Bab 1

27 1 0
                                    

Husna dan rakan-rakannya melangkah keluar dari balai ketibaan sambil mengheret bagasi mereka.

"Weh Una kita nak pergi mana dulu ni?"soal Anis sambil memandang ke arah Husna dan Amalia.

"Aku pun tak tau la. Korang punya family dah sampai ke belum?"tanya Husna sambil berjalan menuju ke ruang utama lapangan terbang itu.

"Aku baru jer mesej abang aku tadi, so maybe lambat lagi kut nak sampai sebab ye la jauh kut airport ni dengan rumah,"balas Amalia.

"Same goes to me,along aku pun belum sampai lagi. Tapi dia cakap dia dah on the way la.Aku harap boleh pakai la on the way dia tu sebab kalau dia tu baru nak turun katil pun boleh jadi on the way.Geram betul aku,"jawab Anis dengan muka menyampah.

Eii takde ke orang nak beli abang aku ni. Perangai minta penyepak betul.

"Haha. Adik yang tersakiti betul lah kau ni. Ok lah kalau camtu, since abang aku pun belum sampai jom ahh kita pergi makan dulu. Aku lapar gila kut atas flight memang takde selera langsung weh nak makan,"ajak Husna kepada kedua rakannya.

Sumpah dia memang tak makan pun kat atas flight. Setakat roti coklat sebungkus apa la sangat.

"Jom lah. Aku pun dah kebuluran macam pelarian syria dahni. Dekat atas flight tadi tak rasa lapar la pulak. Maybe kenyang sebab aku duk perati abang-abang steward dengan pilot kut,"ujar Anis lirikan nakal.

Dia tersenyum nakal sambil membayangkan wajah-wajah abang pramugara dengan pilot yang hot yang memberikan senyuman kepadanya.

'Haish kenapa la handsome sangat jodoh orang ni hah. Dengan mata biru dia tu lagi. Auww mama tolong adik,'getus Anis di dalam hati.

"Yang kau tersengih-sengih ni dah kenapa? Tak kenyang lagi ke kau tenung muka abang pramugara tu tadi sampai tembus,"perli Husna

Dia dah masak sangat dah dengan perangai kawan dia yang seorang ni. Pantang nampak lelaki handsome, terus nak dibuat crush. Husna menggeleng-gelengkan kepalanya memikirkan perangai rakannya.

"Alah kau ni macam tak tahu perangai aku macam mana. Lagipun rugi la kalau tak tengok, susah kut nak jumpa mat saleh kat Malaysia ni. So bila peluang dah ada di depan mata kita jangan la lepaskan. Inilah yang orang kata rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari,"jawab Anis.

Dah rezeki depan mata kut takkan nak tolak pulak. Makin kuat pula si Anis ni berangankan wajah pramugara itu tadi.

"Erm suka hati kau la Nis. Korang berdua ni nak makan apa? Order la cepat. Kang tak sempat pulak takut family korang datang,"ujar Husna sambil melihat buku menu yang diberikan oleh pelayan itu tadi.

"Kau nak belanja ke Una? Wah terima kasih banyak-banyak la. Untung aku ada kawan yang baik macam kau ni. Kalau macam tu aku nak spagetthi carbonara and apple juice la,"bodek Anis sambil mengelip-ngelipkan matanya berkali-kali.

Tau la bulu mata lentik tapi tak payah la nak buat macam tu. Geram jer aku nak cabut bulu mata perempuan ni.

"Ahh takde maknanya aku nak belanja kau. Buat habis duit jer. Hah kau pulak Sya nak makan apa?"tanya Husna kepada rakannya yang seorang itu.(Ok sebelum korang confuse,kawan dia ni nama Amalia Batrisyia ok. So Sya tu daripada Batrisyia tu k).

"Erm aku pun nak sama dengan Anis la but i want a fresh orange,"ujar Amalia.

"Ok la macam tu. So 2 spagetthi carbonara, 1 chicken chop, 2 fresh orange and 1 apple juice kan?"soal Husna kembali sebelum memanggil pelayan dan membuat pesanan.



❄︎~❄︎~❄︎~❄︎~❄︎~❄︎~~❁~~❄︎~❄︎~❄︎~❄︎~❄︎~❄︎




"Weh korang aku nak pergi tandas kejap ehh. Korang pergi la cari tempat duduk dulu. Nanti aku dah siap aku call la korang," jelas Husna. Masa-masa macam ni la dia nak keluar. Tak boleh ke kalau nak set masa untuk benda ni keluar. Menyusahkan betul.

"Ok la kalau kau kata macam tu. Oh alang-alang kau nak pergi tandas tu, lepas kau balik tu kau tolong beli kan aku coffee boleh. Aku tak boleh la kalau tak minum sehari benda tu. Diorang letak dadah ke apa sampai aku ketagih macam ni,"bebel Anis.

Dia tak tahu kenapa dia ketagih gila dengan coffee. Mungkin sebab genetik kut, sebab papa, along dan angahnya semua suka minum kopi kecuali mamanya. Tak elok untuk kesihatan katanya.huhu.

"Amboi banyak hodoh muka kau nak mengoder-oder. Bak duit la. Apa kau ingat aku boleh bayar pakai niat ke apa?"getus Husna. Sesedap dia je mengoder, duit tak bagi pulak. Ingat aku ni pemilik cafe ke nak bagi coffee free dekat dia.

"Alah Una kau belanja la. Kata best friend. Pwieshhh." Anis mengelip-ngelipkan matanya meminta simpati daripada Husna.

Ehh ehh minah ni kalau aku sepak kang apa pun tak dapat. Sabar Una orang cantik kena sabar. Husna menghembuskan nafasnya. Stres dengan perangai kawan sendiri.

"Apa-apa je lah kau ni. Kau Sya nak jugak tak coffee?"tanya Husna kepada Amalia yang sedang asyik bermain telefon. Eihh chat cik abang sayang ke tu.haha

"Boleh jugak kalau kau nak belanja. Kecil tapak tangan, lapangan terbang ni aku tadahkan. Tapi kalau kau suruh bayar sendiri aku taknak. Dahla harga cekik nyawa makanan kat airport ni,"ujar Amalia.

Kedekut punya perempuan. Padahal nak masuk dalam perut dia jugak coffee tu. Geram pulak aku. Sabar Una. Ingat orang cantik kena sabar.

"Elok aku bagi pelempang korang berdua ni. Erm ok la aku pergi dulu. Korang pergi la tunggu mana- mana nanti pape aku roger,"ujar Husna sambil berjalan menuju ke tandas.

Setelah selesai melakukan urusannya di tandas, Husna berjalan keluar dari tandas dan menuju ke sebuah kafe untuk membelikan coffee buat kawan-kawannya.

Setelah selesai membuat pesanan dan membuat bayaran Husna duduk di meja sambil menunggu pesanannya. Sambil menunggu dia menghantar sebuah pesanan kepada abangnya yang datang mengambilnya.

Husna
Abang..abang dah sampai ke? Ke lambat lagi?

Abang Id
Abang tak sampai lagi ni. Maybe around 20 minutes more. Jammed la pulak kat roundabout ni. Acik boleh tunggu kan? Kalau tak boleh pun kena tunggu jugak kalau rasa tak nak balik jalan kaki. Abang tak kisah.

Husna
Ish abang ni kan. Kalau ada dekat sini dah lama orang tampar abang tau tak. Yelah-yelah orang tunggu. Pape roger.

Abang Id
Ok.

Ehh ehh abang aku ni. Aku kemain panjang reply mesej dia, dia ok kan aku jer. Ciri-ciri abang yang sesuai diperdagangkan di pasaran gelap betul. Sape-sape nak roger.

Setelah beberapa minit menunggu akhirnya pesanannya telah pun siap. Finally~

"Cik ni air yang cik order tu. Terima kasih," kata pelayan itu.

"Terima kasih,"balas Husna serentak dengan pelayan itu. Memang tak dapat nak disembunyikan lagi kemelayuannya di situ.

"Ehh hehe sama-sama,"ujar Husna sambil ketawa kecil.

Pelayan itu cuma tersenyum dan menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat sebelum berlalu masuk ke ruangan dapur.

Husna berlalu keluar dari kafe itu dan berjalan menuju ke tempat rakan-rakannya. Dia sempat menghantar pesanan bertanyakan lokasi rakan-rakannya sewaktu menunggu pesanannya tadi.

Setelah beberapa minit berkeliaran di kawasan itu mencari rakan-rakannya, tiba-tiba Husna merasakan tubuhnya dilanggar sesuatu.

Bukk!!

"Arghh!!"jerit satu suara.

























Done for chapter 1. Intro ni ok ke🥲?

Mrs. Adrian IskandarWhere stories live. Discover now