special chapter

11.6K 845 125
                                    

sila jaga tatasusila dalam berkata-kata di ruangan komen. terima kasih.

++

Awatif duduk di kerusi dengan nafas lelah, dan matanya memerhati beberapa tetamu yang sedang asyik berbual.

Dia sempat merenggangkan tubuh yang terasa begitu pegal kerasa seharian berdiri dan melayan tetamu.

"Huwaaaaa nak ibuuu!"satu jeritan kanak-kanak berserta tangisan membuatkan si manis menoleh.

Terlihat tak jauh darinya, ada seorang budak lelaki, yang terduduk di atas lantai dewan kahwin dengan seorang lelaki dewasa yang cuba memujuknya.

Terus tawa Awatif terlepas.

Baby, dan daddy.

Awatif bangkit dari duduknya, dan berjalan menuju ke dua lelaki comel itu. "Amien."

Terus tangisan budak lelaki itu terhenti. "Ibuuuu~"tangan kecilnya terangkat, meminta dukung.

"Hai hensem ibu,"sapa Awatif lembut. Dia kucup lembut pipi anak lelakinya itu gemas. Manakala budak lelaki itu memeluk erat leher Awatif.

"Hai Ekal."sapa Awatif pada suaminya pula.

Haikal cemberut. "Boy, adik patut dengan ayah lah."ujar Haikal sebal. Membuatkan tawa Awatif lagi-lagi pecah.

"Tch, adik penat lah, ayah. Ayah dengan ibu jelah,"ujar Awatif lembut. Kesian jugak dia dengan laki dia ni.

Bila adik lahir, memang 24/7 bayi kecilnya itu akan menempel dengannya. Sampai dah berumur 3 tahun pun, dia tak nak lepaskan Awatif.

Maknanya,

Haikal diabaikan anak kecilnya itu.

"Dah lah lepasni ayah nak merajuk dengan adik."ujar Haikal sengaja memancing perhatian anak lelakinya itu.

Azmien Arief.

Dia tak bereaksi.

"Ish menci ah gini!"bentak Haikal kesal, sengaja dia buat-buat gedik. Awatif ketawa lucu. Benar-benar kesian dengan suaminya ini.

"Nanti ibu urut ayah ya? Ayah jangan lah menyampah dengan adik,"pujuk Awatif lembut.

"Adik kena ingat tau dik-"tiba-tiba Haikal berucap.

Dah ada anak pun, habit suka cakap tiba-tiba dia tu tak pernah hilang.

"Sebelum adik muncul, ayah ni lelaki favourite ibu. Bukan adik--"ucapan terluka Haikal membuatkan tawa Awatif pecah. Lagi dan lagi.

"Ibu adik punya lah!"Azmien mencelah.

"Hei, siapa kata--"Awatif tahan Haikal yang dah sedia nak 'gaduh' dengan anaknya itu. "Tch, ayah kepada Azmien Arief~"pipi lelaki itu diusap lembut.

Terlupa seketika persekitaran mereka yang penuh dengan tetamu undangan umi.

"Why immature sangat ni?"

Haikal pout kecil. "Sorry,"ucapnya perlahan. Membuatkan Awatif tersenyum lembut. "Kal--"

"Akak Watif, Akak Watif!"tak habis ucapan Awatif, ada suara lain yang menyampuk. Haikal mendengus kesal.

Tadi anak potong line, ini budak lain pulak. Heh.

"Ya saya?"sahut Awatiff manis. Jujur, dalam keluarga Haikal, Awatif itu menanti paling manis dan menantu paling baik. Jadi tak hairan semua anak buah Haikal suka pada Awatif.

Haikal okay je. Yang tak okaynya bila Awatif selalu dirampas darinya. Sakit bestih!

"Jom tang--"

"Khadeeja, Ammar. Jangan kacau Kak Watif tu. Pergi main tempat lain,"si ibu kepada kembar itu menegur.

Heartless Sweetheart [Lengkap]Where stories live. Discover now