertemu kembali.

Tuan Kang dan Mira meleraikan pelukan. "Kamu dah bertambah cantik. Ayah hampir tak kenal kamu,"kata Tuan Kang. "Ayah dah makin kacak. Saya cemburu,"kata Mira. "Arin,gomawo,"kata Tuan Kang. "Arin,marilah masuk. Sekarang dah lewat. Lebib baik awak tidur dengan saya malam ini,"ajak Mira. "Tak apa ke?"tanya Arin. Tuan Kang mengangguk menandakan boleh. "Okay,"balas Arin. Kemudian,mereka bertiga masuk ke dalam rumah itu.

Beberapa jam kemudian...
Arin dan Mira tidur sebilik. Mereka merenung siling. "Arin,saya berterima kasih. Kalau awak tak perkenalkan Kpop pada saya,kehidupan saya mesti sunyi sebab mak saya,"kata Mira. "Saya cuma ajak awak berseronok. Itu saja,"kata Arin. "Siapa sangka? Lagu mereka menyelamatkan saya dari bunuh diri dan meneruskan hidup,"kata Mira. Mereka mula ketawa. Tanpa mereka tahu,Tuan Kang memerhati mereka dengan pandangan bahagia. Itulah hari paling bahagia dalam hidup mereka.

-THE END-

A Fact About KpopersWhere stories live. Discover now