Bab 1

1.2K 116 35
                                    

Baju kurung cotton berwarna biru lembut terpasang elok pada tubuh gadis itu. Sesuai dengan ketinggian dan kecantikkannya. Tambah pula dengan tudung bawal berwarna cream mencantikkan lagi wajah itu.

Kaki mengorak langkah masuk kedalam kedai serbaneka, kata ibu tepung dirumah sudah habis. Jadi aku la yang perlu membelinya. Dah kalau bukan aku siapa? Takkan hang kot. Kan.

" Ni dah kenapa tiba tiba beli tepung gandum, Liyyan?" Cik Pah a.k.a sahabat baik sang ibu bersuara. Rumah pun hanya bersebelahan.

Aku menghulur sekeping not berwarna hijau pada Cik Pah, disambut huluran itu bersama senyum manis. Setelah aku mencapai baki wang yang diberi plastik mengandungi tepung itu aku ambil.

" Ibu kata tepung dah habis itu yang mai beli ni, hangat noh harini. Mau terbakaq kulit kalau duk tengah panaih." Tanganku tidak henti henti mengibas muka, peluh kian mengalir di dahi. Ah sudah!

" Memangla hangat ceq oi, musim dia mai." Tergelak kecil aku mendengar leteran daripada Cik Pah. Cik Pah ni ada anak seorang tapi itu pun kerja di Johor. Jadinya dia tinggal seorang diri.

" Cik Pah Liyyan balik dulu nah, hangat takbiaq dah ni satgi Liyyan pula yang cayaq." Cik Pah balas dengan anggukkan kata kata aku lalu aku berlalu keluar dari kedai itu.

Panas memang panas tapi seronok, sungai seberang jalan penuh dengan budak budak bermandi manda. Ada juga yang bermain, riuh rendah. Sambil aku berjalan sambil itu mulut tidak henti henti melantunkan lagu oleh Punch iaitu ' Say Yes '. Takyah duk pelik sangat tu lagu korea memangla nama penyanyi tu lain daripada yang lain. Mana ada penyanyi korea nama osmosis, hattu proses dalam biologi.

Sedang aku berjalan, mataku tertancap pada satu sosok tubuh. Tinggi? Ya tinggi, namun, siapa? Ah hiraukan bukan masalah aku terus aku meneruskan perjalanan kembali. Baru sahaja aku ingin masuk ke simpang budak budak sedang berlari menerpa ke arahku tanpa sempat aku ingin mengelak.

DAMN! TEPUNG IBU?!

Terjolopok jatuh aku di atas jalan, tepung? Alhamdulillah sudah kembali ke alam baharu. YaAllah sabarkanlah hati ini daripada mengeluarkan kata kata kesat YaAllah.

" Kak sorry kak kami tak sengaja." Gelabah budak lelaki itu menolong aku bangun dari duduk namun terbantut apabila kakiku terasa sakit. Aku menggeleng.

" Takpa dik, apa kata adik pi selam masuk balik dalam sungai tu ambik kak punya tepung satgi ibu kak beletiaq." Budak lelaki itu balas dengan anggukkan kepala sebelum dia berlalu ke arah sungai itu.

Manakala aku dikerumuni oleh rakan rakannya yang lain. Penuh sekeliling aku dengan kawan kawan si botak tu.

" Kak boleh bangun dak ni?"

" Kaki kak sakit ka?"

" Nak kami hantaq kak balik ka?"

Ha itu semua soalan yang baru sahaja dilontarkan oleh rakan rakannya tanpa sempat aku ingin menjawab suara garau seseorang menyentakkan mereka semua termasuk aku.

" Kenapa ramai ramai ni?" Aku menoleh ke arah sang suara, mau ternganga biji mata aku apabila lelaki tadi yang datang. Lelaki tadi yang aku kata tinggi lampai tu ha hattu la.

" Ni kami lari tadi pastu terbertuh dengan kak ni kesian kat dia bang." Salah seorang budak lelaki bersuara. Terangguk angguk kepala lelaki itu mendengar butir kata oleh budak itu. Matanya yang tadi tertancap pada budak itu beralih pada aku. So now, aku nak buat apa ni?

" Kaki kau-"

" Kak nah tepung kak." Semua kepala tertoleh pada tepung dalam pegangan budak lelaki itu atau lebih dikenali sebagai khairul. Tapi aku panggil dia botak, sebab apa botak? Sebab mak dia tak bagi dia ada rambut katanya nampak serabut, lagipun budak ni buas. Jarang nak tengok budak ni ada rambut kalau ada mesti petang tu botak balik. Hm... ghisau.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 01, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

O G || Danel LukmanWhere stories live. Discover now