CHAPTER 8✨

14 2 0
                                    

' Akan Aku Ukir Mimpiku'

24/11/2019(tarikh ialah rekaan semata-mata)

Kini peperiksaan pt3 sudah pun tamat.Keputusan Aku untuk berpindah juga sudah bulat.Tiada lagi rasa untuk terus ada disini.

''Eh!Ayah kau dah datang tu Aulia''. Aku yang sedang fokus menulis novel mendongak. Kelihatan Niza kawan asramaku memandang.

''Ermm,terima kasih Niza!''. Aku tersenyum kecil.
Mata menoleh ke kiri dan kanan mencari kawanku yang lain.

'mungkin dah balik'  Bahu diangkat.

Aku mengangkat semua barang ke kereta.Biasalah balik awal dari orang lain.Balik dan tak datang kembali macam yang lain.

Selesai semua barang diangkat,aku mula izin balik dengan semua kawan-kawan asrama.

''Aulia!''Aku berpaling ke arah suara yang memanggil. Kelihatan Siti and the gang datang kearahku.
Aku memandang mereka datar.

''Kau dah nak balik? kenapa kau bawak balik semua barang?''Sampai sahaja mereka didepanku, Aku diasak berbagai soalan.
Ohh ya mereka tidak tahu soal perpindahan aku.

''Hmm dah nak balik dah.Saja bawak balik semua barang terus nanti senang takyah nak bawak balik banyak dah.''
Aku tersenyum sahaja.

Setelah selesai bersalaman dengan semua kawan-kawan,senior dan warden,aku masuk ke dalam kereta.Tangan melambai ke arah mereka yang melihat.Empat roda tayar mula meluncur diatas jalan.Aku memandang bangunan sekolah untuk kali terakhir sehingga ia hilang dari pandangan.

££££

  30/11/2019(tarikh adalah rekaan semata-mata)

Aku disini.
Di sekolahku, untuk apa kemari?
Di sini bukan sebagai salah seorang pelajar tapi sebagai bekas pelajar yang ingin bertemu rakannya.
Kini mereka tahu bahawa aku sudah tidak bersekolah disitu.Kerana sebelum pulang aku telah menyerahkan sepucuk surat untuk mereka.

Aku tersenyum saat bertentang mata dengan seorang sahabat yang selama ini membantuku untuk terus bangkit.Mata berkaca-kaca melihat dia dan yang lain berjalan ke arahku.

''Aulia Arisa!'' Erat badan memeluk antara satu sama lain.Air mata yang ditahan mengalir lembut dipipi.

''Kau jahat!sampai hati tak bagitahu aku yang kau nak pindah.Kitorang semua taktau yang kau nak pindah tau!Asal last minit baru bagitahu?''Bahuku dipukul mereka.

''Bukan taknak bagitahu tapi taktau macam mana nak bagitahu korang pasal ni.''Mereka menjelingku tajam.Aku tersengih.

''Alahai merajuk pulak semua!Jom kita pergi makan,Aku belanja.''
Semua bersorak apabila mendengar perkataan 'belanja'. Haihh dah hadam sangat dah aku dengan perangai masing-masing.

Kami pun meluangkan masa bersama untuk satu hari itu.
Pasti ada yang tertanya,
tidak adakah rasa benci pada empat orang sekawan itu?
Jujur ku katakan tidak ada sekelumit pun rasa benci dihati,
tapi aku berharap kita takkan bertemu lagi di lain hari.
Biarkan memori itu hanya berhenti disitu.









Hye semua!Dah lama sangat tak update cerita ni.
Light kena fokus SPM and struggle untuk sambung study and now here i am!
Sekarang dah mula cuti untuk semester ke 2.
Dan acc ni pulak hilang.Light tak ingat pass and tak boleh log in hmm.
But now dah okay,so Light update satu chap okay?!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 18 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MIMPI AULIA ARISA (on-going)Where stories live. Discover now