2- Daisies

970 38 7
                                    

TONGKAT aku diangkat lagi untuk menyentuh jejari-jejari yang timbul di ruang pejalan kaki itu. Aku yakin dan pasti fungsi jejari-jejari itu adalah untuk membantu orang berkelainan upaya jenis buta untuk mereka mengenali setiap susur jalan yang ada di kawasan-kawasan yang tertentu.

         Sebenarnya, aku berniat untuk menghadiri sebuah kedai bunga untuk membeli sejambak bunga daisy buat adik ku yang menyambut hari lahirnya pada hari ini, sebagai ganti kepada kek Red Velvet yang sudah rosak dilenyek kereta seperti apa yang diperkatakan oleh lelaki bernama Syed sebentar tadi.

          "Malam nanti la aku beli kek baru untuk kau, Qaseh". Aku mengeluh kecil juga beberapa kali, mengingatkan yang Qaseh sangat menggemari kek berperisa Red Velvet. Tapi, apakan daya, sudah bukan rezeki dia. Nak buat macam mana, kan? Redha jela, Qaseh oi...

          Aku dibantu oleh seorang pekerja kedai bunga itu untuk masuk ke dalam kedai itu. Walaupun sudah beberapa kali aku muncul di kedai ini untuk membeli bunga yang dijual oleh mereka, layanan staf mereka terhadap ku tetap sama. Mereka memberikan layanan yang sangat mesra terhadap orang kurang upaya seperti aku.

          "Fatima nak beli bunga apa harini?". Suara seorang gadis berbangsa Cina yang aku percaya namanya ialah Candace itu memimpin tangan ku untuk membawa aku ke salah satu sofa empuk di dalam kedai itu.

          "A bouquet of daisies, please". Kata ku sambil tersenyum manis dan punggung ku melabuhkan dirinya ke atas sofa yang lembut itu.

          "Okay, a bouquet of daisies coming right up! Tunggu sekejap tau, Fatima".

          Aku hanya mengangguk sambil tersenyum sebagai jawapannya.

          "Mama! Mama okay tak, ma?!". Bunyi suara manusia yang seperti aku kenal itu membuatkan dahi ku berkerut. Bunyi derapan tapak kaki yang meluru masuk ke dalam kedai itu secara tergesa-gesa, membuatkan aku berasa sedikit ingin tahu tentang siapakah insan itu.

        " Puan Roziah, okay je Tuan Muda Syed! Dia pengsan tadi, so saya bawa dia berehat di ruang staf di belakang!". Teriak suara Candace daripada jarak yang agak jauh. Mungkin mereka sedang duduk berjauhan?

        Aku yang duduk di sofa itu hanya mendengari perbualan di antara Candace dan lelaki yang aku percayai anak kepada pemilik kedai bunga itu kerana Candace memanggilnya dengan sebutan Tuan Muda S-

         Eh, sekejap.

         Syed? Bukan kah itu nama lelaki yang terlanggar aku di hadapan Bookworm Cafe sebentar tadi? Atau ini ialah lelaki lain yang juga bernama 'Syed'? Namun, suaranya seperti suara lelaki tadi. Hm...

        "Oh, okay. Thanks, Candace!". Derapan langkah kaki lelaki itu pon semakin menjauh daripada ku. Sepertinya, dia ingin pergi ke bilik staf yang menempatkan ibunya yang mungkin sedang tidak berapa sihat itu. Ya la, anak mana yang tak risau kan ibunya jikalau ratu hidupnya itu sedang sakit kan? Kalau aku pon, aku turut akan melakukan benda yang sama.

          "Dah kenapa muka kau sampai berkerut-kerut ni, Fatima? Ada apa-apa yang tak kena ke?". Seorang lagi pekerja di kedai bunga itu melabuhkan punggungnya di sebelah ku.

         "Rizal ke tu?".

         "Sampai hati kau lupakan aku. Aku tahu lah, kau dah lama tak datang sini". Duda muda anak satu yang berusia 25 tahun itu mencebik. Pakcik ni dah lupa ke yang aku ni buta? Atau buat-buat lupa?

        Aku menghalakan tongkat ku ke arah suara itu dan memukul perlahan kakinya membuatkan dia mengaduh kesakitan. Eleh, mengada!

        "Kau lupa ke yang aku ni dah buta, Izzat?". Aku ketawa kecil mendengar dia yang masih lagi mengaduh kesakitan akibat dipukul oleh tongkat ku tadi. Padahal bukan kuat sangat pon, mengada je lebih!

        "Sorry wey, Fatima. Aku betul-betul lupa".

         "Tu lah kau, lain kali tu, fikir dulu sebelum tanya". Candace menyampuk, kedengaran suaranya daripada kejauhan.

       "Ala sorr-".

       "Candace, ada tak a bouquet of daisies yang siap? Kalau ada, nak tau. Urgent sangat ni, kalau-. Eh tu ada!". Suara yang seperti aku kenali itu memotong percakapan Izzat.

       "Tak boleh Tuan Muda, ini untuk Cik Fatima". Dapat ku dengar suara Candace yang serba salah, mencuba untuk menidakkan (?) kata-kata lelaki itu.

        "Cik Fatima? Mana dia?". Lelaki itu bertanya, membuatkan dahi ku mulai berkedut seribu.

         "Tu dia, Tuan Muda". Barangkali, jari Candace sedang ditujukan ke arah ku. I can feel that his gaze was on me.

          "Wey, Fatima. Tuan Muda tengah tengok kau la". Izzat berbisik.

         "Kenapa wey?". Dan aku pon membalas bisikan syaitan nya itu. Takdela, gurau je. Dan aku pon membalas bisikannya kembali.

          Belum sempat Izzat membuka mulutnya lagi, terdengar derapan kaki menghampiri ku. Sofa yang ada di sebelah ku kemudiannya, tenggelam. Menandakan yang ada yang sedang duduk di situ. Mungkin kah lelaki itu? Dengan kelajuan arnab, aku melarikan sedikit kedudukan ku, menjauhinya. Takut juga dia apa-apa kan aku semata-mata kerana sebouquet bunga daisy.

          "Fatima, isn't it? You are the one who i met in front of the cafe this morning, right? What are you doing here?".

         "Ya, saya. Saya la orang itu. As i said earlier, i will be very happy if i can meet you again and now here we are about to fight over a bouquet of daisies". Aku seumpama sudah menyerah kalah. Daripada aku berperang mulut dengan orang asing ni, baik aku tunggu je lagi 15 minit untuk jambangan yang baru. Selain daripada itu, aku boleh bersembang lebih sikit dengan Izzat dan Candace. Yela, dah nak masuk sebulan aku tak datang, tak jumpa diorang. Katanya, rindu. Sebab aku ni pelanggan tetap F'Rose Flower Shop ni. Ada-ada jela diorang tu!

         "Saya tak cakap yang kita akan gaduh. Kalau awak nak, awak ambil la jambangan tu, saya boleh tunggu yang lain". Wau! Tak sangka aku! Aku ingat kan lelaki yang sepertinya dingin ini berperangai sebijik macam watak-watak hero dalam novel-novel yang pernah aku tulis, rupanya baik la juga seringgit.

         "'Saya'? Tuan Muda sihat ke tak ni? Demam ke?". Izzat berbunyi. Kenapa pula?

         "Kenapa? I dah tak boleh bercakap menggunakan 'saya-awak' dah sekarang? Lagipun, Cik Fatima ni pelanggan kita. Tak ke lebih manis kalau I guna panggilan 'saya-awak' tu instead of 'I-you'? Tak gitu, Cik Fatima?". Eh eh, aku pula kena.

        Senyuman sekilas aku berikan.

        " Dah, tak payah gaduh. Nah". Bunyi dua plastik yang membungkus bunga diletakkan ke atas meja kopi di hadapan kami itu pada masa yang berlainan, membuatkan aku tersenyum hingga ke telinga.

        "Satu untuk Cik Fatima, satu lagi untuk Tuan Muda. Nasib baik saya buat kerja laju tau. Kalau tak, berjanggut la Cik Fatima kena tunggu nanti". Maka, terlepas lah ketawa kecil daripada mulut ku setelah mendengar lawak Candace itu. Begitu juga dengan Izzat. Namun, lelaki yang dipanggil Tuan Muda itu hanya terdiam.

         Beberapa saat kemudian, dia muka membuka mulut lagi, "Kan saya dah cakap dekat Cik Fatima tadi, kalau awak nak bunga tu dulu, ambil la. Nanti kang, tak pasal-pasal saya yang kena cukur janggut awak kalau awak tunggu sampai berjanggut dengan sini". Suara dan kemungkinan ekspresi dinginnya itu menyambung lawak Candace tadi. Terus terbahak-bahak Izzat dan Candace ketawa. Entah apa yang terlalu lawak pon, aku keliru.

        "Ya la, sekarang ni dah ada dua-dua kan? Ambil je la satu sorang. Dah, nak gaduh lagi?". Candace menyedut hingusan dan bertanya.

        "Siapa cakap kitorang nak gaduh?". Serentak aku dan lelaki yang aku ingat namanya Syed Mikhael Putra itu menjawab soalan Candace dengan sebuah soalan. Soalan berbalas soalan. Biasanya soalan berbalas jawapan, pelik binti aneh!

(a/n: mana korgggg niiii?)

MAWAR FATIMA ||©Where stories live. Discover now