01 # his silly girl

14.4K 1K 160
                                    

sila jaga tatasusila dalam berkata-kata di ruangan komen. terima kasih.

++

Awatif dengan tenang bermain dengan kucing jalanan sementara menunggu Haikal datang. Entah apa dia bicarakan dengan kucing itu, hingga sesekali orang yang lalu akan memandangnya pelik.

Dia bangkit dari cangkungan dan melenguh sakit apabila terasa kakinya sedikit perih. Mencangkung lama sangat.


Pin!

Terus di manis menoleh ke sekliling, mencari sumber bunyi dan bibirnya terus terangkat membentuk senyuman.

"Ekal!"Belum sempat dia melintas, Haikal dah keluar kereta dan menggeleng. "Tunggu situ." tegasnya dari seberang jalan. Dia menunggu hingga bilangan kereta sedikit baru dia berjalan mendekat dengan Awatif.

"Haiii~"sapa si manis manja. Terus tubuh itu didekap tanpa mengendahkan mata yang masih menatap mereka. "Rinduuu~"Haikal diam, tetapi tangannya dengan lembut menepuk belakang tubuh Awatif. Tanda dia juga senang dengan pertemuan mereka.

"Come."tangan kecil itu diraih dan digenggam lembut sebelum dia fokus memerhati kereta.

Membuatkan beribu dan jutaan rama-rama terasa berterbangan di perut Awatif hingga dia rasa seperti ingin pengsan. Dadanya membuncah dengan perasaan senang.

Eh, biasanya Haikal tak baik macamni. Mood dia tengah baik kut, itu sebab dia soft.

I don't know, i cair dulu.

"Jom,"perlahan dan penuh berhati-hati, Haikal memimpin tangan itu bersama melintas jalan.

Oh, he gives me butterflies.

Sesampainya di kereta, Awatif yang sepertinya sudah termakan godaan Haikal, dengan lugu menanti sang suami membukakan pintu.

Namun ekspetasi dan realiti benar-benar berbeza membuatkan dia mendengus kesal apabila Haikal dengan tenang masuk ke seat pemandu.

"Ish, Kal ni kenapa? Bukak lah pintu tu untuk saya. Baru sweet, ish."dia mengomel kesal sambil kaki berusaha memanjat naik kereta besar Haikal.

Tak sedar,

Tangan Haikal berpaut dengannya dalam diam, dan membantu si manis untuk memanjat naik.

"Careful, Awatif."pesannya.

Lagi-lagi Awatif kemam bibir tahan senyum. Betul lah kut, Haikal tengah gembira sebab tu dia banyak cakap. Kalau tak biasanya just hm, angguk geleng.

Si manis berjaya memanjat naik, dan dia terus tayang ibu jarinya pada Haikal. "Ini Awatif Halana lah. Mesti boleh punya."

Haikal memerhatinya datar.

"Ha Kal! Kenapa tak buka kan pintu untuk saya? Cuba lah layan saya sweet sweet sikit. Haish."bebelnya kesal.

"Nak jugak swee—"

Cup!

Mata Awatif terbuntang saat Haikal mengucup pipinya secara tiba-tiba. "Don't expect me untuk buat useless things macam tu."

Heartless Sweetheart [Lengkap]Where stories live. Discover now