"Jangan lambat. Kalau lambat, saya tak nak pergi. Saya merajuk. Padan muka awak!"
Abu Garcia tersenyum apabila teringat pesanan yang dihantar oleh Ustazah Ayuni. Setelah dipujuk, barulah Ustazah Ayuni mahu buka mulut tentang mengapa dia tak pedulikan Abu Garcia. Kata Ustazah Ayuni lagi, tak ada privasi untuk bercerita waktu di pejabat. Langsung saja mereka berdua berjanji untuk ke Bukit Ampang malam ini.
"Lambat!" Mata Ustazah Ayuni mencerlung tajam memandang ke Abu Garcia yang baru saja tiba di depan pintu pagar rumahnya. Ustazah Ayuni menutup semula pintu kereta yang telah dibuka oleh Abu Garcia. "Saya boleh buka sendiri. Saya bukan queen, bukan princess." Sambil buka pintu dan masuk ke kokpit kereta. Abu Garcia telan air liur.
Di dalam kereta, Ustazah Ayuni langsung tidak bercakap. Memandang ke Abu Garcia pun tidak. Hampir 10 minit perjalanan, masih tidak ada tanda tanda kesunyian yang menetap antara mereka berdua akan terbunuh.
"Orang merajuk lama lama, nanti atas dahi dia tumbuh tanduk. Lepas dah tumbuh tanduk tu nanti, dia jadi bentuk kuda ada sayap. Tapi itu la, takkan la orang cantik macam awak nak jadi kuda pulak, tak ada apa lagi la untuk saya dalam dunia ni lagi nanti." Tidaklah namanya Abu Garcia jika perempuan merajuk pun tak pandai nak handle.
Ustazah Ayuni mula tersenyum dan ketawa. "Kalau saya jadi kuda, awak nak tunggang saya la?" Tanya Ustazah Ayuni, rajuknya sudah melemah.
"Takkan la macam tu, kalau awak jadi kuda, saya jadi air garam untuk kuda minum. Biar saya mencintai awak dari dalam tubuh awak." Balas Abu Garcia, manis dan tidak ada langsung ciri ciri seorang playboy yang terkandung didalam perkataannya. Abu Garcia sudah insaf dan tak mahu lagi sweet talker dengan perempuan selain Ustazah Ayuni.
"Patut la, ramai perempuan pejabat marahkan awak, sweet talker sangat. Sorry tau, saya tak layan awak dekat pejabat pagi tadi, saya tak nak Jack buat buat cerita pasal awak lagi." Mata bulat Ustazah Ayuni jadi redup. Keningnya seakan akan mahu jatuh.
"Tak apa la, awak. Biar la apa orang nak cakap pun. Saya sekarang dah ada awak. Saya tak peduli semua tu, cuma saya minta, lepas ni jangan buat lagi macam tu." Abu Garcia senyum dan kenyit mata ke Ustazah Ayuni.
Abu Garcia masuk ke tempat letak kenderaan. Ramai juga orang di Bukit Ampang waktu itu. Hanpir kesemua pengunjung datang bersama pasangan masing masing.
"Sejuknyaaa..." Sebaik sahaja keluar dari kereta, Ustazah Ayuni menggosok kedua tapak tangannya yang separuh berada di dalam lengan baju panas yang dipakai olehnya. Kepalanya pula ditutup dengan hoodie. Berkali kali Ustazah Ayuni menggosok tapak tangannya dan letak ke pipi. Cute!
"Cantiknya... saya nak bintang yang tu? Awak nak yang mana?" Tanya Ustazah Ayuni seraya berjalan laju ke tepi tebing yang dihadang oleh guard rail setinggi pinggang.
"Saya nak bintang yang paling terang sekali, yang buat semua bintang bintang berkerlip indah. Bintang tu ada dekat sebelah saya." Abu Garcia menahan ketawa. Ustazah Ayuni cubit lengan Abu Garcia.