Bab 2

5 0 0
                                    

"Arghh," kedengaran satu bunyi yang luar biasa. Ehh.

"Aduh!sakitnya. Makhluk apa yang langgar aku ni. Gajah hutan ke apa," adu Husna sambil menggosok-gosok kepalanya yang berdenyut-denyut.

Nasib baik tak benjol kepala aku. Kalau tak, tak pepasal kurang mas kahwin aku nanti. Ingat kepala aku ni bapak aku tak bayar zakat ke hah.

"Oh my god! What is this?" jerit satu suara dengan lantang sehingga menggamit perhatian orang lain.

Sejurus mendengar suara itu, Husna yang sedang asyik mengurut kepalanya terus mendongakkan kepalanya untuk melihat pemilik suara itu.

Setelah melihat kepada pemilik suara itu, Husna terkejut. Ya, sangat terkejut kerana lelaki di hadapannya itu telah basah bermandikan air kopi yang baru sahaja dibelinya itu.

Nasib baik coffee tu yang jenis sejuk punya. Kalau yang panas punya memang melecur la. Mampos aku tak pasal-pasal kena tuduh buat anak orang.

'Habis lah aku,' getus Husna di dalam hati apabila melihat keadaan lelaki di hadapannya. Dia baru sedar bahawa cawan-cawan kopinya itu telah pun selamat berbaring dengan selesanya di atas lantai manakala air kopi itu mengalir keluar dengan lancarnya umpama dosa-dosamu yang mengalir.huhu.

Dia mula bangun dari lantai itu dan memandang ke arah lelaki itu. Dia teragak-agak untuk memandang ke arah lelaki itu. Yelah mana tak takutnya, muka dah sebiji macam tenuk hilang anak je. Merah semacam.

Husna mengumpulkan keberaniannya dan mula bertanya kepada lelaki itu. "Err..encik ok?," tanya Husna dengan suara yang agak perlahan.

"Ok? You ask me if i'm ok or not? Wah! How funny you are. Kau tengok keadaan aku sekarang ni, dengan basah-basah macam ni, kau rasa aku ok ke tak hah?" tengking lelaki itu.

"Saya betul-betul minta maaf encik. Saya tak sengaja. Saya tak perasan lansung pun encik lalu dekat depan saya. Saya betul-betul minta maaf encik," pinta Husna bersungguh-sungguh sambil menundukkan-nundukkan sedikit kepalanya.

Belum sempat lelaki itu ingin menjawab, Husna terus mencelah.

"Lagipun, saya rasa encik pun salah jugak sebab tak pandang kiri kanan. Memanglah kita berjalan ni kena pandang depan tapi sekali sekala kena la pandang jugak kanan kiri tu. Manalah tahu kan kalau-kalau ada orang dari arah tu berjalan," sambung Husna lagi siap dengan package ceramah tentang adab-adab bila berjalan lagi. Betul apa bukan salah aku seorang. Mamat tu pun salah sebab tak pandang kanan kiri bila berjalan.

Sebab kalau mamat tu pandang kanan kiri mesti dia nampak aku so mesti dia elak. So since dia tak elak aku daripada berlanggar dengan dia so maksudnya dia pun berjalan ikut sedap dia je lah kan. So bukan salah aku seorang je la.

"What! So sekarang ni kau nak kata semua ni salah aku la sebab tak pandang kiri kanan?" tengking lelaki itu. What the boleh pulak perempuan ni salahkan aku, dia yang berjalan tak tengok depan.

"Err..saya tak kata semuanya salah encik,tapi sebahagian tu mungkin sebab yelah even kalau saya berjalan tak pandang kiri kanan sekalipun, tapi kalau encik berjalan pandang kiri kanan depan belakang mesti benda ni tak jadi. Sebab yelah kalau encik nampak saya mesti encik elakkan, tapi see kita berlanggar so means encik pun jalan tak pandang kiri kanan la. So kesimpulannya kita berdua la yang salah bukan saya seorang." Kalah ahli parlimen Husna defend diri dia.

Of course la. Student Law kut kena la menang bila berdebat ni. Buat malu jer kalau kalah. Kena la flex sikit. Biar mamat ni tahu kehebatan dan kepetahan ku berbicara.haha.

"Banyak la kau punya sebahagian, kalau kau tak langgar aku benda ni tak kan jadi la. Lain kali mata tu ada guna. Apa kau ingat Allah kurniakan kau mata sebab nak suruh kau simpan buat hiasan dekat muka kau yang tak berapa nak cantik tu je ke? Tengok, sekarang habis basah baju aku. Susah tau tak nak cuci. Dahla mahal. Apa kau ingat baju aku ni macam baju engkau yang dah nak serupa dengan kain lap pinggan rumah aku ke hah?"ejek lelaki itu.

Mrs. Adrian IskandarWhere stories live. Discover now