04 # late night walk

10.6K 901 95
                                    

sila jaga tatasusila dalam berkata-kata di ruangan komen. terima kasih.

++

Awatif berjalan bersebalahan dengan Aleesa dan berbual tentang pelbagai hal random.

Kedua gadis itu baru berganjak keluar dari kelas sementelah selesai. Dan ingin pulang.

"Kau okay, Watif?"tiba-tiba Aleesa bertanya membuatkan si manis berkerut bingung. "Okay lah. Apahal tak nak okay pulak?"

"Kan suami kau curang,"

Saat itu juga jantung Awatif terasa seperti berhenti berdegup. "H-Ha?"soalnya bingung.

"Aku ada terbaca artikel semalam. Haa--" Aleesa tunjuk skrin telefonnya pada Awatif.

Peguam muda, Haikal Anhar didapati sedang bersama dengan seorang gadis yang disyaki scandalnya pada pukul 9:43 malam semalam menurut laporan Metro.

"Haikal?"Awatif berbelah bahagi. Separuh dari dirinya ingin percayakan Haikal, dan separuh lagi sedikit terluka.

Susah betul ada suami hensem, famous, kaya pulak tu ni. Semua fitnah bertaburan macam daun gugur.

"Em- Aku balik dulu lah, Leesa. Bas aku dah sampai."Awatif tunjuk pada bas yang dah tiba di perhentian dan bergegas pergi tanpa menunggu balasan temannya itu.

Membuatkan Aleesa terkebil ditinggal sendirian.

Awatif berjalan ke tempat duduk kosong di dalam bas, dan sebuah tempat di sebelah tingkap diduduki.

Kepala disandar di cermin tingkap.

Pelbagai perkara bermain di kepala.

Haikal curang? Kaku macam tu pun curang ke? Ada ke nak lelaki kaku macam Haikal?

Fikiran Awatif berkecamuk.

Argh, overthinking!!

Awatif berjalan masuk ke dalam rumah dengan kesal, dan sengaja pintu dihentak kuat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Awatif berjalan masuk ke dalam rumah dengan kesal, dan sengaja pintu dihentak kuat. Tak sedar yang Haikal sedang berada di rumah.

"Kau tak ada sopan santun ke?"

"Arghh!"automatik jeritan Awatif terkeluar tatkala 'disapa' begitu. Dia sentuh dada sendiri, dan terus pemikiran jahatnya tadi muncul semula.

Dia tak merespon sebaliknya berjalan pergi terus ke bilik tanda omelan dan sapaan manisnya seperti biasa.

"Pergilah, saya penat."

"Kau kenapa?"soal Haikal datar, namun terselit prihatin.

"Tak ada apa."dalih Awatif.

Heartless Sweetheart [Lengkap]Where stories live. Discover now