10 # feel this moment

9.7K 868 113
                                    

sila jaga tatasusila dalam berkata-kata di ruangan komen. terima kasih.

++

Haikal berjalan keluar dari perkarangan surau lelaki, dan matanya memerhati sekilas, mencari kelibat ikan buntal kesayangannya itu.

Mereka baru selesai sembahyang subuh berjemaah di masjid, mengikut keinginan si manis.

Awatif adalah perempuan paling keras kepala yang pernah Haikal kenal. Semua keinginannya harus dipenuhi.

Tak kira.

Haikal sempat tersenyum kekok pada beberapa jemaah masjid lainnya. Mereka memandang Haikal pelik, sepertinya hairan melihat kehadiran lelaki kacak itu.

Haikal menanti si manis yang sedang berbual dengan salah seorang makcik di situ dengan sabar.

"Kal!"si manis menyerunya teruja, dan makcik itu pamit pergi. Manakala si manis dah berniat ingin berlari ke arah Haikal,

Namun pastinya Haikal menegur dengan tegas.

"Awatif Halana. Jangan berlari,"tegasnya.

"Hehe. Sorry, lupa."ucapnya manja dan dia paut lengan Haikal manja. Dia elok dengan tudung sarung hitam dan t-shirt lengan panjang milik Haikal.

Awatif masa tengah pregnant, memang dia nak baju Haikal je. Baju dia semua dia tak nak.

Untuk pengetahuan,

Mereka masih di kampung, majlis nikah sudah selesai, tinggal majlis sanding. Jadi Haikal extend cuti,

Takkan dia nak biarkan Awatif sendiri di sini. Lagipula kebanyakan sepupu Awatif tak menyukai si buntalnya itu.

Lagi Haikal tak yakin untuk meninggalkan Awatif sendiri.

"Ekal hensem sangat ni kenapa? Tadi makcik tu kata Ekal segak, tau."cerita Awatif kesal.

"Hm,"hanya itu sahutan Haikal membuatkan Awatif mengerucut bibir kesal.

"Stop dulu."dia berhenti di hadapan Haikal, dan menilik penampilan Haikal seketika.

Matanya tajam mengscan tubuh sasa Haikal. T-shirt hitam, kain pelikat dengan selipar jepun. Ditambah kopiah di kepala.

Simple memang simple,

Tapi kenapa sampai kat Haikal je, semua yang simple tu nampak kacak?

"Kal eee nape hensem sangat ni?"Awatif bergelayut kesal di tubuh Haikal, membuatkan Haikal dengan panik menahan sisi tubuh s manis.

"Awatif, careful..."tegur macam mana pun tak ada guna, Awatif tetap akan bergelayut manja padanya. Tukang sapu sampah surau memandang mereka hairan.

"Hensem gila~ Pakai t-shirt dengan kain pelikat je pun,"si manis mendongak menatap Haikal dengan cemberut, Tak sedar kelakuannya dah buatkan Haikal rasa seperti mahu terbang sendirian.

"Kal nak makan sarapan dekat kedai biasa saya makan dulu tu tak? Rasanya ibu pun pergi sana."ucap Awatif semangat.

Haikal raih pinggangnya dan dipeluk erat,

Bahu itu dikucup lembut. Mendengar segala ocehan tak jelas Awatif dengan tenang.

He doesn't talk much, but listen a lot.

Awatif sengaja berjalan perlahan-lahan, menikmati waktunya bersama Haikal. Masih pagi, belum pukul 7 pun.

Okay lah tu, morning walk. With hubby.

"Watif, jangan main lopak tu."tegur Haikal apabila Awatif dengan jahilnya mula bermain dengan lopak.

"Kal tahu tak-"si manis kembali memaut lengan Haikal, dan bersandar manis pada bahunya.

Heartless Sweetheart [Lengkap]Where stories live. Discover now