Puisi Cinta Untukmu

155 8 21
                                    

Abu Garcia tersengih, membaca pesanan ucapan selamat malam yang dihantar Ustazah Ayuni. Untuk kali ini, Abu Garcia telah berjanji, andai Ustazah Ayuni adalah pasangan tulang rusuknya, Abu Garcia takkan sekali kali mengecewakan Ustazah Ayuni. Biar setinggi gunung sekalipun, Abu Garcia akan daki. Seluas lautan, Abu Garcia akan berenang. Demi sebuah cinta.

Abu Garcia meneliti setiap bait bait puisi di google. Dia mahu menghantar satu puisi untuk Ustazah Ayuni. Tapi itulah, tak ada puisi puisi cinta dalam google yang menarik. Nampaknya, Abu Garcia terpaksa meminta bantuan dari Abang Rambo, senior di tempat kerjanya. Abang Rambo memang handal juga menulis puisi. Kadang kadang ketika mahu memesan makanan pun Abang Rambo akan berpuisi. Kata Abang Rambo lagi, sudah tidak ada apa apa lagi dalam dunia ini yang boleh bikin hatinya jadi girang, cinta juga tidak, melainkan sebaris puisi.

"Abang ni tidaklah handal mana berpuisi, tapi dah banyak juga la pasangan yang berkahwin lepas minta puisi dari abang. Tapi, apa apa pun kena ingat, tak akan jadi sesuatu perkara melainkan kehendak dari Yang Maha Esa." Kata Abang Rambo, Abu Garcia dan seorang lagi rakan pejabatnya mengangguk angguk kepala ketika makan di pantri.

Seperti Abu Garcia, Abang Rambo juga diminati oleh perempuan perempuan di pejabat kerana puisinya yang sering saja mencairkan siapa siapa yang mendengarnya, bahkan perempuan perempun di pejabat sebelah pun ramai juga yang telah jatuh hati kepada Abang Rambo. Tapi tidaklah Abang Rambo mengambil kesempatan. "Jika kalian mengejar cinta saya, makan kalian akan dapat apa yang dikejar. Jika kalian mengejar cinta Ilahi, maka kalian akan diberkati." Kata Abang Rambo sewaktu dikerumuni perempuan perempuan yang  ketika mahu pulang dari kerja. Kesemua perempuan yang mendengar, ada yang insaf, ada yang pengsan dan ada yang pergi menunaikan umrah.

Saat wajahmu,
Bermain di mataku,
Gugurlah segala rindu.

Abu Garcia hantar ke Ustazah Ayuni. Abu Garcia tertidur sambil menunggu double tick jadi warna biru.

#####

Selamat pagi.

Beberapa orang rakan sekerjanya yang sedang punch card mencebik bibir tanpa membalas ucapan selamat pagi dari Abu Garcia.

"Selamat pagi, kak." Abu Garcia ucap pula ke perempuan cleaner.

"Berani beraninya kamu mencemarkan pagi dengan ucapan selamatmu?" Perempuan cleaner mendengus.

Ketika melalui ruang kubikel mahu menuju ke kubikel kerjanya, Abu Garcia terdengar cakap cakap belakang menyebut namanya dan lelaki gatal, jantan tak guna, kecik kecik tak nak mampos, lelaki gila, pervert, setan, dan paling tak boleh diterima akalnya ada juga yang mengelarkan Abu Garcia gay bottom.

"Selamat pagi, ustazah." Ustazah Ayuni diam tanpa membalas ucapan Abu Garcia dan menaip laju di papan kekunci.

Abu Garcia mula jadi bingung.

Jack tersenyum sinis dari belakang kubikel kerjanya.

Sweet TalkerWhere stories live. Discover now