08 # love me like you do

10.2K 816 134
                                    

sila jaga tatasusila dalam berkata-kata di ruangan komen. terima kasih.

++

Awatif mempersiapkan diri di hadapan cermin dengan dress biru laut kegemaran Haikal.

Perutnya terlihat sedikit membuncit. Dah kerjanya melantak je sepanjang dia mengandung. Tak kira waktu dan tak kira tempat.

Nasib baik suami kaya, hoho.

Terus dia capai telefon yang berada di atas katil dan memerhatinya penuh minat. Sudah semestinya dia teruja!

First anniversary kut!

Kal 🤍

kal balik pukul berapa? -

Cepat sahaja mesejnya berbalas.

- awal
- kenapa? Kau sakit ke?

takde hehe -
balik awal tau! -
love you! -

- more

Dan talian dimatikan.

Awatif duduk di kerisinya, dan memandang semua makanan yang terhidang di atas meja dengan senyuman yang mengembang.

Beberapa kali dia menilik skrin telefon, dan senyumannya kembali mengembang. God damn, Awatif tak sabar! Dia tak sabar untuk melihat reaksi Haikal saat melihat dia susah-payah menyiapkan semua ini.

Dan sudah pasti dia mengharapkan kucupan lembut lelaki itu di pipi serta wajahnya. Kebelakangan ni, Haikal terlalu sibuk dengan kerja.

Jadi jujur, dia merasa sedikit diabaikan.

Namun dia berusaha memahami Haikal. Berkahwin dengan Haikal, bermakna berkahwin dengan semua kerjanya juga.

Kan?

"I can't wait for you, hihi."ucapnya perlahan.

Di saat yang bersamaan,

Haikal bersiap-siap, dan mencabut necktie yang menjerut leher. Rambutnya masih tersisir rapi meskipun sudah seharian memerah otak.

"Tuan Haikal, klien tuan nak jumpa."Sara tiba-tiba masuk ke dalam pejabatnya, membuatkan Haikal berkerut tak senang.

"Kau tak reti ketuk?"sinisnya.

"Maaf, tuan. Saya tak sengaja."Sara sedikit menunduk, dan memohon. Kemudiannya dia hulur sebuah fail pada Haikal.

"Klien tuan kata dia nak berjumpa sekarang juga, tuan."Sara memberitahu. Haikal sahut huluran itu, dan melihat fail itu lama.

"Now?"soalnya. Dia sudah ada janji dengan Awatif. Ikan buntal tu dah tunggu dia di rumah, janji sudah ditabur. Takkan Haikal nak ingkar?

Haikal bukan jenis kencing orang.

Lagi-lagi si manis kesayangannya itu.

"Siapa?"

"Dato Bahaman."

Shit, orang penting. Gerutu Haikal dalam hati.

Dia tak boleh sewenangnya membatalkan mensyuarat mendadak dengan kliennya itu dan pada masa yang sama Haikal tak boleh batalkan janji manisnya dengan Awatif.

Haikal hela nafas berat.

"Siapkan bilik mensyuarat."ucapnya mendadak dan terus Sara berlalu dengan laju sementelah mendapat arahan itu.

Heartless Sweetheart [Lengkap]Where stories live. Discover now