7 | Murphy's law

558 55 12
                                    

S u g a r b o o


'Once upon a time,
Our soul apart but our lips collide-'

🕊️


RANCANGAN kami boleh dikatakan berjaya. Sepanjang aku dan Hasya bersama dengan Ryan, geng jughead juga tidak menganggu kami lagi. Terutama Hans, tapi terkadang entah kenapa dia memerhati tingkah kami berdua dengan renungan misterinya itu.

Seolah ada sesuatu yang mahu dikatakan.

"Kenapa Hans pandang kita macam nak telan?" Hasya menyoal.

Aku hanya mengangkat bahu. Hans yang terlihat di koridor aku pandang, dia hanya berdiri memerhati sambil kedua tangannya dibiarkan berada di kocek seluar.

"Mungkin dia marah sebab Ryan dah renggang dengan dia orang?" Aku membalas perlahan.

Renungannya masih membaluti kami sehingga kami tiba di laluan koridor ini. Aku fikir kami boleh berjalan melepasi Hans dengan mudah. Tidak sangka, Hans menghalang laluan kami.

Aku mendongak merenung sosok tinggi lampai itu.

"Bagi aku pinjam kawan kau sekejap." Matanya jatuh pada gerangan di sebelahku.

Hasya terlihat serba-salah.

"It's okey, Sya. Tunggu aku dekat meja tu," ujarku.

Kini, hanya tinggal kami berdua yang saling menghadap. Aku berpeluk tubuh.

"Ada apa?" Soalku tanpa basa-basi.

"Kau betul-betul dengan Ryan?"

Soalannya membuatkan kedua kening aku berkerut. Setelah lama dia berhenti mengangguku, hari ini dia datang bertemu aku semata-mata untuk tanya soalan ini? Aku sedar, akhir-akhir ini Hans nampak terganggu dengan hubungan rapat aku dan Ryan.

Aku terfikir, sebenarnya dia mahu Ryan kembali ke kumpulan mereka semula. Mungkin sebab itu dia selalu memerhatikan aku dengan renungan setajam helang miliknya itu.

"Kalau betul pun kenapa?"

Hans tertawa. "Kau memang percaya dia?" Soalan dipulangkan kembali.

Aku picit dahi. Hans seolah bermain-main dengan soalan. Aku tak tahu apa yang dia mahu sebenarnya.

"Kalau tak ada benda penting, jangan kacau aku. Boleh tak?"

Aku berpusing. Baru saja mahu melangkah pergi, Hans bersuara lagi.

"Kenapa kau pilih Ryan, dan bukan aku?" Keras.

Aku terhenti. Hans tak pernah terfikir ke dia yang porak-perandakan segalanya? Jadi kenapa aku mahu berpihak pada dia? Dan kenapa dia masih tak puas hati tentang aku dan Ryan?

"Ryan bukan macam yang kau fikir,"

Bibir bawah aku gigit, aku tak pernah letak sepenuh kepercayaan terhadap lelaki. Tapi entah kenapa aku mahu percaya pada Ryan berbanding Hans.

Aku berpaling. Bahu aku angkat. "Bukan aku fikir yang macam mana?"

"Penyabar, ambil berat tentang orang lain, tak cakap kasar. He's a gentleman. Way better than you, so why should I trust you?" Sarkastik.

Hans terdiam.

"End the relationship before it gets worse." Dingin.

Aku menggeleng. "So that, kau boleh dapatkan Ryan dekat Jughead semula kan? Itu yang kau mahu sebenarnya..."

S u g a r b o o: She's dating a badboyWhere stories live. Discover now