🌻 - 15

111 16 0
                                    


[" Kau dah viralkan apa yang aku suruh semalam? "]

"Dah bos... Mesti semua orang akan baca punya"

Bunyi tawa sinis seorang perempuan kedengaran nyaring menerusi telefon

[" Kau memang boleh diharapkan... Aku akan suruh appa naikkan gaji kau. Lagi, pasal operasi tu?"]

"Malam esok kami akan jalankan operasi"

[" Bagus... Pastikan, seorang atau dua yang mati dalam rumah tu. Faham? "]

"Faham boss"

TOK TOK TOK!

Cermin tingkap kereta diketuk oleh seseorang gadis. Dengan panik dia menamatkan panggilan memandang keluar

"Ahjushi mwohaseyeo? Ahjushi sesat jalan ke? Kenapa saya nampak kereta ahjushi asyik berhenti dekat depan rumah ni je? Mwohae?"

Soalan bertubi tubi tersebut diendahkan kemudian memandu kereta dengan laju meninggalkan kawasan rumah agam keluarga Lee

"Heish... Tah apa apa..."

🍂

SOYEON'S POV;

"Eonnie singgah kedai churros tadi. Makanlah dengan adik adik nanti" Beberapa bungkusan plastik churros aku hulurkan pada Aeri yang menyambut dengan senyuman gembira

"Eonnie gumawo!!! Masuklah dulu" Aeri tarik tangan aku supaya masuk ke dalam rumahnya

"Eh takpe takpe. Eonnie datang kejap je nak pastikan Aeri tak apa apa. Aeri ah... Gengster tu ada datang kacau lagi?" Dia mengangguk kecil

"Dia datang saja ingatkan Aeri pasal duit tu... Dan ugut akan bawak dongsaeng aeri lari..." Katanya perlahan

Aku tarik bahu Aeri dan peluk dia longgar

"Gwenchana... Eonnie tengah usahakan untuk tolong Aeri. Jangan takut okey? Eonnie ada"

"Gumawo... Soyeon unnie..."

"Hei hei budakk~ Ooo kau mengadu dekat orang ehhh"

Suara lelaki dekat belakang aku kedengaran meleret. Ni mesti gengster tu

Aku betulkan mask dan pusing ke belakang

"Kau buat ape dekat sini? Aeri cakap dia akan bayar, dia akan bayarlah!" Tengking aku dengan berani

Lelaki tu ketawa mengejek sambil mendekati aku

"Cik adik... Cik adik tak takut ke keluar malam malam? Nanti kalau kena terkam dengan harimau. Siapa yang susah?" Rambut aku dielusnya lembut sambil menggigit bibir bawah pandang aku atas bawah

Disebabkan kesabaran aku dah capai had maksimum, tangan dia yang mengelus rambut aku ditarik dan dicengkam

Kuku aku yang sedikit panjang membenam kedalam kulit dia

"A-arghh"

"Jangan datang sini lagi" Pesan aku sebelum menggunakan lutut tendang perut dia hingga terdorong kebelakang

Sedas penumbuk halus terkena tepat pada batang hidung lelaki itu sampai dia tak boleh seimbangkan badan

"Aishhhh!!!" Dia kutip sebatang kayu dan berura untuk pukul aku

𝐎𝐮𝐭 𝐎𝐟 𝐂𝐨𝐧𝐭𝐫𝐨𝐥  Where stories live. Discover now