Prolog

459 26 53
                                    

Ustazah Ayuni berdiri depan cermin besar dalam bilik tidurnya. Persalinan warna biru lembut buatkan Ustazah Ayuni nampak segak. Ditambah pula dengan niqab yang menutupi separuh wajahnya buatkan Ustazah Ayuni sekilas pandang seperti perempuan arab di Tanah Melayu. Arabnya cukup, melayunya kukuh.

Ustazah Ayuni menyelak kain langsir, mengintai ke luar tingkap. Riuh halaman rumahnya dengan orang ramai yang hadir di hari pertunangannya. Ustazah Ayuni larikan pandangan ke bawah khemah yang dikhaskan untuk rombongan sebelah keluarga bakal tunangnya. Ustazah Ayu senyum sendiri bila matanya bertembung dengan kelibat bakal tunangnya yang sedang duduk bersila atas tanah walaupun masih banyak kerusi kosong yang ada. Bertambah berdebar hati Ustazah Ayuni apabila melihat sifat tawadduk bakal tunangnya itu.

Ustazah Ayuni mendongak ke atas, berterima kasih kepada tuhan cinta kerana menemukan dia dengan tulang rusuknya. Selesai berdoa dalam bahasa melayu, Ustazah Ayuni sambung mengecat wajahnya, biar jadi lebih anggun.

*****

"Laaa, kenapa bakal pengantin duduk atas tanah." Tegur Encik Hasbulloh Badawi, bapa Ayuni. Gelaran encik dipangkal namanya kekal hingga sekarang walaupun Encik Hasbulloh Badawi sudah pencen dari kerja kerajaan.

"Oh, saya memang macam gini, bila saya gemuruh, dada berdebar debar, saya lebih gemar dekatkan diri dengan tanah, saya akan rasa lebih tenang dalam mengingat kepada Yang Maha Mencipta dan saya akan dengar lagu lagu nasyid, lagu lagu ketuhanan sebagai makanan roh saya," jawab Ramdan, bakal tunang Ustazah Ayuni.

Beberapa tetamu yang hadir, berhenti melakukan sebarang aktiviti kerana memberi hormat kepada jawapan Ramdan. Cakap cakap belakang mula kedengaran yang Ramdan adalah lelaki pilihan paling sempurna untuk Ustazah Ayuni. Tetamu tetamu perempuan mula mengidamkan lelaki seperti Ramdan. Tetamu tetamu lelaki mula menjadikan Ramdan idola mereka.

"Saya minta izin ke belakang sekejap, pakcik," kata Ramdan, tangannya diletak ke dada, tubuhnya sedikit dibongkokkan. Pandangan matanya sengaja diredupkan. Dan mengucapkan Assalamualaikum dengan kawalan suara yang tidak terlalu kuat dan tidak pula terlalu menghembuskan nafasnya.

Encik Hasbulloh Badawi mengangguk. Dan terpancarlah riak angkuh di wajahnya.

Ramdan berjalan cepat cepat sambil keluarkan sebatang rokok, dan buka akaun Instagram miliknya. Sambil merokok Ramdan tekan like dan tinggalkan komen "Hi, I have car." di akaun Instagram milik perempuan perempuan seksi.

Sweet TalkerWhere stories live. Discover now