🌻 - 13

107 19 4
                                    


PIN PIN!

Sebuah kereta berhenti menghalang jalan Soyeon yang ingin pergi ke rumah agam keluarga Lee

"Siapa pulak ni" Gumam dia perlahan hinggalah tingkap kereta diturunkan

"Soyeonie. Oppa hantar Soyeon pergi kerja jom?" Setelah mengecam individu tersebut, Soyeon menggulingkan mata menyampah

Tanpa mengeluarkan sebarang respon, Soyeon mengambil lorong yang lebih sempit hanya untuk kegunaan pejalan kaki supaya Taehyung tidak mengejarnya lagi

"Soyeon jangan degillah!"

"Dah tu? Oppa balik je la Australia! Jaga appa elok elok sampai sihat!" Balas Soyeon lalu meneruskan haluannya untuk ke rumah agam dengan jalan pintas

Masuk saja lorong tersebut, terus keluar ikut belakang sebuah kedai membuat mochi

"Sangyeon-nim. Lama tak datang. Dah muak makan mochi ke~"

"Eh mana ada halmoni. Saya sibuk sikit. Hehe. Halmoni macam biasa ye harini?"

"Boleh~"

Soyeon berhenti di tepi kedai mengintai salah seorang daripada adik beradik rumah agam iaitu anak sulung mereka, Lee Sangyeon

"Ooo... Dia suka kedai mochi ni rupanya~" Katanya tersengih lalu mengangguk faham

"Tapi kedai macam ni jugak dia datang eh? Ingatkan kedai kedai mewah ke... Respect ah~" Sempat Soyeon memuji

Tiba tiba Sangyeon menoleh kearahnya sambil mengerutkan dahi memandang Soyeon pelik

Laju Soyeon menarik kepala semula

"Dia perasan ke? Eh tak kan? Aku tak boleh lalu sini" Soyeon berpatah balik menggunakan jalan luar tak mahu Sangyeon mengecam dirinya

Tiba tiba Taehyung muncul dari lorong yang dia lalu tadi berlari kearah Soyeon

"Soyeonie! Tunggu oppa!" Jerit Taehyung berlari mengejar Soyeon

"Ish!!" Terpaksalah Soyeon mengikut jalan tempat Sangyeon berdiri buat buat tak perasan kehadiran majikannya disitu

Sangyeon cuma memerhati langkah Soyeon dengan anak mata sahaja sambil menunggu pesanannya siap

"Tolong jangan asyik lari macam ni boleh tak? Dah lama oppa cari Yeon" Pergelangan tangan Soyeon ditangkap Taehyung lalu menarik si adik supaya berhenti

"Kenapa baru sekarang oppa nak cari? Lepaslahh!! Yeon taknak balik dan takkan balik!" Beberapa kali Soyeon cuba membuka cengkaman Taehyung tapi malangnya tenaga Taehyung terlaku kuat nak dibandingkan tenaga Soyeon

"Kalau Yeon balik, Yeon tak payah hidup susah macam ni. Kkaja"

"Taknak! Soyeon lagi rela hidup susah daripada hidup mengagungkan kemewahan semata mata!"

BBUK!

Taehyung terdorong kebelakang selepas menerima sedas tumbukan daripada seseorang hingga melepaskan cengkaman Soyeon

"Kau tak malu ke paksa paksa perempuan macam tu sekali?"

"Dia dongsaeng aku! Kau tak payah masuk campur!" Sangyeon ketawa sinis lalu memandang Soyeon tak percaya dengan info yang didengari daripada lelaki yang memakai pakaian sama mewah seperti dia itu

"Dongsaeng? Macam ni ke kau layan dongsaeng kau?" Pergelangan tangan Soyeon yang sudah merah dan mempunyai kesan cengkaman diangkat Sangyeon

"Dia dah taknak. Tak payah paksa. Sebelum aku buat report, baik kau pergi sekarang" Bahu Taehyung ditolak tolak oleh Sangyeon hingga Taehyung akhirnya mendengar kata dan meninggalkan Soyeon

𝐎𝐮𝐭 𝐎𝐟 𝐂𝐨𝐧𝐭𝐫𝐨𝐥  Where stories live. Discover now