02 # be around him

11.4K 938 232
                                    

sila jaga tatasusila dalam berkata-kata di ruangan komen. terima kasih.

++

Awatif berjalan santai, sesekali menyapa beberapa orang yang melintasinya. Tersenyum lebar dan sesekali terbatuk kecil.

"Oh Puan Awatif,"sapa Sara, pembantu Haikal. Terus senyum Awatif perlahan memudar.

Dia tak berapa suka Sara ni.

Kerja nak goda laki orang je. Huh.

"Kal ada?"soal Awatif tenang. "Ada, Encik Haikal baru selesai meeting. Puan boleh masuk je."ucap Sara ramah.

"Hm."terus Awatif berjalan masuk dengan santai. "Ekal—"dia yang tadinya berlari suka, terus terhenti saat melihat Haikal sedang berbual dengan teman-temannya. Dia berbalik badan dan pura-pura memerhati pokok yang berada di sisi pintu itu.

Ya Allah, malunya dia!

"Sambung nanti. Keluar."suara Haikal terdengar.

"Kami keluar dulu ya, Puan."Awatif lagi-lagi dibuat terkejut apabila staf Haikal menyapanya.

"B-Baik."ucapnya ramah walau gagap. Habis memerah wajahnya.

Mereka berlalu keluar dari pejabat Haikal dan terus Awatif berbalik badan kesal. "Kal! Ish tak kata ada orang!"rengeknya kesal.

Lelaki itu diam.

Blazer ditanggalkan. "Sini,"arahnya dan Awatif menurut. Dia mendongak menatap Haikal yang lebih tinggi darinya.

Terus tangan automatik naik memeluk pinggang Haikal. Dengan senyum polos. "Hai Ekal."dada yang berbalut kemeja putih itu dikucup lembut.

"Rindu."ucapnya manja.

Membuatkan Haikal mati-matian tahan senyumannya dari terukir. Tangan menepuk lembut belakang tubuh Awatif,

Tanda dia juga senang dengan kehadiran si manis.

"Watif,"serunya perlahan. Matanya memerhati raut wajah cantik milik isterinya lama.

"Hm,"sahut Awatif.

"Can—"

Dagu itu ditarik sedikit agar si manis mendongak menatapnya. Manik mata itu ditatap lama.

Cantik.

"Can i borrow a kiss? I promise I'll give it back."

Mata Awatif berbinar.

Wajahnya memerah.

Lama mereka berdiam diri. Dan lama juga mata Haikal memerhati bibir mungil kegemarannya itu.

"Diam tanda setuju,"

No more patience.

Tak sempat nak menjawab, bibirnya dah dibekam kedua ulas bibir seksi Haikal dahulu.

Tautan terlepas.

"You can claim yours now."

Ish, mamat ni. Aku pelangkung jugak kang. Sengaja je kan buat orang tambah malu.

"Kal—"

"I'll take that as yes."

Dan ia berlanjutan.

++

"Kau masak?"soal Haikal ringkas. Awatif akan mengangguk yakin.

"Ye, Haikal Anhar. Saya masak tadi sebelum saya datang sini. Saya tak pergi singgah mana-mana kedai."

Haikal diam, sambung mengunyah.

"Sure?"soalnya masih was-was.

"Ish, Ekal!"bentak Awatif geram. Rasa tidak dipercayai.

Heartless Sweetheart [Lengkap]Where stories live. Discover now